Friday, December 17, 2010

Arsenal Perlukan Kaki Rembat

Pada pendapat aku lah..Arsenal memerlukan lagi player yang kaki rembat..sebab skang aku tengok yang banyak rembat nye Arshavin sorang jer..yang lain kebanyakannya nak passing je..dengan ketiadaan Fabregas dan Persie yang belum fit, memang penting memiliki pemain yang kaki rembat ni..


Kalau ikut rank free kick taker..Persie 1st pastu Fabregas, Nasri, Vermaelen, Arshavin..Rosicky..Walcott..Tapi kita memang memerlukan seorang striker yang kaki rembat..Kalo dilihat pada Chamakh ability, dia lebih kepada header dan hold and pass man..kurang rembatan dari dia dalam setiap game. Fabregas dilihat banyak mengassist dan rembatan banyak dilakukan oleh Nasri, Arshavin dan Walcott.

Walcott jarang diturunkan kerana Wenger lebih suka menggunakan Nasri di sebelah kanan dan Arshavin di sebelah kiri.Manakala 3 pemain tengah Song, Wilshere dan Rosicky yang hanya banyak membuat hantaran. Rumor yang mengatakan Real akan menawarkan Benzema kepada Arsenal adalah satu khabar yang baik sebabnya dia seorang striker yang suka melakukan percubaan jarak jauh dan memiliki kelebihan kaki kiri dan kanan.





Thursday, December 2, 2010

Arsenal Bertemu Ipswich di Semi Final Carling Cup

Arsenal berpeluang besar untuk mara ke perlawanan Akhir Carling Cup apabila dijadualkan bertemu Ipswich Town di peringkat separuh akhir selepas Ipswich berjaya menewaskan West Brom malam tadi.


Ipswich layak selepas menewaskan West Brom 1-0 hasil jaringan Grant Leadbitter menerusi sepakan penalti pada minit ke-69. Satu lagi separuh akhir akan menemukan West Ham dengan Birmingham City. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 12 Januari 2011 dan timbal balik pada 26 Januari 2011.

Arsenal patut tidak memandang rendah kepada Ipswich kerana Ipswich telah banyak berjaya mengalahkan team-team EPL sebelum layak ke semi final. Selain itu, mereka juga memiliki manager yang berwibawa dan berpengalaman iaitu, Roy Keane. Semoga Arsenal berjaya membawa pulang piala Carling ke Emirates season ni.





Wednesday, December 1, 2010

Skuad ke-2 Arsenal benam Wigan

Arsenal menempah tiket ke separuh akhir Carling Cup apabila menumpaskan Wigan 2-0 di Emirates. Yang lebih hebatnya Wenger membuat 9 pertukaran daripada skuad yang mengalahkan Aston Villa minggu lalu dan hanya mengekalkan Wilshere dan Koscielny dalam senarai kesebelasan utama.

Buat pertama kalinya Wenger menggunakan taktil 4-4-2 dengan meletakkan Bendtner bergandingan dengan Van Persie di bahagian striker manakala Walcott dan Vela di bahagian sayap. Bahagian tengah pula dikemudi oleh Wilshere dan Denilson. Wenger mempertaruhkan keeper muda Szczesny dan Gibbs, Eboue, Djourou serta Koscielny di bahagian pertahanan.


Gol pertama Arsenal hadir pada minit ke-42 hasil gol sendiri apabila tertanduk bola masuk ke dalam gol daripada sepakan sudut yang diambil oleh Walcott. kedudukan 1-0 kekal hingga tamat 1st half.


Manakla gol kedua Arsenal dijaringkan oleh Nicklas Bendtner pada minit ke-67 apabila dengan mudah menolak masuk bola hantaran daripada Carlos Vela.


Satu lagi tempat separuh akhir berjaya ditempah oleh West Ham yang berjaya mengejutkan juara tahun lalu, Manchester United 4-0. United yang cuba meniru gaya Arsenal dengan menurunkan player-player mudanya menerima padah apabila mudah diratah West Ham. Ini adalah kekalahan pertama MU season ni dan yang paling memalukan. 2 lagi tempat akan diketahui malam ini antara Birmingham vs Aston Villa dan Ipswich vs West Brom.