Monday, March 7, 2011

Siapa Bakal Beraksi Menentang Barca Esok??

Mari Kita Tengok..Siapa yang akan bermain dan siapa yg out besok..


Keeper : Szescny..Sub : Almunia

Defend : Macam biasa..Clichy, Sagna, Djourou, Koscielny..Subs : Squillaci, Eboue, Gibbs
Vermaelen OUT

Midfield : Fabregas (90% fit) , Wilshere fit, Diaby, Nasri, Arshavin...Sub : Denilson, Aaron Ramsey, Rosicky
Song OUT

Forward : Chamakh..Sub: Bendtner
Robin Van Persie OUT, Theo Walcott OUT

Song tidak dapat beraksi besok..

Saturday, March 5, 2011

Misi Mencantas Man Utd

Malam ini Arsenal bakal melawan kunjungan Sunderland di Stadium Emirates. Kemenangan bakal merapatkan Arsenal dengan pendahulu Man Utd dengan jurang satu mata..Tapi masalahnya..Arsenal bakal beraksi tanpa tonggak utama iaitu Fabregas, Van Persie, Walcott dan Alex Song yang tercedera..


Persoalannya, Siapa yang akan bermula malam ini..tatkala beberapa key player tidak dapat bermain..untuk posisi penjaga gol, Szescny sekali lagi menjadi pilihan walaupun melakukan kesalahn mudah di Final Carling Cup baru ini..Koscieny kembali dan bakal berganding dengan Djourou di pertahanan tengah manakala Sagna dan Clichy di kiri dan kanan..

Samir Nasri mungkin akan mengambil tempat Cesc Fabregas di tengah, dibantu Oleh Jack Wilshere..Posisi DM menjadi persoalan sama ada Diaby, Denilson mahupun Aaron Ramsey..Bendtner yang menjaringkan hatrik menentang Leyton FA Cup Rabu lalu sekali lagi menjadi sandaran mengambil tempat Walcott,manakala Chamakh sebagai penggempur utama dengan ketiadaan Van Persie..Arshavin pula bermain di tempat biasanya, sayap kiri..

Sekiranya kemenangan berjaya dicatat malam ini..esok kita berharap Liverpool dapat menyekat Man Utd daripada mencatat kemenangan..huhu..

Friday, February 25, 2011

Bosingwa Ke Juventus, Malouda Ke Hercules..

Kegagalan Chelsea meraih trofi dalam piala FA dan Carling Cup season ni serta persembahan yang tidak memberangsangkan telah mengundang beberapa pemain untuk keluar menyertai kelab lain season depan..Antara pemain yang dikaitkan adalah pertahanan kanan yang jarang diturunkan, Jose Bosingwa bakal berpindah ke kelab Itali Juventus, dengan harga 10 million Euro.

Bosingwa
Dan seorang lagi adalah penjaring terbanyak Chelsea di awal musim iaitu Florent Malouda yang dikaitkan dengan kelab La Liga, Hercules yang berminat mendapatkan khidmatnya hujung musim ini..

Malouda