Thursday, December 30, 2010

Wenger Silap

Arsenal mensia-siakan peluang untuk menyamakan mata dengan pendahulu Manchester United selepas mencatat keputusan seri 2-2 dengan Wigan Athletic awal pagi tadi..Di manakah silapnya semua ini?? Aku rasa Wenger silap..sebab dia melakukan terlalu ramai rotation player sampai 8 player..bagi aku key player semalam hanyalah Arshavin sorang je..

Wenger
Dengan ketiadaan Fabregas akibat suspen, Wenger telah merombak barisan yang menang dengan Chelsea tempoh hari hampir 70%. Chamakh, Bendtner dan Arshavin bermula di depan..manakala Rosicky, Denilson dan Diaby di tengah yang nampak tidak berape hidup..Aku dah mula cuak bila Wigan dapat gol daripada penalti..ish..baju kuning ni badi lagi ke??Bagi aku sepatutnya Nasri, Walcott atau Persie kena ada dalam 1st eleven..

Penyebab penalti
Tapi hati mula lega balik bile Arshavin berjaya menjaringkan satu gol cantik..aku rase gol tercantik Arsenal season ni..bagi mengikat kedudukan 1-1..dan Arshavin sekali lagi membantu apabila membuat lorongan cantik kepada Bendtner untuk menjaringkan gol kedua seminit sebelum tamat separuh masa kedua..

Arshavin terbaik
Bendtner,gol kedua
Arsenal dijangka akan mudah memenangi perlawanan apabila Charles N'zogbia dilayangkan kad merah apabila sengaja menanduk kepala Jack Wilshere..ingatkan mudah selepas itu..namun makin sukar..kisah malang bermula apabila Wigan berjaya plak dapatkan gol penyamaan..own goal plak tu Squillaci..

kad merah N'zogbia
Own goal Squillaci
Pastu, barulah Wenger terhegeh-hegeh nak masukkan Nasri dan Walcott untuk mencari gol..tapi malangnya semuanya sudah terlambat..haduhai..frust betullah pagi tadi..tapi takpelah..ok la tu seri daripada kalah dengan Wolves..hehehe..fokus next game plak..




1 comment:

  1. pembetulan............ayat last tu
    bkn ngn wolve la
    ngn wigan........

    ReplyDelete