Showing posts with label Karl Jenkinson. Show all posts
Showing posts with label Karl Jenkinson. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Shrewsbury | Carling Cup


Arsenal bakal menentang Shrewsbury Town dalam perlawanan Carling Cup pusingan ketiga awal pagi nanti. Pengurus, Arsene Wenger bakal membuat rotation 100% daripada senarai skuad yang beraksi ketika kekalahan di tangan Blackburn Sabtu lalu.

Fabianski akan bermula di posisi penjaga gol, defend kanan Jenkinson, kiri Gibbs manakala defend tengah Djourou dan Miquel. Bahagian tengah akan dikawal oleh Frimpong dan Benayoun. Manakala sayap kanan Alex Oxlade Chamberlain dan sayap kiri Ryo Miyaichi.

Barisan serangan akan diketuai oleh Chamakh dan Park Chu Young. Diharap formasi 4-4-2 ini akan berhasil.Semoga Kemenangan akan berpihak kepada Arsenal. 

Lain-lain pemain yang turut tersenarai adalah Aneke, Boateng,Coquelin, Martinez,Ozyakup, Watt dan Yennaris.

Saturday, August 20, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Liverpool


Arsenal akan menentang Liverpool pada jam 7.45pm waktu Malaysia di Stadium Emirates dalam perlawanan kedua EPL. Dengan penggantungan yang dikenakan kepada Gervinho dan Alex Song serta kecederaan yang dialami oleh Wilshere, Kieran Gibbs, Djourou, Traore dan komitmen Nasri yang tidak menentu mencacatkan lagi kesebelasan utama Arsenal malam ini.

Namun itu bukan alasan, tentang tetap tentang. Arsenal dijangka menurunkan barisan pertahanan sama iaitu Szcezny, Vermaelan, Koscielny dan Sagna cuma Jenkinson dijangka bermula akibat kecederaan Gibbs di bek kiri. Tengah pula Frimpong bakal menggantikan tempat Song, manakala Ramsey dan Rosicky palaymaker malam ini. Sayap kiri kanan pasti megharapkan sentuhan ajaib Arshavin dan Walcott manakala Van Persie as a lone striker.

Harap-harap malam ni Arshavin akan skor sepertimana yang beliau lakukan ketika Arsenal 4-4 Liverpool dulu.

Good Luck Arsenal!!

Tuesday, August 16, 2011

Selamat Tinggal Eboue


Pemain tengah Arsenal, Emmanuel Eboue akan melengkapkan perpindahannya dari Arsenal ke kelab Turki, Galatasaray FC selepas menjalani ujian kecergasan di Turki hari ini.

Eboue tindak mendapat tempat dalam kesebelasan utama sejak musim lepas dan namanya tiada dalam senarai pembahagian nombor jersi awal musim ini. Di tambah pula dengan ketibaan Karl Jenkinson menguatkan lagi spekulasi beliau akan berpindah dan kini sudah menjadi kenyataan.

Eboue, 28 tahun dari Ivory Coast telah menyertai Arsenal sejak tahun 2005 dari kelab Belgian, Beveren. Eboue hanya beraksi 13 kali season lepas dan merasakan dirinya tidak lagi mendapat tempat dalam skuad utama. Sepanjang khidmatnya bersama Arsenal, Eboue membuat 216 penampilan dalam semua pertandingan dan menjaringkan 13 gol.

Selamat berjuang Eboue! Kami sentiasa merinduimu!