Thursday, December 30, 2010

Wenger Silap

Arsenal mensia-siakan peluang untuk menyamakan mata dengan pendahulu Manchester United selepas mencatat keputusan seri 2-2 dengan Wigan Athletic awal pagi tadi..Di manakah silapnya semua ini?? Aku rasa Wenger silap..sebab dia melakukan terlalu ramai rotation player sampai 8 player..bagi aku key player semalam hanyalah Arshavin sorang je..

Wenger
Dengan ketiadaan Fabregas akibat suspen, Wenger telah merombak barisan yang menang dengan Chelsea tempoh hari hampir 70%. Chamakh, Bendtner dan Arshavin bermula di depan..manakala Rosicky, Denilson dan Diaby di tengah yang nampak tidak berape hidup..Aku dah mula cuak bila Wigan dapat gol daripada penalti..ish..baju kuning ni badi lagi ke??Bagi aku sepatutnya Nasri, Walcott atau Persie kena ada dalam 1st eleven..

Penyebab penalti
Tapi hati mula lega balik bile Arshavin berjaya menjaringkan satu gol cantik..aku rase gol tercantik Arsenal season ni..bagi mengikat kedudukan 1-1..dan Arshavin sekali lagi membantu apabila membuat lorongan cantik kepada Bendtner untuk menjaringkan gol kedua seminit sebelum tamat separuh masa kedua..

Arshavin terbaik
Bendtner,gol kedua
Arsenal dijangka akan mudah memenangi perlawanan apabila Charles N'zogbia dilayangkan kad merah apabila sengaja menanduk kepala Jack Wilshere..ingatkan mudah selepas itu..namun makin sukar..kisah malang bermula apabila Wigan berjaya plak dapatkan gol penyamaan..own goal plak tu Squillaci..

kad merah N'zogbia
Own goal Squillaci
Pastu, barulah Wenger terhegeh-hegeh nak masukkan Nasri dan Walcott untuk mencari gol..tapi malangnya semuanya sudah terlambat..haduhai..frust betullah pagi tadi..tapi takpelah..ok la tu seri daripada kalah dengan Wolves..hehehe..fokus next game plak..




Tuesday, December 28, 2010

Drogba Bukan Lagi Badi

Arsenal dah berjaya mengalahkan Chelsea..bukan saje kalahkan Chelsea tapi telahpun memadam rekod Drogba yang sebelum ini menjaringkan gol pada setiap game bertemu Arsenal..Arsenal berjaya mengawal permainan dengan baik walaupun hanay mampu memecah kebuntuan pada hujung babak pertama menerusi jaringan Alex Song.Itupun gol advantage, kalau tak gol tu mesti dapat penalti tu..

gol pertama, Alex song
Masuk second half lagi rancak..2 gol Arsenal terhasil silap daripada pertahanan Chelsea sendiri..1st depa biar Walcott bergerak laju..memang silap tu..apabila Walcott mudah melarikan bola dan membuat hantaran lerek perlahan untuk disudahkan oleh Fabregas..Sementara gol ketiga Arsenal hadir hasil kesilapan Malouda yang mudah hilang bola,dirampas oleh Walcott dan dihantar kepada Fabregas seterusnya satu thru chantekk daripada Fabregas untuk disudahkan dengan rembatan lerek ke kiri gol Chelsea oleh Walcott.

Gol kedua, Fabregas
Gol ketiga, Wallcot
Kemenangan ini melonjakkan Arsenal ke tangga kedua..dan aku yakin Arsenal akan berjaya menyempurnakan jadual perlawanan liga season ni dan menamatkan liga di kedudukan Juara atau Top 2..tak nak terlalu yakin..tapi jika mcam ni lah persembahan kita,insyaAllah boleh jadi juara..cuma defend perlu dikemaskan lagi..



Monday, December 27, 2010

Fabregas & Persie Will Start

Buat julung-julung kalinya 2 finalis piala dunia dalam skuad Arsenal akan bergandingan malam ini dan menjadi 1st 11 malam ini. Sudah lama mereka tidak menjadi 1st 11 akibat masalah kecederaan dan kurang fit. Harap-harap kehadiran mereka akan berjaya merobek gawang Chelsea yang dikawal ketat Peter Cech.

Nadi utama pasukan Arsenal
Wenger dijangka akan menggunakan formasi 4-4-2 malam ini dan Fabianski sekali lagi diberi tugas menjaga gol setelah pulih daripada kecederaan kecil. Barisan pertahanan seperti biasa Sagna, Koscielny, Squillaci dan Clichy..Bilalah Vermaelen nak pulih ek??..Fabregas bertindak sebagai attacking midfielder dan Song Defender midfielder..Manakala Arshavin dan Nasri di bahagian sayap kiri dan kanan..Persie dan Chamakh pula mengetuai barisan serangan..Harap-harap Arsenal dapat menang dengan Chelsea malam ni bagi merampas tangga kedua liga daripada Man City dan merapatkan jurang dengan pendahulu Man United.