Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Probable Line-Up Arsenal vs Borussia Dortmund


Arsenal akan menerima kembali khidmat 2 pemain yang digantung iaitu Gervinho dan Alex Song dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund malam ini. Barisan di atas adalah pemain jangkaan yang akan beraksi pada malam ini.

Namun di bahagian pertahanan kiri berkemungkinan samaada Gibbs mahupun pemain baru Andre Santos. Manakala berita baru diterima mengatakan Aaron Ramsey dan Rosicky cedera dan mungkin posisi CM akan dipikul oleh Song dan DM oleh Frimpong. Dan Arteta sebagai pilihan utama mengemudi Attacking midfielder.

Di bahagian serangan, kita ada Gervinho di sebelah kiri, Persie sebagai lone striker dan Arshavin mahupun Walcott di bahagian kanan. Striker simpanan dan masih belum melakukan penampilannya untuk Arsenal iaitu Park Chu Young mungkin dapat beraksi pada malam ini.

Friday, September 9, 2011

Probable Line-Up Arsenal vs Swansea


Arsenal bakal bertemu dengan Swansea City pada hari esok 10 Sept 2011 jam 10 malam waktu Malaysia. Dan berikut adalah barisan kemungkinan yang akan beraksi sebagai 1st team esok.

Szczesny kekal pilihan utama menjaga gawang. Di bahagian pertahanan Sagna dan Santos dijangka bermula sebagai defend kanan dan kiri, manakala ketiadaan Vermaelen memaksa Mertesacker bergandingan dengan Koscielny di pertahanan tengah.

Frimpong kembali dari suspended dan dijangka bermula sebagai DM, manakala dua lagi tempat midfield akan diisi oleh Arteta dan Ramsey. Sayap kanan pastinya Walcott dan sayap kiri samaada Arshavin atau Benayoun akan diturunkan.

Tugas penyerang tunggal pula akan digalas oleh kaptem pasukan, Robin Van Persie. Esok juga mungkin menjadi aksi pertama pemain baru seperti Alex Oxlade Chamberlain dan Park Chu Young. Sama-sama kita nantikan dan diharap Arsenal berjaya mencatat kemenangan.