Showing posts with label Robin Van Persie. Show all posts
Showing posts with label Robin Van Persie. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Robin Van Persie Tinggalkan Arsenal


Robin Van Persie mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bersama Arsenal dan ini menandakan bahawa beliau akan keluar dari kelab itu awal musim ini. Keputusan itu mungkin atas dasar rasa inginkan kejuaraan setelah Arsenal kemarau sebarang piala 7 musim berturut-turut. Persie juga kecewa setelah tewas awal dalam cabaran EURO 2012 bersama Belanda baru-baru ini.

Beberapa kelab besar berminat untuk mendapatkan khidmat van Persie iaitu Manchester City, Barcelona dan juga Juventus. Tidak tahu lagi ke mana hala tuju Van Persie selepas ini tapi sememangnya dia seorang yang amat disanjungi di Emirates

Pemergian Van Persie bakal diganti oleh dua penyerang yang baru dibeli oleh Arsene Wenger iaitu Lukas Podolski dan Olivier Giroud. Apa-apa pun sekiranya Persie dijual ia pasti mendatangkan wang kepada kelab dan diharap Wenger akan mencari penggempur yang setaraf beliau.

Respect Robin Van Persie

Sunday, April 8, 2012

Probable Line-Up Arsenal vs Manchester City | EPL Match


Probable Line-Up Arsenal vs Manchester City
English Premier League
Stadium Emirates

Keeper : Szczesny
Defends : Sagna, Koscielny, Vermaelen, Gibbs
Midfield : Song, Arteta, Rosicky
Attacking : Walcott, Van Persie, Oxlade-Chamberlain

Saturday, March 3, 2012

Probable Line-Up Liverpool vs Arsenal | EPL Match


Probable line up Liverpool vs Arsenal
EPL Match
Stadium Anfield
8.45 pm

Keeper : Szczcesny
Defend : Sagna, Vermaelen, Koscielny, Gibbs
Midfield : Song, Arteta, Rosicky
Attacking : Walcott, Robin Van Persie, Gervinho

Semoga Arsenal beroleh kemenangan pada malam ini
Klik SINI tanda sokongan anda terhada ARSENAL

Saturday, February 18, 2012

Probable Line-Up Sunderland vs Arsenal | FA Cup


Probable Line-Up Sunderland vs Arsenal
England FA Cup
Stadium of Light

Keeper : Szczesny
Defend : Sagna, Djourou, Vermaelen, Gibbs
Midfield : Song, Arteta, Arshavin
Attacking : Walcott, Van Persie, Oxlade-Chamberlain

Semoga Arsenal beroleh kemenangan pada malam ini
Klik SINI tanda sokongan anda terhadap ARSENAL

Saturday, February 11, 2012

Probable Line-Up Sunderland vs Arsenal | EPL Match


Probable Line-Up Sunderland vs Arsenal
Stadium of Light, 11.00 p.m

Keeper : Szczesny
Defend : Sagna, Mertesacker, Vermaelen, Gibbs
Midfield : Rosicky, Song, Arteta
Attacking : Oxlade-Chamberlain, Van Persie, Walcott

Semoga Arsenal beroleh kemenangan pada malam ini
Klik SINI tanda sokongan anda terhadap Arsenal

Wednesday, February 1, 2012

Probable Line Up Bolton vs Arsenal | EPL Match


Probable line up Bolton vs Arsenal
Reebok Stadium, 4.00 a.m

Keeper : Szczesny
Defend : Sagna, Mertesacker, Koscielny, Vermaelen
Midfield : Song, Ramsey, Arteta
Attacking : Oxlade-Chamberlain, Van Persie, Walcott

Semoga Arsenal beroleh kemenangan pada malam ini
klik SINI tanda sokongan anda terhadap Arsenal..

Sunday, January 15, 2012

Probable Line-Up Swansea City vs Arsenal


Barisan kemungkinan yang akan diturunkan Arsene Wenger menentang Swansea malam ini adalah  :

Szczesny
Djourou, Koscielny, Squillaci, Miquel
Arteta, Song, Ramsey
Walcott, Van Persie, Henry

Semoga Arsenal berjaya memperoleh kemenangan malam ini
Klik SINI tanda sokongan anda terhadap ARSENAL

Sunday, December 18, 2011

Probable Line Up Manchester City vs Arsenal | EPL 2011


Arsenal bakal berkunjung ke Manchester City malam ini dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris
Dengan semua pertahanan kanan dan kiri mengalami kecederaan, Arsenal dijangka sekali lagi akan menurunkan semua pertahanan tengah bagi mengisi keempat-empat posisi pertahanan iaitu Djourou, Koscielny, Mertesacker dan Vermaelen. Posisi penjaga gol pasti diisi oleh Szczesny yang begitu konsisten setakat ini.

Tengah pula bakal dikemudi barisan sama iaitu Song, Ramsey dan Arteta. Rosicky boleh menjadi back up di bahagian tengah manakala Wilshere masih lagi dalam proses pemulihan dari masalah kecederaan.

Seperti biasa, kepantasan Walcott di sayap kanan, kelincahan Gervinho di sayap kiri dan ketajaman Robin Van Persie pasti ditagih bagi menggempur gawang gol Manchester City.

Saturday, December 3, 2011

Probable Line Up Wigan vs Arsenal | EPL 2011


Probable Line-Up Wigan vs Arsenal
English Premier League
3 December 2011
DW Stadium

Szczesny
Koscielny, Vermaelen, Mertesacker, Santos
Ramsey, Song, Arteta
Walcott, Van Persie, Gervinho

Klik SINI tanda sokongan anda terhadap Arsenal
Thanks !!

Wednesday, November 23, 2011

Robin Van Persie Man of The Match | Norwich vs Arsenal


Robin Van Persie telah dipilih oleh peminat sebagai Man of The Match bagi perlawanan EPL Norwich City vs Arsenal.

Robin Van Persie mendapat undian sebanyak 78 % meninggalkan Walcott 14 % dan Alex Song 7 %.

Sama-sama kita nantikan siapa pula Man Of The Match bagi perlawanan UCL menentang Borussia Dortmund malam ini.

Saturday, November 19, 2011

Probable Line Up Norwich City vs Arsenal | EPL 2011


Arsenal akan bertandang ke Norwich City dalam perlawanan EPL malam ini jam 8.45 malam waktu Malaysia.

Barisan kemungkinan yang akan diturunkan oleh Arsene Wenger malam ini adalah :

Penjaga gol : Szczesny
Pertahanan : Djourou, Koscielny, Vermaelen, Santos
Tengah : Song, Arteta, Ramsey
Sayap : Gervinho, Walcott
Penyerang : Robin Van Persie

Ada beberapa option yang boleh digunakan oleh Arsene Wenger iaitu menggunakan Koscielny di bek kanan dan memasukkan Mertesacker bergandingan dengan Vermaelen di bek tengah. Sementara itu, Arshavin juga boleh digunakan di bahagian sayap menggantikan Walcott mahupun Gervinho.

Pemain yang cedera : Gibbs, Jenkinson, Sagna, Wilshere, Ryo Miyaichi

Diaby dan Chamakh kembali cergas.

Diharap Arsenal akan mencapai kemenangan malam ini bagi menaiki tangga liga EPL

Klik SINI tanda sokongan anda terhadap Arsenal !! Yeah !!

Tuesday, November 1, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Marseille | UEFA Champions League


Arsenal bakal melayan kunjungan Marseille di Stadium Emirates awal pagi ini dalam perlawanan ke-4 UEFA Champions League Group F. Arsenal dijangka menurunkan skuad terkuat bagi mencari kemenangan untuk menempah tiket ke pusingan kalah mati dengan awal.

Szczesny dijangka bermula di bahagian penjaga gol, manakala barisan pertahanan kanan Jenkinson, kiri Santos dan tengah samaada Vermaelen, Koscielny mahupun Mertesacker.

Alex Song pastinya akan bertindak sebagai defender midfielder, Arteta sebagai Centre Midfield manakala Ramsey mahupun Rosicky sebagai Attacking Midfield.

Arshavin dijangka bermula di sayap kiri, Gervinho di kanan dan Robin Van Persie sebagai striker. Semoga Arsenal akan mencapai kemenangan malam ini.

Klik SINI sebagai tanda sokongan anda terhadap Arsenal..

Sunday, October 23, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Stoke City | EPL 2011/2012


Arsenal bakal menghadapi kunjungan Stoke City malam ini jam 8.30 malam waktu Malaysia dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Seperti biasa saya akan berikan barisan kemungkinan yang akan diturunkan oleh Arsene Wenger malam ini.

Di posisi penjaga gol, Szczesny menjadi pilihan utama. Masalah utama di bahagian pertahanan kanan kerana Sagna dan juga Jenkinson injured. Dan tempat itu dijangka diisi leh Djourou. Bahagian pertahanan kiri pula akan dipikul oleh Andre Santos kerana Gibbs turut tercedera, sementara Koscielny dan Mertesacker dijangka akan bergandingan di pertahanan tengah.

Posisi midfield pula akan diisi oleh Alex Song, Arteta dan Ramsey yang menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Marseille tempoh hari manakala Rosicky sebagai option atau pilihan menggantikan tempat Ramsey.

Sayap kiri bakal diisi Gervinho, kanan Walcott dan Arshavin back up kepada dua-dua posisi itu. Bahagian penyerang, walaupun ada desas-desus mengatakan Persie akan direhatkan namun saya yakin dia akan tetap bermain dan direhatkan pada Carling Cup menentang Bolton pertengahan minggu ini. Manakala Chamakh dan Park Chu Young sebagai option lain dalam jentera serangan.

Klik SINI sebagai tanda sokongan anda terhadap The Gunners

Wednesday, October 19, 2011

Probable Line Up Marseille vs Arsenal | UEFA Champions League


Arsenal akan bertemu Marseille dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan pada awal pagi ini jam 2.45 pagi. Marseille yang mempunyai rekod cemerlang di gelanggang sendiri dengan team dari England dijangka memberi tugas getir buat Arsenal. Arsenal inginkan kemenangan untuk menempah kedudukan teratas kumpulan selepas 3 perlawanan.
Barisan yang akan diturunkan malam ini adalah, macam biasa posisi penjaga gol Szczesny, pertahanan kanan Karl Jenkinson kerana Sagna injured, kiri Santos manakala pertahanan tengah Mertesacker dan Koscielny.

Alex Song, Mikel Arteta dan Tomas Rosicky dijangka mengemudi bahagian tengah seperti yang dilakukan mereka ketika menentang Sunderland tempoh hari. Arsene Wenger mungkin juga menurunkan Ramsey mahupun Benayoun sebagai pilihan di bahagian tengah

Bahagian sayap kanan mungkin digalas oleh Gervinho manakala sayap kiri oleh Arshavin, Walcott mungkin tidak mendapat tempat kerana performancenya yang tidak konsisten. Manakala penyerang tunggal bakal dipikul oleh kapten pasukan, Van Persie dan Chamakh sebagai simpanan, back up Van Persie.

tolong klik SINI rakan-rakan Gunners sebagai tanda sokongan anda
Sekian, terima kasih.

Sunday, October 2, 2011

Probable Line-Up Arsenal vs Tottenham Hotspur


Arsenal akan berkunjung ke White Heart Lane untuk bertemu Tottenham Hotspur dalam perlawanan EPL malam ini. Perlawanan akan berlangsung jam 11 malam waktu Malaysia.

Seperti biasa posisi penjaga gol pasti diisi oleh Szczesny manakala barisan pertahanan kemungkinan adalah Sagna, Mertesacker, Song dan posisi bek kiri menjadi keraguan sama ada Gibbs atau Santos yang beraksi cemerlang dalam saingan UCL.

Posisi tengah pasti diisi oleh Ramsey,Frimpong dan Arteta. Manakala sayap kanan mungkin diisi oleh Theo Walcott mahupun pemain muda Alex Oxlade Chamberlain. Di bahagian sayap kiri Arshavin menjadi pilihan namun Gervinho yang baru pulih dari kecederaan juga mungkin akan diturunkan sekiranya perlu. Dan posisi penyerang tunggal pasti digalas oleh kapten pasukan Robin Van Persie.

Good Luck Arsenal!!

Wednesday, September 28, 2011

Probable Line-Up Arsenal vs Olympiakos


Arsenal akan berhadapan dengan Olympiakos dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan UEFA Champions League. Perlawanan akan berlangsung jam 2.45 pagi waktu Malaysia.

Di barisan pertahanan berita baru mengatakan bahawa Koscielny mengalami kecederaan, jadi Wenger mungkin menggandingkan Mertesacker dengan Alex Song di pertahanan tengah manakala Sagna dan Gibbs di sebelah kiri dan kanan.

Di bahagian tengah setelah Song didropkan ke pertahanan, Frimpong akan menggantikan tempatnya sebagai DM, Arteta di CM dan Aaron Ramsey di AM.

Manakala Sayap kiri akan diisi oleh Rosicky dan sayap kanan oleh Arshavin kerana ketiadaan Gervinho dan Walcott yang dilanda kecederaan. Alex Oxlade Chamberlain juga akan bermain di tempat Walcott jika diberi peluang. Tugas penyerang tunggal pula bakal dipikul oleh Robin Van Persie (kapten pasukan)

Semoga Arsenal memperoleh kemenangan malam ini. 

Saturday, September 17, 2011

Probable Line Up Blackburn vs Arsenal


Arsenal akan menghadapi Blackburn Rovers jam 7.45 malam ini dalam perlawanan EPL di tempat lawan. Selepas mencatat keputusan seri dalam perlawanan UEFA Champions League di pertengahan minggu baru ini, Arsenal akan meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris pula hari ini baki memperbaiki kedudukan yang kini menghuni tangga ke 12 liga.

Di barisan pertahanan, pastinya barisan sama akan diturunkan iaitu Szczesny, Sagna,Mertesacker,Koscielny dan Gibbs. Cuma ada satu option lagi meletakkan pemain baru Andre Santos di pertahanan kiri ataupun sayap kiri. Vermaelen masih lagi injured.

Bahagian tengah tidak banyak pilihan kerana Wilshere, Ramsey dan Rosicky masih lagi cedera. Tapi kembalinya Alex Song dari penggntungan memberi sedikit khabar gembira buat kem Arsenal. Bahagian tengah pasti dikemudi oleh Song,Arteta dan Benayoun manakala Frimpong sebagai back up.

Bahagian serangan kita ada Arshavin, Walcott mahupun Gervinho untuk bermain di sayap kanan atau kiri manakala striker tunggal akan digalas oleh Van Persie dan simpanan Chamakh serta Park Chu Young mungkin juga diberi peluang untuk beraksi malam ini.
Selamat Berjuang The Young Guns!!

Tuesday, September 13, 2011

Probable Line-Up Arsenal vs Borussia Dortmund


Arsenal akan menerima kembali khidmat 2 pemain yang digantung iaitu Gervinho dan Alex Song dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund malam ini. Barisan di atas adalah pemain jangkaan yang akan beraksi pada malam ini.

Namun di bahagian pertahanan kiri berkemungkinan samaada Gibbs mahupun pemain baru Andre Santos. Manakala berita baru diterima mengatakan Aaron Ramsey dan Rosicky cedera dan mungkin posisi CM akan dipikul oleh Song dan DM oleh Frimpong. Dan Arteta sebagai pilihan utama mengemudi Attacking midfielder.

Di bahagian serangan, kita ada Gervinho di sebelah kiri, Persie sebagai lone striker dan Arshavin mahupun Walcott di bahagian kanan. Striker simpanan dan masih belum melakukan penampilannya untuk Arsenal iaitu Park Chu Young mungkin dapat beraksi pada malam ini.

Sunday, September 4, 2011

Van Persie vs Park Chu Young


Prestasi memberansangkan Robin Van Persie dan Park Chu Young ketika aksi intenational kelayakan Euro 2012 dn kelayakan Piala Dunia 2014 amat menggembirakan pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Persoalannya adakah Chu Young akan mendapat tempat sebagai penyerang utama Arsenal selepas ini.

Atau mungkin Wenger akan mengubah taktikal kepada 4-2-2 selepas melihat prestasi memberangsangkan dua penyerang ini. Dengan penggantungan 1 lagi perlawanan oleh Gervinho, Van Persie mungkin akan didrop ke sebelah kiri dn Chu Young mengemudi serangan utama, manakala Walcott di sebelah kanan.

Perlawanan Arsenal selepas ini juga bakl menyaksikan penampilan beberapa pemain baru iaitu Arteta, Mertesacker, Andre Santos dan juga Benayoun.

Tuesday, August 16, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Udinese


Arsenal akan melayan kunjungan Udinese di Stadium Emirates dalam perlawanan play-off champions league awal pagi ini. Perlawanan akan berlangsung pada pukul 2.45 pagi waktu Malaysia.

Namun krisis penggantungan palyer serta kecederaan menyebabkan pemilihan player yang akan diturunkan pagi ini adalah terhad. Tanpa Robin Van Persie dan Samir Nasri yang digantung, serta kecederaan Jack Wilshere dan terbaru Rosicky, Arsenal dilihat sedikit tempang di bahagian hadapan.

Di bahagian pertahanan pastinya barisan sama akan diturunkan ketika menentang Newcastle tempoh hari iaitu Szczesny, Sagna, Vermaelen, Koscielny dan juga Gibbs. Cuma Gibbs dilihat gusar dan kurang meyakinkan kerana kurang pengalaman berbanding yang lain.

Untuk bahagian tengah Wenger mungkin menurunkan Alex Song, Ramsey dan Arshavin bertindak sebagai perancang malam ini. Manakala di bahagian sayap kiri dan kanan pastinya tugas itu digalas Theo Walcott dan Gervinho. Tetapi siapakh pula yang akan menjadi striker tunggal malam ini? Samaada Chamakh yang tidak konsisten prestasinya ataupun Nicklas Bendtner yang jarang bermain. Sama-sama kita saksikan. Dan yang menariknya malam ini mungkin menjadi penampilan pertama buat pembelian baru Arsenal, Alex Oxlade Chamberlain.

Good Luck Arsenal !