ARSENAL kembali menduduki tangga kedua EPL apabila berjaya menewaskan Everton di tempat lawan dengan jaringan 2-1. Arsenal sekali lagi menggunakan formasi 4-3-3 dan menurunkan Fabianski, Sagna, Squillaci, Djourou, Clichy, Song, Wilshere, Fabregas, Nasri, Arshavin dan hamakh dalam kesebelasan utama.
ARSENAL diasak pada awal babak permainan dan satu peluang free header daripada Tim Cahill disia-siakan. Kemudian, Arsenal berjaya mengimbangi permainan dan satu gerakan menarik antara Fabregas, Nasri dan Wilshere terhasil namun tidak berjaya disudahkan oleh Wilshere. Arshavin juga melakukan satu percubaan kaki kiri namun tersasar.
Gol pertama ARSENAL hadir pada minit ke-36 apabila rembatan Nasri ditepis keluar oleh Howard,bola muntah itu dikejar Arshavin dan dihantar kepada Sagna yang merembat deras masuk di sebelah kanan pintu gol Everton. Babak pertama tamat 1-0. Babak kedua Arsenal melakukan pertukaran dengan memasukkan Denilson bagi menggantikan Wilshere.
Kemasukan Denilson biasanya merisaukan namun hari ni meyakinkan..kerana dia memulakan gerakan dengan menghantar kepada Fabregas,dan Fabregas kepada Chamakh dan kembali semula kepada Fabregas dan disudahi dengan rembatan deras ke kiri pintu gol Everton. Arsenal selesa mendahului 2-0.
Selepas itu Everton melancar serangan bertali arus. Wenger memasukkan Rosicky menggantikan Arshavin bagi membantu barisan tengah dan pertahanan. Tindakan tangkas penjaga gol Fabianski banyak mengecewakan serangan lawan. Namun Everton berjaya juga mendapatkan gol jaringan Tim Cahill pada minit ke-89. Eboue masuk menggantikan Chamakh bagi membantu pertahanan dan keputusan kekal 2-1 hingga tamat perlawanan. Man of The Match game ini aku berikan pada Sagna.Adios.
No comments:
Post a Comment