Sunday, November 14, 2010

Peluang Untuk Arsenal

Arsenal sekali lagi mempunyai peluang untuk kembali ke tangga kedua liga Perdana Inggeris sekiranya berjaya menewaskan Everton di Godison Park malam ini. Ini kerana Manchester United hanya mampu seri dengan Aston Villa semalam dan beza mata dengan Arsenal hanya 2 mata. Manchester pun dah nyaris-nyaris kalah semalam setelah ketinggalan 2-0, dan bangkit dengan 2 jaringan pantas daripada Macheda dan Vidic.


Persoalannya mampukah Arsenal menewaskan Everton malam ini??Barisan bentang Arsenal nampaknya sekali lagi gusar dengan ketiadaan Vermaelen yang injured dan Koscielny yang digantung perlawanan. Nampaknya Squillaci dan Djourou yang kurang meyakinkan sekali lagi akan menggalas tugas di pertahanan tengah.

Harap-harap Fabianski akan meneruskan persembahan cemerlangnya bagi mengekang asakan Everton yang diketuai Tim Cahill malam ini. Di bahagian tengah pula Wenger pasti akan menurunkan Fabregas, Song dan seorang lagi masih tidak tahu sama ada Wilshere, Rosicky, Denilson atau mungkin Nasri didropped ke tengah bagi membenarkan Walcott dan Arshavin mengetuai serangan kiri dan kanan. Chamakh sudah semestinya sekali lagi bertindak sebagai lone striker atas prestasinya yang memberansangkan ketika menentang Wolves dan Persie serta Bendtner sebagai super sub. Semoga kemenangan milik Arsenal malam ni.
GOOD LUCK ARSENAL!!

2 comments: