Tuesday, September 20, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Shrewsbury | Carling Cup


Arsenal bakal menentang Shrewsbury Town dalam perlawanan Carling Cup pusingan ketiga awal pagi nanti. Pengurus, Arsene Wenger bakal membuat rotation 100% daripada senarai skuad yang beraksi ketika kekalahan di tangan Blackburn Sabtu lalu.

Fabianski akan bermula di posisi penjaga gol, defend kanan Jenkinson, kiri Gibbs manakala defend tengah Djourou dan Miquel. Bahagian tengah akan dikawal oleh Frimpong dan Benayoun. Manakala sayap kanan Alex Oxlade Chamberlain dan sayap kiri Ryo Miyaichi.

Barisan serangan akan diketuai oleh Chamakh dan Park Chu Young. Diharap formasi 4-4-2 ini akan berhasil.Semoga Kemenangan akan berpihak kepada Arsenal. 

Lain-lain pemain yang turut tersenarai adalah Aneke, Boateng,Coquelin, Martinez,Ozyakup, Watt dan Yennaris.

Saturday, September 17, 2011

Probable Line Up Blackburn vs Arsenal


Arsenal akan menghadapi Blackburn Rovers jam 7.45 malam ini dalam perlawanan EPL di tempat lawan. Selepas mencatat keputusan seri dalam perlawanan UEFA Champions League di pertengahan minggu baru ini, Arsenal akan meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris pula hari ini baki memperbaiki kedudukan yang kini menghuni tangga ke 12 liga.

Di barisan pertahanan, pastinya barisan sama akan diturunkan iaitu Szczesny, Sagna,Mertesacker,Koscielny dan Gibbs. Cuma ada satu option lagi meletakkan pemain baru Andre Santos di pertahanan kiri ataupun sayap kiri. Vermaelen masih lagi injured.

Bahagian tengah tidak banyak pilihan kerana Wilshere, Ramsey dan Rosicky masih lagi cedera. Tapi kembalinya Alex Song dari penggntungan memberi sedikit khabar gembira buat kem Arsenal. Bahagian tengah pasti dikemudi oleh Song,Arteta dan Benayoun manakala Frimpong sebagai back up.

Bahagian serangan kita ada Arshavin, Walcott mahupun Gervinho untuk bermain di sayap kanan atau kiri manakala striker tunggal akan digalas oleh Van Persie dan simpanan Chamakh serta Park Chu Young mungkin juga diberi peluang untuk beraksi malam ini.
Selamat Berjuang The Young Guns!!

Wednesday, September 14, 2011

Undi Pemain Terbaik Borussia Dortmund vs Arsenal


Seperti yang kita tahu Arsenal telah berjaya mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama UEFA Champions League menentang Borussia Dortmund. Dan di sini saya ingin anda memilih pemain terbaik perlawanan bagi pasukan Arsenal di ruangan sebelah kanan anda.

Senarai pemain-pemain yang bermain semalam adalah

1st 11
13. Szczesny
3. Sagna
4. Mertesacker
28. Gibbs
17. Song
8. Arteta
30. Benayoun
14. Walcott
27. Gervinho
10. Van Persie

Sub used
29. Chamakh
26. Frimpong
11. Andre Santos

Selamat memilih