Showing posts with label Aaron Ramsey. Show all posts
Showing posts with label Aaron Ramsey. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Probable Line Up Bolton vs Arsenal | EPL Match


Probable line up Bolton vs Arsenal
Reebok Stadium, 4.00 a.m

Keeper : Szczesny
Defend : Sagna, Mertesacker, Koscielny, Vermaelen
Midfield : Song, Ramsey, Arteta
Attacking : Oxlade-Chamberlain, Van Persie, Walcott

Semoga Arsenal beroleh kemenangan pada malam ini
klik SINI tanda sokongan anda terhadap Arsenal..

Tuesday, November 1, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Marseille | UEFA Champions League


Arsenal bakal melayan kunjungan Marseille di Stadium Emirates awal pagi ini dalam perlawanan ke-4 UEFA Champions League Group F. Arsenal dijangka menurunkan skuad terkuat bagi mencari kemenangan untuk menempah tiket ke pusingan kalah mati dengan awal.

Szczesny dijangka bermula di bahagian penjaga gol, manakala barisan pertahanan kanan Jenkinson, kiri Santos dan tengah samaada Vermaelen, Koscielny mahupun Mertesacker.

Alex Song pastinya akan bertindak sebagai defender midfielder, Arteta sebagai Centre Midfield manakala Ramsey mahupun Rosicky sebagai Attacking Midfield.

Arshavin dijangka bermula di sayap kiri, Gervinho di kanan dan Robin Van Persie sebagai striker. Semoga Arsenal akan mencapai kemenangan malam ini.

Klik SINI sebagai tanda sokongan anda terhadap Arsenal..

Wednesday, September 28, 2011

Probable Line-Up Arsenal vs Olympiakos


Arsenal akan berhadapan dengan Olympiakos dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan UEFA Champions League. Perlawanan akan berlangsung jam 2.45 pagi waktu Malaysia.

Di barisan pertahanan berita baru mengatakan bahawa Koscielny mengalami kecederaan, jadi Wenger mungkin menggandingkan Mertesacker dengan Alex Song di pertahanan tengah manakala Sagna dan Gibbs di sebelah kiri dan kanan.

Di bahagian tengah setelah Song didropkan ke pertahanan, Frimpong akan menggantikan tempatnya sebagai DM, Arteta di CM dan Aaron Ramsey di AM.

Manakala Sayap kiri akan diisi oleh Rosicky dan sayap kanan oleh Arshavin kerana ketiadaan Gervinho dan Walcott yang dilanda kecederaan. Alex Oxlade Chamberlain juga akan bermain di tempat Walcott jika diberi peluang. Tugas penyerang tunggal pula bakal dipikul oleh Robin Van Persie (kapten pasukan)

Semoga Arsenal memperoleh kemenangan malam ini. 

Monday, September 5, 2011

Jack Wilshere Injured 3 Month


Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere bakal terlepas aksi bersama pasukannya selama lebih kurang 2-3 bulan selepas tercedera di bahagian anklenya. Jack Wilshere yang merupakan tonggak utama bahagian tengah Arsenal season lepas mungkin akan kembali fit pada bulan November nanti.

Arsene Wenger tidak mahu tergesa-gesa ingin menggunakan khidmatnya kerana takut kecederaannya semakin teruk seperti apa yang dialaminya ketika sesi latihan. Sekiranya pembedahan dijalankan, Jack pasti akan berehat sehingga 5-6 bulan. Buat masa ini tempat Jack Wilshere akan diambil oleh seorang lagi pemain muda iaitu Aaron Ramsey.

Diharap pembelian baru, Mikel Arteta dapat menampung ketiadaan Jack Wilshere selama 2-3 bulan ini. Semoga Jack cepat sembuh dan kembali beraksi buat Arsenal.

Tuesday, August 23, 2011

Jack Wilshere Miss Out Game Against Udinese


Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere sekali lagi menghadapi kecederaan ankle dalam usahanya untuk pulih dari kecederaan itu. Ini membuatkan dia terlepas aksi penting dalam pertembungan timbal balik menentang Udinese dalam kelayakan play-off Champions League.

Lebih malang lagi beliau juga mungkin akan terlepas aksi menentang Man Utd hujung minggu ini. Arsenal mempunyai krisis pemain tengah apabila dua key player nya keluar dari kelab iaitu Samir Nasri dan Cesc Fabregas. Kini tugas menggalas bahagian tengah terpaksa dipikul oleh Alex Song, Aaron Ramsey dan Tomas Rosicky.

Apa-apa pun diharap Wilshere akan segera sembuh dan dapat membangkitkan semula pasukan. Good Luck Arsenal untuk match esok!

Sunday, August 21, 2011

Ulasan Match Arsenal vs Liverpool | Injury Koscielny | Red Card Frimpong


Arsenal terpaksa menerima kekalahan pertama season ini di laman sendiri apabila tewas 0-2 di tangan Liverpool. Lebih memeritkan Arsenal terpaksa menerima satu kecederaan terhadap pemain utama dan satu layangan kad merah. Dengan penggantungan yang telah diterima oleh Alex Song dan juga Gervinho, kini Frimpong pula terpaksa digantung kerana menerima kad merah dalam perlawanan semalam.

Sementara itu, Samir Nasri tetap diturunkan dalam kesebelasan utama Arsenal semalam walaupun masa depannya bersama Arsenal masih diragui. Namun, persembahan Nasri semalam harus dipuji kerana berjaya membuat beberapa gerakan dan cubaan ke arah gol.

Koscielny menyertai senarai pemain injured yang kebanyakannya pertahanan iaitu Gibbs, Djourou, Traore dan Wilshere. Koscielny terpaksa dikeluarkan semalam kerana menghadapi kederaan belakang. Pemain muda Ignasi Miquel terpaksa diturunkan. Apakah akan lebih ramai lagi yang akan cedera selepas ini. Buat masa ini Sagna terpaksa bermain di bek kiri yang nampak begitu tidak selesa baginya dan Jenkinson di bek kanan bagi menampung pemain yang cedera.

Kekalahan semalam juga akibat jaringan sendiri Aaron Ramsey yang nampak performancenya tidak menentu sekarang ini. Kita harapkan Jack Wilshere akan cepat pulih bagi mengemudi barisan tengah Arsenal. Arshavin dan Walcott juga kurang menyengat kerana tiadanya hantaran-hantaran yang menarik seperti yang dilakukan Fabregas dahulu. Memang Arsenal sangat-sangat memerlukan play-maker yang boleh menggantikan tempat Fabregas.

Apa-apa pun kekalahan terpaksa diterima dan fokus pada perlawanan menentang Udinese Rabu ini pula.

Selamat berjuang ! Always a Gunners.

Tuesday, August 16, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Udinese


Arsenal akan melayan kunjungan Udinese di Stadium Emirates dalam perlawanan play-off champions league awal pagi ini. Perlawanan akan berlangsung pada pukul 2.45 pagi waktu Malaysia.

Namun krisis penggantungan palyer serta kecederaan menyebabkan pemilihan player yang akan diturunkan pagi ini adalah terhad. Tanpa Robin Van Persie dan Samir Nasri yang digantung, serta kecederaan Jack Wilshere dan terbaru Rosicky, Arsenal dilihat sedikit tempang di bahagian hadapan.

Di bahagian pertahanan pastinya barisan sama akan diturunkan ketika menentang Newcastle tempoh hari iaitu Szczesny, Sagna, Vermaelen, Koscielny dan juga Gibbs. Cuma Gibbs dilihat gusar dan kurang meyakinkan kerana kurang pengalaman berbanding yang lain.

Untuk bahagian tengah Wenger mungkin menurunkan Alex Song, Ramsey dan Arshavin bertindak sebagai perancang malam ini. Manakala di bahagian sayap kiri dan kanan pastinya tugas itu digalas Theo Walcott dan Gervinho. Tetapi siapakh pula yang akan menjadi striker tunggal malam ini? Samaada Chamakh yang tidak konsisten prestasinya ataupun Nicklas Bendtner yang jarang bermain. Sama-sama kita saksikan. Dan yang menariknya malam ini mungkin menjadi penampilan pertama buat pembelian baru Arsenal, Alex Oxlade Chamberlain.

Good Luck Arsenal !