Showing posts with label Udinese. Show all posts
Showing posts with label Udinese. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Probable Line Up Udinese vs Arsenal


Probable Line-Up untuk match malam ini adalah

Szczesny
Sagna Vermaelen Djourou Traore
Ramsey Song Arshavin
Walcott Van Persie Gervinho

Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Jack Wilshere Miss Out Game Against Udinese


Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere sekali lagi menghadapi kecederaan ankle dalam usahanya untuk pulih dari kecederaan itu. Ini membuatkan dia terlepas aksi penting dalam pertembungan timbal balik menentang Udinese dalam kelayakan play-off Champions League.

Lebih malang lagi beliau juga mungkin akan terlepas aksi menentang Man Utd hujung minggu ini. Arsenal mempunyai krisis pemain tengah apabila dua key player nya keluar dari kelab iaitu Samir Nasri dan Cesc Fabregas. Kini tugas menggalas bahagian tengah terpaksa dipikul oleh Alex Song, Aaron Ramsey dan Tomas Rosicky.

Apa-apa pun diharap Wilshere akan segera sembuh dan dapat membangkitkan semula pasukan. Good Luck Arsenal untuk match esok!

Monday, August 22, 2011

Arsene Wenger di"Ban" lagi 2 Game oleh UEFA


Pengurua pasukan Arsenal, Arsene Wenger akan menerima 2 match ban oleh UEFA apabila didapati melanggar peraturan pada pada perlawanan Arsenal menentang Udinese tempoh hari. Pada perlawanan tempoh hari, Arsene Wenger telah diarahkan menyaksikan perlawanan itu di tempat penonton namun didapati bersalah kerana berhubung dengan mereka yang berada di bangku simpanan melalui pembantunya, Boro Primorac.

Arsenen Wenger dijangka sekali lagi akan menyaksikan perlawanan menentang Udinese di Itali menerusi tempat penonton. Sekali taktikal terpaksa dirancang awal dan kesebelasan utama juga terpaksa dirancang awal. Dan segala keputusan ketika perlawanan harus dibuat oleh Pat Rice. Suatu masalah juga buat Arsenal jika tersalah taktikal mereka akan terlepas slot ke Champions League.

Dari satu masalah ke satu masalah timbul. Kini cuma harapkan Arsenal dapat melepaskan diri ke kelompok kumpulan UCL nanti. Adios.

Man City Tekan Nasri


Pengurus Manchester City, Roberto Mancini cuba sedaya upaya mendapatkan Samir Nasri dan cuba menekan pemain itu dengan mengatakana bahawa dia tidak akan lagi membeli Nasri sekiranya Nasri akan diturunkan ketika Arsenal menentang Udinese pada perlawanan timbal balik Champions League play-off Rabu ini.

Mancini sudah lama memerhatikan Nasri, lebih kurang 40 hari cuma tiada deal yang dipersetujui lagi antara pihak Arsenal dan Manchester City. Namun, pihak Man City dijangka membida Nasri dengan nilai sebanyak 22 million dan mendapatkan khidmat pemain tengah Arsenal itu secepat mungkin sebelum Arsenal bertemu Udinese.

Sekiranya Arsenal tetap menggunakan Nasri ketika pertembungan menentang Udinese nanti, Nasri tidak akan boleh bermain untuk mana-mana pasukan lagi bagi pertandingan Champions League, So itu adalah alasan kenapa Mancini benar-benar ingin dapatkan Nasri sebelum Arsenal bertemu Udinese.

Wednesday, August 17, 2011

Tuesday, August 16, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Udinese


Arsenal akan melayan kunjungan Udinese di Stadium Emirates dalam perlawanan play-off champions league awal pagi ini. Perlawanan akan berlangsung pada pukul 2.45 pagi waktu Malaysia.

Namun krisis penggantungan palyer serta kecederaan menyebabkan pemilihan player yang akan diturunkan pagi ini adalah terhad. Tanpa Robin Van Persie dan Samir Nasri yang digantung, serta kecederaan Jack Wilshere dan terbaru Rosicky, Arsenal dilihat sedikit tempang di bahagian hadapan.

Di bahagian pertahanan pastinya barisan sama akan diturunkan ketika menentang Newcastle tempoh hari iaitu Szczesny, Sagna, Vermaelen, Koscielny dan juga Gibbs. Cuma Gibbs dilihat gusar dan kurang meyakinkan kerana kurang pengalaman berbanding yang lain.

Untuk bahagian tengah Wenger mungkin menurunkan Alex Song, Ramsey dan Arshavin bertindak sebagai perancang malam ini. Manakala di bahagian sayap kiri dan kanan pastinya tugas itu digalas Theo Walcott dan Gervinho. Tetapi siapakh pula yang akan menjadi striker tunggal malam ini? Samaada Chamakh yang tidak konsisten prestasinya ataupun Nicklas Bendtner yang jarang bermain. Sama-sama kita saksikan. Dan yang menariknya malam ini mungkin menjadi penampilan pertama buat pembelian baru Arsenal, Alex Oxlade Chamberlain.

Good Luck Arsenal !

Arsenal Tanpa Van Persie dan Nasri Vs Udinese


Arsenal akan menentang Udinese pada perlawanan paly-off champions league yang akan berlangsung esok tanpa kelibat 2 pemain utamanya iaitu Robin Van Persie dan Samir Nasri yang digantung. Dengan ditambah dengan pemergian Cesc Fabregas ke Barcelona, bahagian serangan dan tengah dijangka akan nampak pincang.

Adakah Marouane Chamakh akan diberi peluang bagi membuktikan kebolehannya mencari gol di Emirates esok??Atau mungkin Andrey Arshavin akan diletakkan sebagai penyerang utama dibantu oleh pendatang baru Gervinho. Sementara itu di bahagian tengah, Tomas Rosicky akan menjalani late test bag memastikan kecergasannya terjamin sebelum perlawanan. Jika tidak Ramsey, Song dan Frimpong dijangka mengemudi bahagian tengah apabila Jack Wilshere kecergasannya turut diragui.

Bahagian pertahanan buat masa ini tiada masalah dengan gandingan Koscielny dan Vermaelen di benteng pertahanan tengah dan dibantu oleh wing back yang laju di kiri kanan iaitu Sagna dan Gibbs. Bahagian serangan kita juga mungkin akan disajikan dengan aksi seorang lagi pemain baru iaitu Alex-Oxlade Chamberlain, namun mungkin sebagai sub kepada Theo Walcott. 

Semoga game esok akan menjadi milik Arsenal!