Showing posts with label Samir Nasri. Show all posts
Showing posts with label Samir Nasri. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Jack Wilshere Miss Out Game Against Udinese


Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere sekali lagi menghadapi kecederaan ankle dalam usahanya untuk pulih dari kecederaan itu. Ini membuatkan dia terlepas aksi penting dalam pertembungan timbal balik menentang Udinese dalam kelayakan play-off Champions League.

Lebih malang lagi beliau juga mungkin akan terlepas aksi menentang Man Utd hujung minggu ini. Arsenal mempunyai krisis pemain tengah apabila dua key player nya keluar dari kelab iaitu Samir Nasri dan Cesc Fabregas. Kini tugas menggalas bahagian tengah terpaksa dipikul oleh Alex Song, Aaron Ramsey dan Tomas Rosicky.

Apa-apa pun diharap Wilshere akan segera sembuh dan dapat membangkitkan semula pasukan. Good Luck Arsenal untuk match esok!

Monday, August 22, 2011

Man City Tekan Nasri


Pengurus Manchester City, Roberto Mancini cuba sedaya upaya mendapatkan Samir Nasri dan cuba menekan pemain itu dengan mengatakana bahawa dia tidak akan lagi membeli Nasri sekiranya Nasri akan diturunkan ketika Arsenal menentang Udinese pada perlawanan timbal balik Champions League play-off Rabu ini.

Mancini sudah lama memerhatikan Nasri, lebih kurang 40 hari cuma tiada deal yang dipersetujui lagi antara pihak Arsenal dan Manchester City. Namun, pihak Man City dijangka membida Nasri dengan nilai sebanyak 22 million dan mendapatkan khidmat pemain tengah Arsenal itu secepat mungkin sebelum Arsenal bertemu Udinese.

Sekiranya Arsenal tetap menggunakan Nasri ketika pertembungan menentang Udinese nanti, Nasri tidak akan boleh bermain untuk mana-mana pasukan lagi bagi pertandingan Champions League, So itu adalah alasan kenapa Mancini benar-benar ingin dapatkan Nasri sebelum Arsenal bertemu Udinese.

Tuesday, August 16, 2011

Arsenal Tanpa Van Persie dan Nasri Vs Udinese


Arsenal akan menentang Udinese pada perlawanan paly-off champions league yang akan berlangsung esok tanpa kelibat 2 pemain utamanya iaitu Robin Van Persie dan Samir Nasri yang digantung. Dengan ditambah dengan pemergian Cesc Fabregas ke Barcelona, bahagian serangan dan tengah dijangka akan nampak pincang.

Adakah Marouane Chamakh akan diberi peluang bagi membuktikan kebolehannya mencari gol di Emirates esok??Atau mungkin Andrey Arshavin akan diletakkan sebagai penyerang utama dibantu oleh pendatang baru Gervinho. Sementara itu di bahagian tengah, Tomas Rosicky akan menjalani late test bag memastikan kecergasannya terjamin sebelum perlawanan. Jika tidak Ramsey, Song dan Frimpong dijangka mengemudi bahagian tengah apabila Jack Wilshere kecergasannya turut diragui.

Bahagian pertahanan buat masa ini tiada masalah dengan gandingan Koscielny dan Vermaelen di benteng pertahanan tengah dan dibantu oleh wing back yang laju di kiri kanan iaitu Sagna dan Gibbs. Bahagian serangan kita juga mungkin akan disajikan dengan aksi seorang lagi pemain baru iaitu Alex-Oxlade Chamberlain, namun mungkin sebagai sub kepada Theo Walcott. 

Semoga game esok akan menjadi milik Arsenal!

Friday, August 12, 2011

Arsenal Ready To Land Juan Mata and Eden Hazard As a Replacement for Cesc Fabregas and Samir Nasri


Arsenal dijangka akn membuat bidaan bernilai 45 million keseluruhannya bagi mendapatkan dua pemain muda sensasi iaitu Juan Mata dari Valencia FC dan Eden Hazard dari Lille FC. Tetapi segala bidaan hanya akan dibuat selepas selesai urusan perpindahan dua top star Arsenal yang akan berhijrah iaitu Cesc Fabregas El-Capitan dan juga Samir Nasri.

Perpindahan yang hampir pasti buat Fabregas dan Nasri yang masing-masing menelan belanja 35 million dan 22 million membolehkan Arsenal bercadang mencari pengganti mereka secepat mungkin sebelum kempen EPL bermula dan play-off Champions League membuka tirai. Terdapat beberapa rumours lain yang dikaitkan bagi menggantikan mereka berdua termasuklah Jadson dari Shakhtar Donestk dan Carlos Tevez.

Thursday, August 11, 2011

Arshavin : " Saya Bukan Pembelot "


Dalam keadaan Arsenal yang mungkin akan kehilangan dua bintangnya iaitu Cesc Fabregas dan samir Nasri yang berhasrat untuk berhijrah ke kelab lain, Andrey Arshavin tampil dengan menyatakan bahawa beliau tidak akan ke mana-mana season ini. Semangat seperti Arshavin inilah yang kita mahu, sayangkan kelab.

Walaupun dikaitkan dengan perpindahan kembali ke hometown atau negaranya Russia bersama kelab Anzhi Makhachkala, namun pemain yang memakai jersi bernombor 23 itu menegaskan bahawa dia hanya akan kekal di Arsenal season ini dan akan menumpukan sepenuhnya pada kelab.  Terbaik Arshavin!