Saturday, July 30, 2011

Abou Diaby Out For 10 Weeks until September


Midfielder Arsenal, Abou Diaby akan terlepas aksi liga awal musim kerana terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya 10 minggu selepas menjalani pembedahan buku lali.

Diaby yang terlepas Tour Arsenal ke Asia baru-baru ini dijangka akan kembali bulan September nanti. Pemain tengah Perancis itu juga akan tidak dapat bermain dalam saingan Barclay Premier League menentang Newcastle, Liverpool dan Manchester United serta perlawanan play-off Champions League.

Ketiadaan Diaby akan memberi ruang kepada Wilshere, Ramsey, Song dan Frimpong beraksi penuh setelah Denilson dipinjam keluar dan Fabregas dijangka berhijrah ke Barcelona.

Sunday, July 24, 2011

Video Aksi Pertama Gervinho | 2 Gol Dalam Penampilan Pertama


Gervinho turun buat penampilan pertamanya dengan menjaringkan 2 Gol ketika menetang Koln FC dalam perlawanan persahabatan semalam. Dalam aksi hanya 15 minit dia dapat menjaringkan 2 gol. berbaloi-baloi..tapi tak tahulah macamana bila menentang kelab Inggeris nanti.harap-harap memberansangkan la.

Semalam Gervinho memakai jersi nombor 22 dan menjaringkan 2 gol hasil hantaran Wilshere dan Walcott. Dia kini menjadi sandaran baru buat kelab memenangi sebarang trofi season ini.

Saturday, July 23, 2011

Livestreaming FC Koln vs Arsenal


Saksikan LIVEstreaming Koln FC vs Arsenal jam 9.30 malam ini di

 
Sekian, terima kasih.

Thursday, July 21, 2011

Perpindahan Denilson Beri Ruang Kepada Frimpong


Perpindahan defensive midfielder Arsenal ke Sao Paolo akan memberi ruang kepada Frimpong untuk menampilkan kebolehannya. Walaupun sebagai pilihan kedua selepas Alex Song, namun Frimpong mungkin bakal digunakan untuk pertandingan piala-piala seperti FA Cup dan Carling Cup.

Denilson akan kembali ke bekas kelabnya Sao Paolo secara loan sepanjang musim 2011/2012 nanti. Kembalinya Denilson ke Brazil akan membolehkan dia beraksi semula dalam kesebelasan utama.Mungkin ini adalah yang terbaik untuk Denilson. Sedih katanya meninggalkan Emirates untuk season depan.huhu