Friday, August 27, 2010

UEFA Champions League 2010-2011 Group Stage Draw Result

Group A
Inter Milan
Werder Bremen
Tottenham Hotspur
Twente

Group B
Olympic Lyon
Benfica
Schalke 04
Hapoel Tel Aviv

Group C
Manchester United
Valencia
Rangers
Bursaspor

Group D
Barcelona
Panathinaikos
Kobenhavn
Rubin Kazan

Group E
Bayern Munich
AS Roma
FC Basel
CFR Cluj

Group F
Chelsea
Marseille
Spartak Moscow
Zilina

Group G
AC Milan
Real Madrid
Ajax 
Auxerre

Group H
Arsenal
Shakhtar Donetsk
SC Braga
Partizan

UEFA 2009-2010 Award Result

Club Goalkeeper Of The Year
JULIO CESAR

Club Defender Of The Year
MAICON

Club Midfielder Of The Year
SNEIJDER

Club Striker Of The Year
DIEGO MILITO

Monday, August 23, 2010

Squillaci Sah Ke Arsenal

Pertahanan Sevilla, Sebastien Squillaci, 30 tahun sah ke Arsenal dengan yuran perpindahan sekitar 6.5million..Hal ini telah disahkan oleh lawan web rasmi kelab Sevilla FC sendiri..

Squillaci akan menjalani ujian kecergasan di Emirates hari ini dan dijangka akan menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama Arsenal..Squillaci akan menggantikan tempat Gallas, Senderos, Silvestre dan Campbell yang keluar musim ini..

pertahanan baru Arsenal

Arsene Wenger telah mengotakan janjinya dengan membawa masuk Squillaci untuk sekurang-kurangnya 4 orang pertahanan tengah..Squilacci akan join senarai pertahanan tengah iaitu Vermaelen, Djourou dan seorang lagi player baru Laurent Koscielny

Player baru ini mungkin akan diperkenalkan esok..jersi number berapa kita tak tahu lagi la..Beliau baru-baru ini mengelak untuk bermain dalam play off champion league agar dapat bermain dengan Arsenal..kerana seorang pemain tidak boleh bermain dalam champion league untuk 2 kelab yang berbeza..

Friday, August 20, 2010

Fulham Tolak Bidaan Kedua Arsenal

Arsenal telah membuat tawaran kedua kepada Fulham untuk mendapatkan khidmat penjaga gol mereka iaitu Mark Schwarzer..Namun sekali lagi Arsenal dikecewakan apabila pihak Fulham menolak bidaan kedua itu selepas bidaan pertama ditolak bulan Mei lalu..

Schwarzer
Fulham meletakkan syarat agar menyertakan Carlos Vela sekiranya Arsenal ingin mendapatkan penjaga gol mereka. Walaupun, Schwarzer telah menyatakan hasrat untuk keluar dan menyertai Arsenal, namun pihak pengurusan Fulham tetap tidak ingin melepaskan ayam tambatan mereka itu..

Arsenal dilihat menghadapi masalah di gawang gol apabila prestasi 2 penjaga gol utama Almunia dan Fabianski tidak konsisten. Sekiranya Fulham tetap berkeras, Arsene Wenger mungkin membawa masuk Shay Given sebagai pilihan terakhirnya apabila Given tersisih daripada menjadi penjaga gol utama Manchester City

Arsenal Bid Squillaci

Salam 1 Arsenal..Berita baru mengatakan Arsenal telah membuat bidaan untuk mendapatkan pertahanan dari Perancis yang bermain dengan kelab Sevilla iaitu Sebastien Squillaci.

Hal ini dipastikan sendiri oleh pihak kelab Sevilla selepas Squillaci meminta untuk dikecualikan daripada bermain pada perlawan play-off champions league menentang Braga bagi mengelakkan tidak dapat bermain untuk Arsenal nanti.

Squillaci..muka macam Vermaelen
Arsenal memang memerlukan seorang lagi pertahanan bagi menggantikan tempat Gallas, Campbell, Senderos dan Silvestre yang keluar dan telah mendapatkan khidmat Laurent Koscielny dari Perancis. Squillaci, 30 tahun dilihat sebagai pemain yang berpengalaman yang perlu ada bagi skuad muda Arsenal. Adakah seorang lagi pertahanan Perancis akan masuk ke Arsenal?Sama-sama kita nantikan..

Thursday, August 19, 2010

Nasri Injured Sebulan

Arsenal memulakan kempen EPL dengan keputusan seri 1-1 menentang Liverpool di Anfield Ahad lalu..Itupun hasil gol sendiri Pepe Reina..

Walaubagaimanapun, Arsenal terpaksa menghadapi sebulan tanpa pemain versatile Samir Nasri yang selalu masuk menggantikan tempat kapten Cesc Fabregas..Nasri dijangka terlepas 5 next matches termasuk game pembukaan Champions League..

Nasri Injured
Kelab menjalankan pemeriksaan ke atas pemain yang tengah form itu dan mendapati beliau meghadapi meniscal injury ketika perlawanan menentang Liverpool minggu lalu. Nasri disahkan akan out of action selama sebulan..Namun, Cesc Fabregas yang terlepas perlawanan menentang Liverpool akibat kesakitan dijangka pulih sepenuhnya dan kembalik dalam game menentang Blackpool Sabtu ini..

Selai itu, pertahan baru Koscielny digantung satu perlawanan dan akan miss game bertemu Blackpool dan sekiranya Djourou tidak sempat pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstringnya, Alex Song akan menjadi partner Vermaelen di barisan pertahanan Sabtu ini.

Wednesday, August 18, 2010

Wenger Inginkan Schwarzer Sebelum Weekend Ini..

Wenger menyatakan hasratnya untuk membeli penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer sebelum hujung minggu ini bagi menggantikan tempat Almunia pada perlawanan menentang Blackpool Sabtu ini di Stadium Emirates. Wenger dijangka akan membayar 2.5 million euro kepada Fulham untuk membawa Schwarzer ke Emirates.

Sementara itu, Fulham pula ingin mendapatkan khidmat penjaga gol Manchester City, Shay Given sekiranya Schwarzer berpindah ke Arsenal..Shay Given berhasrat untuk keluar dari City sebab Joe Hart diletakkan sebagai keeper utama dan bertindak cemerlang dalam perlawanan menentang Spurs minggu lalu.

Schwarzer

Schwarzer,37 mempunyai pengalaman luas di EPL mahupun peringkat antarabangsa..dan mungkin akan boleh menjadi coach keeper suatu hari nanti..Almunia yang ingin stay kat Arsenal ungkin terpaksa cari pasukan lain lepas ni..

Selain itu, pertahanan Arsenal Djourou kembali berlatih semalam dan percaya akan sembuh sepenuhnya dari kecederaan hamstring untuk beraksi menentang Blackpool Sabtu ini..Ini kerana pertahanan baru Koscielny digantung 1 perlawanan akibat dilayangkan kad merah ketika perlawanan pertama menentang Liverpool di Anfield..

Monday, August 16, 2010

Arsenal 1-1 Liverpool

15 Ogos 2010 jam 11.00 malam..aku dah terpacak depan tv..nak tengok game first Arsenal season ni..Arsenal masuk padang dengan jersi kuning megah tajaan nike..Line-up malam tadi 4-1-4-1

  Almunia
Sagna****Koscielny****Vermaelen****Clichy
Diaby
Eboue****Nasri****Wilshere****Arshavin
 Chamakh

Game start..macam biasa Arsenal control game..possesion milik The Gunners..Vermaelen memulakan serangan Arsenal dengan rembatan sepakan percuma kencang namun berjaya ditempis Reina..Permainan menyaksikan Ngog terperangkap offside beberapa kali..Liverpool hanya mengharapkan counter attack sahaja..Arshavin beberapa kali cuba menggelecek pertahanan dari tepi padang namun saiznya yang kecil membuatkan Carragher mahupun Gerrard yang mengawalnya mudah merampas bola..Bola hanya banyak berlegar di tengah padang..Almunia nyaris lagi memalukan Arsenal apabila tidak kena untuk menepis sepakan penjuru Liverpool..mujurlah bek ada untuk clear bola..Selepas itu Almunia bertindak cemerlang menyelamatkan rembatan kaki kiri Glen Johnson..Separuh masa pertama tamat dengan 1 layangan kad merah kepada pemain baru Liverpool Joe Cole apabila Cole menerjah ganas terhadap pertahanan Arsenal Laurent Koscielny seminit sebelum tamat 1st half..Koscielny diusung keluar..

Joe Cole kena kad merah 


Separuh masa kedua..Liverpool bermain 10 orang..Namun mereka memperoleh gol dahulu hasil rembatan jarak dekat Ngog..hasil kesilapan Jack Wilshere yang kehilangan bola..kemudian Arsenal terus mengatur serangan demi serangan bagi mendapatkan gol penyamaan..Rosicky dan Walcott dimasukkan menggantikan Wilshere dan Eboue..Rosicky bermain kemas dan satu sepakan percuma Walcott nyaris masuk ke dalam gol namun berjaya ditepis keluar Reina..Van Persie dimasukkan menggantikan Diaby bagi menguatkan jentera serangan Arsenal..dan pada minit2 akhir perlawanan satu cross dari Rosicky berjaya disambar Chamakh dan bola terkena tiang sebelum melantun keluar terkena Reina dan masuk ke gawangnya sendiri..Kedudukan terikat 1-1..Namun malang buat Arsenal apabila Laurent Koscielny dilayangkan kad kuning kedua dan diarah keluar padang selepas bola terkena tangannya..

Gol Ngog

Gol mudah

So,STAR MAN untuk game ni aku pilih Koscielny..walaupun dilayangkan kad merah,namun permainannya sangat baik..Torres pun tak boleh lepas dengan dia..so,minggu depan kena la cari defend baru nak berganding dengan Vermaelen sebab Koscielny kena gantung 1 game..mungkin Song akan diturunkan next game..Next game jugak kembalinya kapten asal Fabregas dalam game..Harap2 lebih banyak gol dapat dihasilkan..Malam ni kita tengok Man Utd lawan Newcastle Utd plak..rating player game semalam..Adios..

Saturday, August 14, 2010

Barisan Kemungkinan Liverpool vs Arsenal

Barisan kemungkinan Liverpool (4-2-3-1): Reina, Johnson, Agger, Carragher, Kelly, Gerard, Lucas, Pacheco, Cole, Jovanovic, Ngog

Barisan kemungkinan Arsenal (4-2-3-1): Almunia, Sagna, Koscielny, Vermaelen, Clichy, Diaby, Eboue, Wallcot, Nasri, Arshavin, Chamakh.

Liverpool pasti menurunkan Ngog sebab dia dah skor banyak gol masa lawan frenly sebelum ni..lagipun Torres belum fit sepenuhnya..Joe Cole juga mungkin jadi perancang gerakan Liverpool esok yang menolak tawaran dari Arsenal..Game ni jugak bakal menonjolkan muka baru iaitu Jovanovic yang dibawa dari Standard Liege..

Arsenal pula belum decide samada Almunia atau Fabianski yang akan diturunkan..tapi kalo ikut logik aku rase Almunia la..Fabregas dan Van Persie dijangka tidak diturunkan dalam first eleven sebab belum fit sepenuhnya..sama jugak dengan Bendtner dan Ramsey yang injured..tetapi Arshavin dijangkan fit n time..harap2 Arshavin bleh skor 4 gol lagi..Ni jugak first game bagi pemain baru Chamakh dan Koscielny..

Swap 3 Penjuru

Arsenal kini bersedia untuk bid goalkeeper Fulham Mark Schwarzer dan membawa pemain itu ke Arsenal sebelum tamat transfer window season ni..Arsenal yang sedang dibelenggu masalah golkeper sekarang ni memang  patut ambik sorang keeper baru..bagi mengukuhkan lagi benteng last Arsenal..kalo tengok friendly dan emirates cup pun arsenal bolos banyak..

Fulham pulak bakal membuat tawaran kepada penjaga gol Aston Villa Brad Friedel sekiranya Arsenal berjaya membawa Mark Schwarzer ke Emirates..Brad Friedel merupakan antara penjaga gol yang terbaik di EPL sejak 2-3 musim yang lalu..dan telah banyak membantu menaikkan Aston Villa..

bye bye Almunia
Sementara itu Aston Villa pula akan mendapatkan khidmat penjaga gol Arsenal iaitu Almunia bagi menggantikan tempat Friedel sekiranya dia berhijrah ke Fulham..Diharap Almunia akan memulakan karier baru di Fulham..hehehehe..adios..salam ramadhan..

Wednesday, August 11, 2010

14 Pemain Arsenal yang Terlibat dalam Friendly Match

Malam ni akan berlangsung perlawanan persahabatan antara negara-negara yang terlibat..So, terdapat beberapa player Arsenal yang akan beraksi..antaranya adalah:


1) Fabregas, Carlos Vela ( Mexico vs Spain)
2) Gibbs, Walcott, Wilshere ( Hungary vs England)
3) Vermaelen ( Finland vs Belgium)
4) Rosicky ( Republik Czech vs Latvia)
5) Samir Nasri ( Norway vs France)
6) Fabianski ( Poland vs Cameroon)
7) Arshavin ( Russia vs Bulgaria)
8) Eboue ( Italy vs Ivory Coast)
9) Chamakh ( Morocco vs Guinea)
10) Lansbury ( England U-21 vs Uzbekistan U-21)
11) Mannone ( Italy U-21 vs Denmark U-21)


Harap-harap player yang main malam ni xde yang injured..dan beraksi cemerlang..

Tuesday, August 10, 2010

Persie dan Fabregas belum tentu beraksi lawan Liverpool

Kapten Arsenal Cesc Fabregas dan Robin Van Persie belum tentu dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan EPL menentang Liverpool Ahad ini..Ini kerana mereka dikhuatiri tidak fit sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan tersebut..Wenger akan memutuskannya pada hari Jumaat ini..

2 finalis Piala Dunia itu baru sahaja memulakan latihan dan tidak diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Legia Warsaw Sabtu lalu. 

2 ayam tambatan Arsenal
Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk memilih untuk tidak membawa Persie ke perlawanan persahabatan menentang Ukraine esok tetapi Fabregas terpaksa terbang ke Mexico untuk bersama skuad spain dalam perlawanan persahabatan.

Masih banyak yang perlu difikirkan. Persie dapat sedikit rehat dan masa yang cukup untuk preparation akan tetapi Fabregas pasti tidak cukup waktu untuk berlatih kerana terpaksa kembali bersama skuad Spain..Semuanya akan ditentukan jumaat ini..jelas Arsene Wenger.

Monday, August 9, 2010

Arsenal Nak Loan Shay Given

Arsenal dijangkakan ingin meminjam penjaga gol Manchester City Shay Given selepas bos mereka Mancini dikatakan ingin meletakkan Joe Hart sebagai keeper utama mereka.

Joe Hart juga dikatakan dipilih sebagai keeper utama England bagi perlawanan persahabatan menentang Hungary Rabu ini.
Given give it to Arsenal
Arsene Wenger kini pasti pening memikirkan krisis goalkeeper yang melanda Arsenal..selepas game friendly menentang Legia Warsaw yang menyaksikan Arsenal bolos 5 gol..Tapi kalau betul Shay Given akan berada di bangku simpanan City, peluang arsenal untuk mendapatkan khidmatnya memang cerah..

Wenger berminat untuk mendapatkan keeper Australia Mark Schwarzer namun terpaksa membayar yuran dan gaji yang tinggi jika ingin mendapatkannya..Selain itu, Joe Hart juga mendapat perhatian Wenger namun City ingin menjadikan Hart golkeeper masa depan mereka dan tidak akan melepaskan pemain muda itu..

Sekarang ni hanya ada pilihan Shay Given je lagi..ape lagi sambar aje la pak Wenger..huhu..

Siapakah Pertahanan Yang Patut Arsenal Beli?

Hello..kat sini satu lagi pool result yang nak diumumkan..Daripada 5 calon iaitu Serdar Tasci, Cristian Zapata, Emir Spahic, Phil Jagielka dan Per Mertasacker..siapa yang paling sesuai masuk Arsenal season ni..
Wenger fikir ape lagi cepatlah ambik Mertesacker tu..
Daripada bancian yang dijalankan oleh blog ini..74% pengunjung blog memilih Per Mertasacker..diikuti dengan Cristian Zapata 11%, Serdar Tasci 8%, Emir Spahic 5%, dan Jagielka 3%...So, Wenger ape lagi..bawak masuk la Mertesacker cepat-cepat..peminat-peminat semua dah tunjuk dah ape diorang nak ni..Hehe..

Bola Emas Emirates Cup

Berdasarkan undian para pengunjung blog ini..mereka telah memilih Samir Nasri sebagai pemain terbaik sepanjang Emirates Cup minggu lepas..Nasri mendapat 58% undian meninggalkan Marouane Chamakh di tempat kedua dengan 26%..Andrey Arshavin menduduki tangga ketiga dengan 8% undian manakala Laurent Koscielny dan Pato masing-masing 2%..
Samir Nasri
Nasri sejak dua menjak ni makin perform..skor setiap game frenly Arsenal..Semoga Nasri boleh jadi legend kat Arsenal lepas ni..dan harap-harap dia skor lagi masa lawan Liverpool hujung minggu ni..Super Sunday..Okeh..sama-sama kita pool result game Arsenal vs Liverpool plak..

Sunday, August 8, 2010

3 Pemain Arsenal Dipanggil Mewakili England

Jurulatih England, Fabio Capello telah menamakan 3 pemain dari Arsenal sebagai pemain baru dalam skuad England bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Hungary rabu ni..Mereka adalah Kieran Gibbs, Jack Wilshere dan Theo Walcott.

Wilshere paling muda dalam England
Theo Walcott, Darrent Bent dan Adam Johnson semuanya dipanggil semula selepas digugurkan oleh Capello daripada skuad di Afrika Selatan bulan lalu..


Goalkeeper Robert Green dan David James digugurkan dan memberi peluang kepada keeper baru iaitu Paul Robinson, Ben Foster dan Joe Hart..Pertahanan Michael Dawson juga kembali menggantikan tempat Rio Ferdinand yang masih injured. Carlton Cole, Ashley Young dan Jagielka juga kembali ke skuad England.

Antara mereka yang tidak disenaraikan adalah Upson, Warnock, Ledley King, Carrick, Joe Cole, Lennon, Wright Philips, Crouch dan Defoe..perlawanan peringkat antarabangsa ini diharap dapat memberi pengalamn kepada trio Arsenal itu..tapi harap-harap juga tiada risiko untuk injured bagi menghadapi Liverpool hujung minggu depan..

SKUAD PENUH:

KEEPER: Robinson, Foster, Hart
DEFEND: Wes Brown, Ashley Cole, Gary Cahill, Michael Dawson, Kieran Gibbs, Phil Jagielka, John Terry,Glen Johnson
MIDFIELD: Barry, Gerrard, Lampard, Wilshere, Walcott, Adam Johnson, James Milner, Ashley Young
STRIKER: Wayne Rooney, Darrent Bent, Bobby Zamora, Carlton Cole

Legia Warsaw Vs Arsenal

Salam 1 Arsenal..Tamat separuh masa pertama..Arsenal ketinggalan 1-0..Arsenal nampak serba tak menjadi malam ni terutama di bahagian pertahanan dan penjaga gol..dengan barisan separuh masa pertama : Fabianski, Sagna, Vermaelen, Koscielny, Clichy, Frimpong, Wilshere, Rosicky, Nasri, Walcott, Chamakh..

Wenger perlu memikirkan rentak baru untuk separuh masa kedua..dan bukan sahaja setakat game malam ni sahaja..memang terserlah kelemahan arsenal di bahagian pertahanan dan keeper..Please Wenger beli lah keeper baru..Arsenal ketinggalan 3-0 namun Chamakh berjaya mengurangkan deposit gol dengan gol hasil tandukan menarik apabila menerima umpanan Nasri..Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Legia warsaw 3-1 Arsenal..Semoga Separuh masa kedua Arsenal akan lebih bertenaga lagi..Ulasan penuh game akan bersambung apabila tamat game nanti..

Eboue..Skor 2 gol
Akhirnya game dah berakhir..Fuh..Separuh masa kedua yang amat memberansangkan..Kemasukan keeper muda Szczesny memberikan impak yang besar jugakla..tapi tak adalah besar sangat jika nak dibandingkan dengan kemasukan Eboe dan Kieran Gibbs..Eboue masuk dan menyumbang 2 gol untuk Arsenal pada minit ke 53 dan 61..kedudukan terikat 3-3 sekarang..

Seminit kemudian Kieran Gibbs pulak menyumbang 1 gol untuk Arsenal dan memberi kelebihan satu gol kepada Arsenal menjadi Arsenal 4-3 Warsaw..namun pada minit ke 78 Legia berjaya mengikat kedudukan menjadi 4-4 menerusi Jerdzejczyk..meletakkan namaya sebagai hatrik pada hari ini..

Perlawanan menjadi semakin rancak dan pantas..Seorang lagi pemain simpanan yang dimasukkan iaitu Emmanuel Thomas menghadiahkan gol kelima buat Arsenal pada minit ke 78..Ini disusuli gol kemenangan 3 minit kemudian oleh Samir Nasri..Gol itu dikatakan gol kemenangan buat Arsenal kerana memberi kelebihan 2 gol kepada Arsenal (6-4) dengan 7 minit baki perlawanan..

Namun..di akhir-akhir perlawanan..Arsenal leka sekali lagi dengan membiarkan 1 lagi gol dibolosi menjadikan kedudukan Arsenal 6-5 Legia Warsaw sehingga tamat perlawanan..STAR MAN malam ni aku pilih Eboue..walaupun main separuh masa je tapi berjaya skor 2 gol dan menaikkan semangat rakan-rakan..dan jelas Arsenal memang memerlukan seorang penjaga gol baru..kelemahan terserlah kat bahagian tu..pertahanan pun perlu dikuatkan lagi bagi menghadapi Liverpool minggu depan..Adios..

Saturday, August 7, 2010

Barisan kemungkinan Man U Vs Chelsea

Esok. Ahad jam 10 malam..bermulalah perlawanan Community Shield antara Man U dengan Chelsea..Kalau kat Malaysia ni kira macam Piala Sumbangsih la ni..sebelum start EPL minggu depan..Semua peminat kat Malaysia dan seluruh dunia ni memang ternanti-nantikan perlawanan yang menarik ni..Tapi sebelum tengok tu mesti nak tau kan sape yang akan main kan..so kat sini nak tunjuk skit barisan yang akan main dan yang duduk kat bangku simpanan..Lets start

Chelsea (4-1-3-2)

Hilario
Ferreira****Ivanovic****Terry****Cole
Obi Mikel
Essien****Lampard****Malouda
Kalou****Anelka

Rooney
Nani****Giggs****Valencia
Scholes****Fletcher
Evra****Vidic****Evans****Rafael
Van Der Saar

Man U (4-2-3-1)

Drogba akan bermula di bangku simpanan..turut di bangku simpanan Chelsea adalah pembelian baru Benayoun selain Zhirkov, Carvalho dan Sturridge..

Sementara Man U pula memiliki barisan simpanan serangan seperti Berbatov dan pembelian baru Javier Hernandez..Seorang lagi pemain baru Smalling juga turut di bangku simpanan bersama Obertan..

Mexes Masuk Arsenal?

Dengan keadaan Arsenal yang kehilangan Gallas, Campbell, Silvestre dan Senderos..Arsenal memang wajar mendapatkan sorang lagi defend tengah..sebab takut-takut nanti Vermaelen ke atau Koscielny ke injured tak ada dah yang power nak back up..tu lah punca kita lost sesaon lepas..bila Gallas ngn Vermaelen injured..Defend rapuh sangat..Tahun ni tak akan nak bagi Djourou je back up..tak power lagi tu..

Mexes
Berdasarkan laporan dari media La Repubblica, Mexes sedang dalam radar Arsene Wenger dan mungkin akan dibawa ke Emirates dengan tawaran yang berpatutan. Dengan kehadiran Nicolas Burdisso dari Inter ke AS Roma menyebabkan Mexes tak dapat bermain untuk 1st 11..dan ini menguatkan lagi spekulasi Mexes untuk berpindah..

Mexes dilaporkan menolak tawaran dari Juventus dan nilai Mexes dijangka bernilai 9million..Wenger memang suka yang murah-murah dan dari France ni..Selain Arsenal, Manchester City juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya..City selalu menyibuk..mentang-mentanglah kaya..hadui..




Kaka Injured 3-5 Bulan

Salam 1 Arsenal..Sedikit berita mengenai bekas pemain terbaik dunia dari Brazil Kaka..Kaka mengadu sakit semasa menjalani latihan pre-season di Los Angeles dan pihak medical mengesahkan bahawa Kaka memerlukan rawatan pembedahan arthroscopic.
Kaka
Doktor yang mengesahkan pembedahan itu berkata kecederaan itu amat serius mungkin disebabkan Kaka terlalu memaksa dan bersungguh di Piala Dunia Afrika Selatan. Karier Kaka mungkin dalam bahaya..

Kaka dikatakan bermain dengan sedikit 'niggling injury' dan kemudian menerima kesakitan 'unbearable'. Mungkin Kaka terlalu push masa lawan Holland dengan Chile bulan lepas..Dia terpaksa menahan sakit masa tu..

Masa depan Kaka sebagai pemain bola professional mungkin berakhir tapi semuanya akan berubah sekiranya pembedahan ini berjaya..Sementara itu, jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho berkata Real Madrid telah mempunyai skuad yang cukup mantap walaupun terpaksa kehilangan Kaka selama 3 hingga 4 bulan..Jadi tak perlulah nak beli player baru..adios..





Friday, August 6, 2010

Champions League Qualifying Draw



Salzburg v Hapoel Tel-Aviv
Rosenborg v FC Copenhagen
Basel v FC Sheriff
Sparta Prague v MSK Zilina
Partizan Belgrade v Anderlecht
Young Boys v Tottenham Hotspur
Braga v Sevilla
Werder Bremen v Sampdoria
Zenit St. Petersburg v Auxerre
Dynamo Kiev v Ajax



The ties will be played on August 17/18 and 24/25. Actual matchdays to be confirmed later.

Fabregas Kekal

Wenger dan Fabregas
Arsenal dikatakan berjaya mengekalkan kapten mereka Cesc Fabregas di Emirates..dan mengakhiri prasangka tentang perpindahannya ke Barcelona..

Legend Arsenal, Kenny Sansom berkata pengurus Arsenal, Arsene Wenger ada berkata kepadanya yang Fabregas ingin kekal bersama skuad Arsenal musim ini.

Ini adalah suatu berita yang baik buat semua peminat-peminat Arsenal yang masih lagi menanti-nantikan apakah keputusan mengenai masa depan kapten arsenal ini..yang dibawa oleh Arsene Wenger ke Arsenal ketika usianya 16 tahun dari Barcelona..

Fabregas dilihat kembali menjalani latihan bersama skuad Arsenal semalam dan disambut meriah 7000 penyokong di Stadium Emirates..Bekas penjaga gol Arsenal, Bob Wilson berkata kedatangan Cesc ini menunjukkan yang dia ingin stay di Arsenal..Kalo tengok gambar skuad 2010-2011 pun, dia ada kat barisan depan..FABREGAS STAY SEASON NI..CONFIRM!!







Thursday, August 5, 2010

Fabregas kembali ke Emirates

Salam 1 Arsenal..satu lagi berita yang baru saya terima..hehehe..bahawa Fabregas dan Van Persie telah kembali berlatih di Emirates sempena media day hari ini..Melihat Fabregas berlatih penyokong-penyokong menepuk tangan sambil menyanyikan lagu "We love Cesc Fabregas"..Harap-harap Fabrega akan stay bersama Arsenal..
Fabregas, Persie dan Denilson kembali berlatih
Selepas sesi latihan akan ada talks antara Fabregas dengan pengurus kelab, Arsene Wenger..segala keputusan mengenai masa depan Fabregas yang begitu lama dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona akan diketahui tidak lama lagi..Sama-sama la kita nantikan..Adios.

Top 20 Transfer Season Ni..

SENARAI TOP 20 TRANSFER UNTUK SEASON NI>>




VALENCIA >> BARCELONA : 40M






BORDEAUX >> ARSENAL : FREE






BARCELONA >> MANCHESTER CITY : 29M






PALERMO >> WOLFSBURG : 14M






SEVILLA >> BARCELONA : 13.5M













VALENCIA >> MANCHESTER CITY : 30.2M






CHELSEA >> LIVERPOOL : FREE






GETAFE >> REAL MADRID : 10M






LAZIO >> MANCHESTER CITY : 19.3M






CHIVAS GUADALAJARA >> MANCHESTER UNITED : 9.7M













DEPORTIVO LA CORUNA >> ATLETICO MADRID : 12M





GALATASARAY >> VALENCIA : 4M






FLAMENGO >> AS ROMA : FREE






GETAFE >> VALENCIA : 8M






STANDARD LIEGE >> LIVERPOOL : FREE













BARI >> JUVENTUS : 15.5M





STUTTGART >> REAL MADRID : 13.6M






LIVERPOOL >> CHELSEA : 6.6M








BARCELONA >> RB NEW YORK : FREE






REAL MADRID >> SCHALKE : FREE






KOMEN SIKIT: TENGOKLAH RANKING KE-2 TU..PANDAI WENGER CARI PLAYER, FREE PLAK TU..MANCHESTER CITY BANYAK BERBELANJA ( 3,6,9) TAPI BELUM TENTU LAGI DAPAT JUARA..JADI PASUKAN STAR PULAK CITY..TAPI FRIENDLY ASYIK KALAH JER..MAN U DAPAT HERNANDEZ (10)..STRIKER BAHAYA TU..CHELSEA BARU JE AMBIK BENAYOUN (18), DENGAR CITE NAK AMBIK RAMIRES PLAK..JOE COLE (7) BERALIH ARAH KE LIVERPOOL PLAK..

Wednesday, August 4, 2010

Formasi Terbaik 2010-2011

Apakah formasi terbaik untuk team Arsenal season ni..kat sini nak bincang skit la formasi yang sesuai untuk Arsenal season ni..adakah 4-4-2 atau 4-5-1 ataupun 4-3-3..
Formasi
1) 4-4-2..formasi ini digunakan masa season unbeaten dulu..basic formation..sesuai kalo nak menyerang dari bahagian sayap..tapi kurang penguasaan di bahagian tengah..kalo jumpa pasukan yang slow sesuai la pakai formation ni sebab formation ni perlukan kepantasan di bahagian sayap dan tengah..kalo jumpa pasukan yang laju-laju tak la sesuai sangat..sebab kita perlukan ramai pemain tengah nak back up defend..Tapi kalo formasi 4-4-2 ni digunakan,pemain yang mungkin diletakkan dengan posisinya adalah seperti:

                                                         ALMUNIA
                   SAGNA****KOSCIELNY****VERMAELEN****CLICHY
                      WALCOTT****FABREGAS****SONG****ARSHAVIN
                                           VAN PERSIE****CHAMAKH 

Walcott memang patut digunakan sepenuhnya dalam farmasi ni sebab dia laju..kalo tak Walcott pun ada Nasri sebagai back up..tapi Nasri lebih sesuai kalo main tengah sebenarnya bukannya wing..Wilshere dan Eboue pun boleh main wing..Arshavin main wing kiri ataupun Rosicky n Vela..kalo nak main crossing sesuai la formation ni sebab 2 striker ada kat tengah..tggi2 plak tu..Chamakh dan Persie, Bendtner back up..Clichy dan Sagna boleh jadi crosser yang cantik..Gibbs ada kalo2 diorang injured..Mantap..
2) 4-5-1..formation ni sesuai nak guna kalo nak kuasai bahagian tengah..tapi susah skit la untuk striker sebab tak ada gandingan..lebih kepada formasi bertahan..tapi untuk mengawal perlawanan dan menyerang sekali sekala memang sesuai pakai formasi ini..ataupun dah leading game boleh la tukar formasi ni..guna counter attack jer..kalo guna formation ni Persie mungkin diletakkan bermain di belakang Chamakh..ataupun hanya 1 striker antara Chamakh atau Persie yang akan main..rugi..Ataupun Arshavin main back up striker macam kat bawah ni..

                                                                  ALMUNIA
                             SAGNA****KOSCIELNY****VERMAELEN****CLICHY
                                                                    SONG
                                           DIABY****FABREGAS****NASRI
                                                               ARSHAVIN
                                                               CHAMAKH

Formasi ni pakai 5 orang kat tengah..sorang wajib defender midfield (Song/Denilson), sorang back-up striker (Arshavin/Persie/Walcott) pastu 3 orang kat tengah..Diaby sesuai untuk formasi ni sebab dia kuat dan pandai rampas bol dan sistem ni tak perlu main laju-laju sangat.kalo nak bertahan boleh letak 2 defender midfielder, 3 midfield dan sorang striker..

3) 4-3-3..formasi ni aku rasakan paling sesuai bagi Arsenal memulakan game..sebab Arsenal perlu mencari gol awal..dan Arsenal mengamalkan serangan dari tengah..kalo nak main cross susah skit sebab player Arsenal rendah-rendah..tapi midfield senang nak back up serangan dan defend kalo guna formasi ni berbanding 4-4-2..untuk defender midfield wajib dah Song,kuota 2 lagi boleh diisi oleh Fabregas dan Nasri..Fabregas lebih kepada serangan dan Nasri juga serangan tapi perlu back up bawah jugak..tapi biasanya Wenger akan letak Diaby sebab Diaby lebih kepada bertahan..

                                                             ALMUNIA                                                                                   
                     SAGNA ****KOSCIELNY****VERMAELEN****CLICHY
                                       FABREGAS****SONG****NASRI
                                VAN PERSIE****CHAMAKH****ARSHAVIN

Van Persie akan ditarik ke sayap kanan sebab dia lebih senang nak rembat sebab kebolehan dia kaki kiri..dan Arshavin pulak wing kiri..Arshavin kiri kanan boleh rembat..Chamakh sesuai di tengah sebab kebolehan menanduk dia luar biasa..Rasanya formation ketiga ni terbaik tapi bila ketinggalan atau tengah leading Wenger kenalah fikir formasi dan posisi yang betul-betul sesuai untuk Arsenal..
                                               

Rosicky: Tiba Masanya Untuk Tamatkan Badi

Tomas Rosicky merupakan seorang player yang memenangi trofi dalam semua kelab yang pernah beliau setai kecuali Arsenal..Beliau mula bersuara dan menyatakan hasratnya untuk menamatkan musim tanpa trofi pada musim ini.
Rosicky,29 tahun menjadi salah seorang pemain senior atau antara yang paling tua dalam skuad Arsenal selepas perpindahan Sol Campbell, William Gallas dan Mikael Silvestre dari kem Arsenal.
Rosicky


Kebolehan Rosicky dalam mengawal dan menukar corak permainan selain rembatan jarak jauh yang kencang amat penting bagi pasukan Arsenal. Sememangnya season ni adalah satu season yang amat penting baginya selepas beliau berehat panjang selama 18 bulan akibat kecederaan sebelum ini.
Rosicky menyatakan bahawa Arsenal masih lagi boleh memburu dan mencabar kejuaraan musim ini sekiranya skuad meneruskan usaha dan meningkatkan potensi masing-masing, sekiranya pasukan bersatu padu tiada apa yang boleh menghalang merekan daripada membawa pulang trofi ke Emirates.
Katanya mereka hampir melakukannya musim lalu tapi masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Setiap tahun kami ingin berjaya kerana kami berada dalam kelab yang besar dan kami ingin menjadi juara. Memenangi trofi adalah matlamat saya, di mana jua saya main, saya mesti memenangi sesuatu..termasuklah di sini..katanya lagi..

Tuesday, August 3, 2010

Vermaeleen: Arsenal Kena Improve Lagi

Thomas Vermaeleen yang kini menjadi senior player dalam skuad Arsenal menasihatkan rakan-rakan sepasukannya untuk terus fokus dan meningkatkan usaha bagi menamatkan badi tanpa piala selama beberapa musim berturut-turut.
Kereta kebal Arsenal:Vermaeleen

Arsenal tidak memenangi Liga Perdana Inggeris sejak tahun 2004 dan piala terakhir mereka adalah FA cup tahun 2005. Vermaeleen menunjukkan prestasi yang memberansangkan sejak berpindah dari Ajax musim lalu dan sekarang beliau sudah bersedia untuk menjadi pertahanan utama Arsenal menggantikan tempat Gallas dan Campbell.

Vermaeleen berkata bahawa dia perlu perform setiap tahun dan di Arsenal kita tidak boleh kata bahawa kita memiliki tahun yang baik bersama Arsenal..setiap tahun cabaran berbeza-beza..Vermaeleen sangat teruja untuk berganding dgn partner baru dia Koscielny yang dibawa masuk dari Lorient.

Semoga semangat Vermaeleen yang berkobar-kobar ini menjadi contoh dan azimat kepada player-player lain..Chayok..chayok..chayok..

10 Pemain Yang Masih Menjadi Buruan Arsenal..

Arsenal pada logiknya memerlukan pengganti Sol Campbell, William Gallas dan Mikael Silvestre yang keluar..Prestasi penjaga gol yang tidak konsisten musim lepas bikin Arsene Wenger pening dan munkin mempertimbangkan untuk membawa masuk keeper baru season ni..dan pemindahan Eduardo ke Shakhtar Donestk mengurangkan bilangan striker untuk rotation dengan Bendtner masih lagi dibelenggu kecederaan dan potensi Walcott yang masih tidak menentu..Di bawah ini adalah senarai 10 pemain yang menjadi buruan Arsenal..mari kita pilih sama-sama..

1) Mesut Oezil
Mesut Ozil



Kepada yang menyaksikan Piala Dunia 2010,rasa-rasa tak perlulah nak kenalkan pemain ini lagi..pemain muda Jerman yang paling menyerlah dan dikatakan sesuai menggantikan tempat Cesc Fabregas sekiranya beliau berpindah ke Barcelona..Tapi sekiranya Cesc stay, adakah perlu juga mendapatkan khidmat Ozil ni? atau hanya satu pembaziran dengan Arsenal yang sudah memiliki bakat-bakat muda yang terserlah di Emirates Cup seperti Wilshere, Frimpong, Barazite dan Aaron Ramsey..



2) Mark Schwarzer
Mark Schwarzer

Arsenal memerlukan seorang penjaga gol yang boleh dipercayai..Pengalaman dan keyakinan sangat penting bagi seseorang penjaga gol selain daripada ketangkasan..Hanya Almunia dipercayai memiliki ciri-ciri di atas namun tidak konsisten menjadi masalah utama Almunia..Almunia dan Fabianski style gelabah plak..Mannone dengan Szcesny baru 20 tahun pulak kurang pengalaman..perlu diberikan lebih pendedahan..dan pengalaman beraksi dalam game-game besar..So, Mark Schwarzer memang sesuai la..tapi nak ke Fulham lepas..Schwarzer,37tahun telah membuat lebih 70 penampilan bersama Australia dan lebih dari 400 penampilan dalam liga EPL.

3) Maarten Stekelenburg
Stekelenburg

Stekelenburg adalah seorang pemain penjaga gol yang semakin meningkat semenjak World Cup hari tu..Performance meang dipuji la sehingga dapat membawa Belanda ke final World Cup..Bila dah perform World Cup,harga pun melambung la naik..Mamat ni dah 6 tahun kat Ajax dan menjadi antara keeper terbaik di Eropah..Adakah dia fit untuk Arsenal??Memang fit dan mana-mana kelab yang ada dia ni memang defensive level diorang naik la..Chance Arsenal nak sign dia ni=30% jer..

4) Federico Marchetti
Marchetti

Sama macam Stekelenburg jugak..ditarik menjadi penjaga gol utama Itali selepas Buffon mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan World Cup..Sebelum world Cup harga rendah je tapi lepas je world cup mula lah kelabnya Cagliari meletakkan harga 12.5million Euro..Nak ke Wenger ambik dia dengan harga yang semacam tu..dengan Itali yang gagal layak ke pusingan kedua..tapi selalunya keeper Itali ni tak la mengecewakan..Tak boleh la nak banding prestasi di Piala Dunia dengan kat kelab..

5) Per Mertesacker
Mertesacker

Satu lagi nama besar yang dikaitkan dengan Arsenal adalah bek tinggi lampai Jerman Per Mertesacker. Pemain pertahanan yang dianggap 'perfect' untuk Arsenal ini baru berusia 25 tahun..muda lagi dan memiliki pengalaman beraksi di peringkat Eropah dan antarabangsa. Beliau juga dianggap jawapan kepada kekurangan pemain tinggi dalam skuad Arsenal..Tapi kalo Arsenal sign mamat ni, kesian plak kat Koscielny nanti sebab terpaksa panaskan bangku simpanan kerana sudah pastinya Vermaelen akan bergandingan dengan Mertesacker di tengah..

6) Phil Jagielka
Jagielka

Lagi gosip mengenai Arsenal adalah Phil Jagielka..pemain berbadan tegap yang bermain untuk Everton ini mempunyai keyakinan, kawalan bola yang baik dan verstyle..Masalahnya sekarang ape jua offer, manager Everton, David Moyes mesti reject..dan dia kata future Jagielka tetap di Everton..Tapi adakah Arsenal akan hanya berhenti di sini??atau terus mengejar beliau..Jagielka ni kelebihan dia boleh jugak main defender midfielder..bagus jugak kalo dapat..


7) Mamadou Sakho
Sakho

Mamadou Sakho, 20 tahun dari Paris Saint-German boleh menjadi pembelian yang murah bagi Arsenal tanpa mengeluarkan banyak duit..usianya yang masih muda dan banyak lagi yang perlu digilap untuk memantapkannya..Memiliki kelebihan kaki kiri, boleh la jadi back-up untuk Vermaeleen nanti. kalo injured atau suspended.defend tengah memang sesuai kalo sorang kaki kiri,sorang lagi kaki kanan..sekarang ni dah ada 2 orang kaki kanan, Djourou dengan Koscielny, jadi memang sesuai la kalo dapat sorang lagi defend kaki kiri..Sakho mempunyai kepantasan, kelebihan fizikal dan boleh jadi striker jugak sebenarnya..





8) Madjid Bougherra
Bougherra

Pemain ni tak la terkenal sangat..27 tahun..mungkin tak memiliki skill, dan kepantasan utuk menjaringkan gol,namun dia seorang yang bijak,agresif,keras dan sesuai dengan corak permainan liga perdana inggeris..sebab itulah beliau lebih sesuai jika dibandingkan dengan Sakho..Bougherra bermain untuk Rangers dan mengalami kecederaan yang lama season lepas..memiliki 44 international Caps dan 50 appearance bersama kelab-kelab Eropah..Pemain ni murah dan tidaklah mahal sangat..so,Wenger..camana??Wenger kan suka yang murah-murah ni..tapi usia tak la muda sangat..mungkin x dapat la mamat ni..

9) Serdar Tasci
Tasci

Seorang lagi pertahanan Jerman yang dikaitkan dengan pemindahan ke Arsenal adalah Serdar Tasci. Tiada sebab kenapa Arsenal tidak mengambil dia tapi sehingga sekarang masih tiada tawaran dibuat Arsenal kepada Stuttgart untuk mendapatkan khidmatnya. Tasci ni memang defend muda yang superb dan sesuai sangat ganti tempat Gallas..Cerdik, kawalan bola kemas, solid tackle, passing pun ok..sesuai dah untuk Arsenal..Wonderkid untuk team antarabangsa Jerman..kelebihan kaki kanan..Kalau masuk dia ni dengan Mertasacker..tak leh bayang la cane hebatnya Arsenal nanti..hehe..






10) Jan Vertonghen
Jan Vertonghen

Ajax memang banyak develop diorang punya pemain-pemain muda dan salah sorang lagi adalah pertahanan Jan Vertonghen. pemain berusia 23 tahun dari Belgium ini boleh main bek kiri dan midfield jugak..Pernah bergandingan dengan Vermaeleen di Ajax dan berhasrat untuk kembali berganding dengan teman lamanya itu di Arsenal pulak..telah 100 appearance dengan Ajax..skang status dia dalam radar Arsenal dan Barcelona dan harga dia memang tinngi lah bila dah ada saingan dari kelab lain..









Siapakah yang menjadi pilihan anda semua,tinggalkan komen anda di sini..Leave your comment here