Saturday, July 31, 2010

Desas-desus

Arsene Wenger dah buat pengumuman yang menyatakan bahawa Arsenal memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang pertahanan tengah. However, kalau tengok barisan pertahanan tengah sekarang baru ada 3 orang ( Vermaeleen, Djourou , Koscielny).. Jadi, memang logik la kalo Wenegr nak ambik lagi sorang defender.. Berdasarkan akhbar The Sun, desas-desus menyatakan bahawa Arsenal berminat membawa masuk pemain pertahanan Jerman yang bernilai 10million iaitu Per Mertesacker. Faham-faham je lah kalau orang jerman fizikal memang tinggi-tinggi. Mertesacker baru berusia 25 tahun dan skang ni bermain untuk kelab Werder Bremen. Kalo dapat dia nih, memang mantap lah kubu Arsenal..Tengoklah macam mana dia tolong negaranya mengalahkan England dan Argentina dalam World Cup baru-baru nih..

Mertesacker

Akhbar The Daily Mail pula melaporkan bahawa Arsenal sedang menjalankan perbincangan untuk membawa defender Stuttgart, Serdar Tasci. Pemain antarabangsa Jerman ini bernilai dalam lingkungan 10 million juga dan turut menarik minat Tottenham. Siapa yang Wenger nak ambil kita masih tak tahu, ni semua desas-desus je baru..Esok lusa ada la tu signing lagi seorang defender..Entah-entah bukan budak 2 orang ni pun..Wenger tu bukan boleh nak dijangka..Tunggu saja lah. Adios..

Emirates Cup

Kepada penyokong-penokong Arsenal sekalian...jangan lupa menyaksikan Emirates Cup bermula pada malam ini..Arsenal akan lawan AC Milan dulu malam ni..boleh la tengok Flamini kembali beraksi tapi menentang Arsenal la..dulu ingat lagi dia bantu Arsenal tewaskan milan masa Champion League dulu..sekarang ni tebalik dah la pulak..So, ramai-ramai la kita pakat tengok, duk tepacak la depan TV yg ade astro yer..yang tak ada astro tu cepat-cepat la booking tempat kat kedai mamak ye..Jadual perlawanan siap dengan waktu malaysia dan channel astro yang mana adalah seperti di bawah:

31 Julai 2010, Sabtu
Celtic FC vs Olympic Lyon FC              9.00 malam     ASTRO 816
Arsenal FC vs AC Milan FC                11.20 malam     ASRTO 816

1 Ogos 2010, Ahad
AC Milan FC vs Olympic Lyon FC        9.00 malam     ASRTO 816
Arsenal FC vs Celtic FC                      11.20 malam     ASTRO 816

Pemain Keluar

Musim baru Liga Perdana Inggeris akan bermula Ogos ini..pasti semua peminat-peminat the Gunners sudah tidak sabar menyaksikan perlawanan Arsenal nanti..sudah ada yang berkira-kira nak beli tv lcd/lcd, pasang astro atau bercongak untuk upgrade ke astro beyond..boleh tengok bola dalam HD..Namun begitu, ada muka-muka lama skuad arsenal yang telah berpindah dan tamat kontrak..Di sini disenaipendekkan beberapa pemain yang menamatkan khidmat mereka bersama Arsenal sebelum bermulanya musim baru.

1) Fran Merida
 Merida
Player muda berusia 20-an ini telah berhijrah ke kelab barunya, Atletico Madrid setelah gagal mendapat tempat di kesebelasan utama skuad Arsenal musim lalu..beliau mempunyai kelebihan 'dribble' dan rembatan kaki kiri yang kencang..Masih diingat lagi gol rembatan kaki kirinya ketika menewaskan Liverpool dalam Carling Cup season lepas..

2) Eduardo Da Silva
Eduardo
Eduardo atau gelarannya Dudu yang menyarung jersi no.9 berhijrah ke Shahktar Donesk dengan yuran perpindahan sebanyak 6m setelah 4 tahun bersama Arsenal..trauma dengan kecederaan teruknya ketika bertemu Birmingham pada tahun 2008 menyebabkan beliau ingin mencuba bermain untuk liga lain..seorang penyerang yang begitu tajam penyudahnya apabila di hadapan gol. Selamat maju jaya untuk kelab baru dan negara Crotia.. We all miss u Dudu! Personal message from Eduardo, klik
http://www.arsenal.com/news/news-archive/personal-message-from-eduardo

3) Sol Campbell
Otai
Pertahanan Arsenal yang menyertai semula Arsenal pada pertengahan musim 2009-2010 kini berhijrah ke kelab yang baru naik ke EPL musim ini iaitu Newcastle United. Faktor usia menyebabkan Wenger kurang menggunakan khidmatnya lagi. Susah nak kekang penyerang-penyerang laju macam Rooney, Drogba, atau Torres bila dah slow. So, Sol Campbell ambik keputusan nak pindah je la, barula dapat main..Tapi adakah suatu hari nanti dia akan kembali semula ke Arsenal?? Sama-sama la kita nantikan..Semangat keArsenalan dia masih utuh tu..

4) Lain-lain player yang akan di'releasekan' atau tamat kontrak adalah William Gallas, Mikael Silvestre dan juga Philip Senderos. Semuanya pertahanan, Jadi memang wajarlah Arsene Wenger ambik lagi sorang player pertahanan sebagai back up kepada Vermaeleen dan Koscielny. Takut-takut diorang injured ke kan..

Friday, July 30, 2010

Pemain Masuk

Chamakh
Semenjak musim perpindahan pemain bermula, Arsenal hanya membawa masuk 2 orang pemain. Salah seorang daripada mereka adalah penyerang paralimpik dari Morocco, Marouane Chamakh. Chamakh yang mempunyai rekod cemerlang bersama bekas kelabnya Gironde Bordeaux memilih Arsenal kerana terpikat dengan corak permainan Arsenal yang mengamalkan konsep permainan 'short pass'.Beliau berhijrah ke Arsenal secara percuma setelah tamat kontrak bersama Bordeaux. Beliau dijangka akan memberikan impak yang besar kepada bahagian serangan Arsenal dan dijangka begandingan dengan Robin Van Persie, Andrey Arshavin, Nicklas Bendtner, Theo Walcott dan Carlos Vela di bahagian serangan. Chamakh mempunyai kelebihan dari segi tandukan dan larian pantas. Gol pertamanya bersama Arsenal adalah melalui sepakan penalti ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang SC Neusiedl 1919..Sememangnya aksi beliau seterusnya di Emirates Cup nanti amat dinanti-nantikan..
 
Koscielny
Seorang lagi pemain muda dari Perancis yang dibawa masuk oleh pengurus, Arsene Wenger adalah Laurent Koscielny, 24 tahun dari Lorient. Tengok, Wenger memang cari player yang muda-muda jer.. Yuran perpindahan pun tak ada la mahal sangat, lebih kurang 12m jer..Nama dia tak ada la glamor sangat nak sebut pun susah tapi kebolehan dia merampas bola memang nombor 1..Itulah kelebihan Arsene Wenger dalam mengesan pemain muda berbakat.. Koscielny bakal digandingkan dengan kereta kebal Arsenal, Thomas Vermaeleen di bahagian pertahanan tengah. Koscielny sudah memulakan  latihan bersama skuad the Gunners dan dijangkan akan beraksi untuk Emirates Cup dan perlawanan pembukaan EPL menentang Liverpool nanti. Arsenal kini kekurangan pemain bahagian pertahanan tengah kerana pemindahan beberapa pemain yang tamat kontrak. Pemain simpanan yang tinggal hanya Johan Djourou,itupun mengalami kecederaan dalam perlawanan persahabatan pra musim baru-baru ini. Arsene Wenger dijangka akan membawa masuk seorang lagi pertahanan tengah ke Emirates.