Thursday, September 23, 2010

Rosicky Tak Nak Ambil Penalti Dah

Selepas kegagalan Rosicky menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Sunderland baru-baru ini..Beliau menyatakan hasrat untuk tidak mengambil lagi sepakan penalti selepas ini..

Lepas ni kalo game tu tanpa Robin Van Persie dan Fabregas lagi..Nasri yang akan mengambil sepakan penalti..selepas Nasri menyempurnakan 2 sepakan penalti ketika menentang Spurs kelmarin..

Nasri senang-senang je skor penalti ek

Rosicky telah mengecewakan peminat-peminat Arsenal apabila gagal menyempurnakan peluang untuk ''Kill Game" masa lawan Sunderland Sabtu lepas..hadoyaii..

Tapi apepun tak leh nak salahkan Rosicky sorang..sebab dia dah tanya Chamakh dan Nasri sebelum taken penalti tu..so tak de yang berani tanggungjawab..dia sanggup ambil risiko..penalti ni nasib jer..pemain terbaik dunia,Messi pun miss penalti jugak champ league hari tu..

Untuk Next game harap semangat Rosicky semakin pulih..sebab kita memang perlukan player yang passing cantik-cantik macam dia ni..pengalaman pun tinggi..jangan duk kutuk-kutuk dia lagi ok..adios

Monday, September 20, 2010

Dilema Injured Arsenal

Arsenal kini mengalami krisis kecederaan pemain memaksa pemain yang sama diturunkan..Bermula dengan Robin Van Persie yang cedera ketika menentang Blackburn membuatkan Chamakh sebagai striker pilihan utama untuk setiap game..ditambah pulak dengan kecederaan Bendtner..Chamakh memang digunakan kerana kelebihan ketinggiannya, namun lariannya nampak kurang menyerlah sejak kebelakangan ni..banyak gol2 tanduk jer..manakala Vela pulak digunakan sebagai supersub..

Walcott tengah on form injured
Kecederaaan seterusnya adalah Theo Walcott..ketika beraksi bersama England..kini posisi right wing digalas oleh Samir Nasri ataupun Eboue, Rosicky..Wilshere pun boleh..tapi dia lebih sesuai bermain di bahagian tengah..Ditambah pula dengan kecederaan Diaby..Wilshere menjadi taruhan Wenger untuk mengawal bahagian tengah bersama Song dan Fabregas..Namun malangnya persembahan Wilshere tidak konsisten dan selalu hilang bola di tengah padang.

Arsenal makin parah apabila Vermaelen dan Fabregas pulak injured..Nadi pasukan Arsenal plak injured lagi la parah..Ketiadaan Vermaelen membuatkan pertahanan sedikit goyah dengan Koscielny masih nampak hilang fokus dengan kesilapan yang tidak sepatutnya.Nasri pasti memainkan peranan di bahagian tengah hujung minggu ni..sementara Song digantung satu perlawanan, Denilson pasti diturunkan sebagai 1st eleven..aku tak berapa suka la kalo Denilson main..slow dan senang sangat striker nak lepas walaupun kadang2 dia shoot bagus..

Harap2 lepas ni tak de dah yang injured,pastinya Wenger akan menurunkan skuad muda menentang Spurs dalam Carling Cup esok..

Saturday, September 4, 2010

Ronaldinho Masih Mantap

Ronaldinho
 Siapa kata Ronaldinho dah tak mantap macam dulu..lepas aku tengok game delay AC Milan lawan Lecce yang berkesudahan AC menang 4-0..pujian sangat tinggi patut diberikan kepada Ronaldinho..persembahannya kembali memukau..

Walaupun dia sedikit slow, tapi gandingan dia yang laju macam Pato melengkapkan team..Ronaldinho tak skor tapi hantaran2 through pass dia banyak membawa gol..Skill yang menarik, dribble kemas banyak keluar tadi..di samping passing dan persefahaman yang kemas..Susah nak cari player berbakat macam dia..

AC Milan telah membawa masuk beberapa penyerang lagi season ni untuk memantapkan lagi serangan diorang..mereka adalah Zlatan Ibrahimovic, Robinho dan seorang player tengah dari Porthmouth Kevin Prince Boateng..Mourinho sendiri pun dah mengakui yang AC Milan akan memberikan cabaran besar dalam Serie A..AC Milan juga diundi sekumpulan dengan Real Madrid,kelab baru kendalian Mourinho dalam Champions League nanti.

Permata Baru Newcastle

Newcastle memulakan game di home mereka dengan kemenangan bergaya menewaskan Aston Villa 6-0..dengan hatrick daripada Andy Carroll..Carroll memang mantap..tapi tu aku tak kisah sebab memang dah lame pun aku tahu dia power..sejak sebelum Newcastle terjebak jatuh dari EPL lagi..

Wonderkid
Yang aku nak cerita kat sini player yang dia baru beli dari Perancis..iaitu Hatem Ben Arfa..Player ni muda lagi..dulu Arsene Wenger pun minat kat dia ni..kalau tak ambik Nasri aku rase dia ni dah lama ke Arsenal..Ben Arfa ni boleh main kat posisi midfield dengan bahagian sayap..

Season ni aku rase Newcastle pun boleh bersaing untuk dapatkan top 10 dalam liga..player2 dia pun mantap2 jugak macam kevin Nolan, Barton, Gutierrez, Carroll, Colocinni..tambah lak Ben Arfa ni..dan defend lagenda Arsenal..Sol Campbell..