Friday, December 31, 2010

Jersi Baru 2011/2012

Jersi baru season depan
Design jersi baru Arsenal untuk musim 2011-2012 dah keluar..macam gambar kat atas tu la..warna still sama lagi warna merah dan putih..perbezaan pada bahagian logo Arsenal tu dah ada tambah cam padi skit..pastu leher dia still lagi roundneck cuma leher semua kaler merah..dah tak de putih..then lengan semua putih..dah tak de merah di hujungnya..
Adios




Arsenal berminat mendapatkan pertahanan Real Madrid..Siapakah??

Arsenal dikatakan berminat mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Real Madrid setelah Wenger dikatakan perlu memperbaiki kelemahan yang ketara di bahagian pertahanan..Tapi siapakah??

Garay
Pemain yang dimaksudkan adalah Ezequiel Garay, 24 tahun bernilai 8million euro. Pemain pertahanan tengah ini gagal mendapat kepercayaan pengurus kelab Jose Mourinho dan sering memanaskan bangku simpanan. Beliau berhasrat meninggalkan kelab sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkannya.

Pemain dari Argentina ini tidak lagi digunakan selepas Ricardo Carvalho tiba di Santiago Bernabeu. Beberapa kelab seperti Juventus dan Liverpool juga berminat untuk mendapatkannya tapi dia mungkin lebih berminat untuk menyertai Arsenal jika dilihat kepada prestasi semasa kelab..Adios..





Beckham kembali ke Premier League

David Beckham bakal beraksi kembali untuk kelab Liga Perdana Inggeris paling cepat pun minggu depan untuk mengembalikan dirinya kepada top level action..

Beckham
Beckham mempunyai masa 2 bulan untuk beraksi di mana-mana liga sebelum kembali ke LA Galaxy dan menghabiskan tahun terakhir kontraknya bersama LA Galaxy tahun depan..

Ketika bersama MU
Setakat ini masih belum ada perbincangan terperinci dengan mana-mana kelab tetapi Tottenham,West Ham, Sunderland, Newcastle, Blackburn dan Everton mungkin berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 35 tahun ini.

Berdasrkan laporan akhbar, Tottenham paling berminat dan mereka juga boleh offer Beckham main untuk Champions League..kelebihan sudah di situ..Beckham juga berhasrat membuktikan bahawa dia masih layak menyarung jersi England kepada Fabio Capello.







Thursday, December 30, 2010

Arshavin vs Messi

Saje nak tambahkan lagi semangat dan bahang sebelum perlawanan menentang Barca nanti..para fans Arsenal semua jom layan video ni..


Adios



Hodgson..Adakah patut di'SACKED'??

Saje nak bagi panas cerita skit..cerita pasal coach Liverpool season ni yang nampaknya merudum betul..lebih memalukan semalam tewas di tangan kelab tercorot liga Wolves satu kosong di tempat sendiri..Ape ke hel nye ni??

pening kepala den

Ape plak lagi alasan dia kali ni??atau memang Liverpool memang tak de luck season ni??tapi pada pandangan aku lah Roy Hodgson (RH) punya taktikal memang tak menjadi..dah banyak game dah aku tengok..walaupun banyak membawa masuk player baru seperti Poulsen, Joe Cole, Jovanovic, Konchesky tapi teamwork tu yang penting..ok..

Lucas yang gatal kepala
Aku pulak yang tolong kesian dan marah untuk Fan Liverpool..sebab aku rase Liverpool lagi OK dari Manchester City..Apepun patutkah RH ni di'SACKED'??ape pendapat korang??



Wenger Silap

Arsenal mensia-siakan peluang untuk menyamakan mata dengan pendahulu Manchester United selepas mencatat keputusan seri 2-2 dengan Wigan Athletic awal pagi tadi..Di manakah silapnya semua ini?? Aku rasa Wenger silap..sebab dia melakukan terlalu ramai rotation player sampai 8 player..bagi aku key player semalam hanyalah Arshavin sorang je..

Wenger
Dengan ketiadaan Fabregas akibat suspen, Wenger telah merombak barisan yang menang dengan Chelsea tempoh hari hampir 70%. Chamakh, Bendtner dan Arshavin bermula di depan..manakala Rosicky, Denilson dan Diaby di tengah yang nampak tidak berape hidup..Aku dah mula cuak bila Wigan dapat gol daripada penalti..ish..baju kuning ni badi lagi ke??Bagi aku sepatutnya Nasri, Walcott atau Persie kena ada dalam 1st eleven..

Penyebab penalti
Tapi hati mula lega balik bile Arshavin berjaya menjaringkan satu gol cantik..aku rase gol tercantik Arsenal season ni..bagi mengikat kedudukan 1-1..dan Arshavin sekali lagi membantu apabila membuat lorongan cantik kepada Bendtner untuk menjaringkan gol kedua seminit sebelum tamat separuh masa kedua..

Arshavin terbaik
Bendtner,gol kedua
Arsenal dijangka akan mudah memenangi perlawanan apabila Charles N'zogbia dilayangkan kad merah apabila sengaja menanduk kepala Jack Wilshere..ingatkan mudah selepas itu..namun makin sukar..kisah malang bermula apabila Wigan berjaya plak dapatkan gol penyamaan..own goal plak tu Squillaci..

kad merah N'zogbia
Own goal Squillaci
Pastu, barulah Wenger terhegeh-hegeh nak masukkan Nasri dan Walcott untuk mencari gol..tapi malangnya semuanya sudah terlambat..haduhai..frust betullah pagi tadi..tapi takpelah..ok la tu seri daripada kalah dengan Wolves..hehehe..fokus next game plak..




Tuesday, December 28, 2010

Drogba Bukan Lagi Badi

Arsenal dah berjaya mengalahkan Chelsea..bukan saje kalahkan Chelsea tapi telahpun memadam rekod Drogba yang sebelum ini menjaringkan gol pada setiap game bertemu Arsenal..Arsenal berjaya mengawal permainan dengan baik walaupun hanay mampu memecah kebuntuan pada hujung babak pertama menerusi jaringan Alex Song.Itupun gol advantage, kalau tak gol tu mesti dapat penalti tu..

gol pertama, Alex song
Masuk second half lagi rancak..2 gol Arsenal terhasil silap daripada pertahanan Chelsea sendiri..1st depa biar Walcott bergerak laju..memang silap tu..apabila Walcott mudah melarikan bola dan membuat hantaran lerek perlahan untuk disudahkan oleh Fabregas..Sementara gol ketiga Arsenal hadir hasil kesilapan Malouda yang mudah hilang bola,dirampas oleh Walcott dan dihantar kepada Fabregas seterusnya satu thru chantekk daripada Fabregas untuk disudahkan dengan rembatan lerek ke kiri gol Chelsea oleh Walcott.

Gol kedua, Fabregas
Gol ketiga, Wallcot
Kemenangan ini melonjakkan Arsenal ke tangga kedua..dan aku yakin Arsenal akan berjaya menyempurnakan jadual perlawanan liga season ni dan menamatkan liga di kedudukan Juara atau Top 2..tak nak terlalu yakin..tapi jika mcam ni lah persembahan kita,insyaAllah boleh jadi juara..cuma defend perlu dikemaskan lagi..



Monday, December 27, 2010

Fabregas & Persie Will Start

Buat julung-julung kalinya 2 finalis piala dunia dalam skuad Arsenal akan bergandingan malam ini dan menjadi 1st 11 malam ini. Sudah lama mereka tidak menjadi 1st 11 akibat masalah kecederaan dan kurang fit. Harap-harap kehadiran mereka akan berjaya merobek gawang Chelsea yang dikawal ketat Peter Cech.

Nadi utama pasukan Arsenal
Wenger dijangka akan menggunakan formasi 4-4-2 malam ini dan Fabianski sekali lagi diberi tugas menjaga gol setelah pulih daripada kecederaan kecil. Barisan pertahanan seperti biasa Sagna, Koscielny, Squillaci dan Clichy..Bilalah Vermaelen nak pulih ek??..Fabregas bertindak sebagai attacking midfielder dan Song Defender midfielder..Manakala Arshavin dan Nasri di bahagian sayap kiri dan kanan..Persie dan Chamakh pula mengetuai barisan serangan..Harap-harap Arsenal dapat menang dengan Chelsea malam ni bagi merampas tangga kedua liga daripada Man City dan merapatkan jurang dengan pendahulu Man United.



Friday, December 17, 2010

Arsenal Perlukan Kaki Rembat

Pada pendapat aku lah..Arsenal memerlukan lagi player yang kaki rembat..sebab skang aku tengok yang banyak rembat nye Arshavin sorang jer..yang lain kebanyakannya nak passing je..dengan ketiadaan Fabregas dan Persie yang belum fit, memang penting memiliki pemain yang kaki rembat ni..


Kalau ikut rank free kick taker..Persie 1st pastu Fabregas, Nasri, Vermaelen, Arshavin..Rosicky..Walcott..Tapi kita memang memerlukan seorang striker yang kaki rembat..Kalo dilihat pada Chamakh ability, dia lebih kepada header dan hold and pass man..kurang rembatan dari dia dalam setiap game. Fabregas dilihat banyak mengassist dan rembatan banyak dilakukan oleh Nasri, Arshavin dan Walcott.

Walcott jarang diturunkan kerana Wenger lebih suka menggunakan Nasri di sebelah kanan dan Arshavin di sebelah kiri.Manakala 3 pemain tengah Song, Wilshere dan Rosicky yang hanya banyak membuat hantaran. Rumor yang mengatakan Real akan menawarkan Benzema kepada Arsenal adalah satu khabar yang baik sebabnya dia seorang striker yang suka melakukan percubaan jarak jauh dan memiliki kelebihan kaki kiri dan kanan.





Thursday, December 2, 2010

Arsenal Bertemu Ipswich di Semi Final Carling Cup

Arsenal berpeluang besar untuk mara ke perlawanan Akhir Carling Cup apabila dijadualkan bertemu Ipswich Town di peringkat separuh akhir selepas Ipswich berjaya menewaskan West Brom malam tadi.


Ipswich layak selepas menewaskan West Brom 1-0 hasil jaringan Grant Leadbitter menerusi sepakan penalti pada minit ke-69. Satu lagi separuh akhir akan menemukan West Ham dengan Birmingham City. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 12 Januari 2011 dan timbal balik pada 26 Januari 2011.

Arsenal patut tidak memandang rendah kepada Ipswich kerana Ipswich telah banyak berjaya mengalahkan team-team EPL sebelum layak ke semi final. Selain itu, mereka juga memiliki manager yang berwibawa dan berpengalaman iaitu, Roy Keane. Semoga Arsenal berjaya membawa pulang piala Carling ke Emirates season ni.





Wednesday, December 1, 2010

Skuad ke-2 Arsenal benam Wigan

Arsenal menempah tiket ke separuh akhir Carling Cup apabila menumpaskan Wigan 2-0 di Emirates. Yang lebih hebatnya Wenger membuat 9 pertukaran daripada skuad yang mengalahkan Aston Villa minggu lalu dan hanya mengekalkan Wilshere dan Koscielny dalam senarai kesebelasan utama.

Buat pertama kalinya Wenger menggunakan taktil 4-4-2 dengan meletakkan Bendtner bergandingan dengan Van Persie di bahagian striker manakala Walcott dan Vela di bahagian sayap. Bahagian tengah pula dikemudi oleh Wilshere dan Denilson. Wenger mempertaruhkan keeper muda Szczesny dan Gibbs, Eboue, Djourou serta Koscielny di bahagian pertahanan.


Gol pertama Arsenal hadir pada minit ke-42 hasil gol sendiri apabila tertanduk bola masuk ke dalam gol daripada sepakan sudut yang diambil oleh Walcott. kedudukan 1-0 kekal hingga tamat 1st half.


Manakla gol kedua Arsenal dijaringkan oleh Nicklas Bendtner pada minit ke-67 apabila dengan mudah menolak masuk bola hantaran daripada Carlos Vela.


Satu lagi tempat separuh akhir berjaya ditempah oleh West Ham yang berjaya mengejutkan juara tahun lalu, Manchester United 4-0. United yang cuba meniru gaya Arsenal dengan menurunkan player-player mudanya menerima padah apabila mudah diratah West Ham. Ini adalah kekalahan pertama MU season ni dan yang paling memalukan. 2 lagi tempat akan diketahui malam ini antara Birmingham vs Aston Villa dan Ipswich vs West Brom.




Tuesday, November 30, 2010

Peluang Arsenal ke Separuh Akhir

Malam ini bakal berlangsung perlawanan suku akhir Carling Cup antara Arsenal menentang Wigan di Stadium Emirates jam 4 pagi waktu Malaysia.


Wenger sekali lagi dijangka akan me"mix"kan skuadnya dengan menurunkan skuad kedua bercampur dengan skuad utama..Walcott, Bendtner dan Van Persie dijangka akan mengetuai barisan serangan di samping merehatkan Chamakh yang penat bermain untuk EPL Sabtu lalu.

Nasri juga dijangka bermula di barisan kesebelasan utama akibat ketiadaan Fabregas yang injured, bergandingan dengan Denilson dan Wilshere di bahagian tengah. Manakala pertahanan pula akan melihatkan aksi Djourou bergandingan dengan Squillaci, Gibbs serta Sagna.

Diharapkan Arsenal akan menunjukkan persembahan terbaik malam ni dan berjaya ke separuh akhir seterusnya memenangi Carling Cup season ni..dan membuatkan fans2 Arsenal tersenyum lebar..keh3..







Monday, November 15, 2010

Ancelotti Silap Percaturan

Chelsea menerima kekalahan pertama di stadium keramat,Stamford Bridge malam tadi. Lebih memeritkan mereka tewas dengan jaringan 3..bukan 2..bukan 1 ye..3-0 ok..Hal ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan beberapa tonggak seperti John Terry, Michael Essien, Frank Lampard, Bennayoun dan Alex.

Dragba kapten malam tadi
Ketiadaan Terry dan Alex menyebabkan Ivanovic terpaksa bergandingan dengan Ferreira yang mana posisi sebenar mereka adalah defend kanan. Kelemahan ini nampak ketara apabila Onuoha mudah melepasi barisan pertahanan dan menjaringkan gol pertama.

Masuk babak kedua Chelsea makin parah apabila kesilapan pertahanan sekali lagi menghukum mereka dengan gol kedua hasil jaringan Asamoah Gyan. Tersentak dengan jaringan itu Ancelotti memasukkan Kalou bagi menggantikan Malouda. Ini satu kesilapan bagi aku sebab Malouda merupakan penjaring terbanyak Chelsea dan sepatutnya tidak dikeluarkan ketika ingin mencari gol.

sempat lagi naik kening tu..

Kemudian Ancelotti memasukkan Mceachran dan Kakuta yang kurang pengalaman bagi menggantikan Zhirkov dan Ramires. Satu lagi kesilapan di situ.mungkin pemecatan pembantu jurulatih Ray Wilkins memberikan kesan dalam game ini. Gol ketiga Sunderland pula hadir melalui Welbeck yang mudah menolak masuk gol hasil kesilapan Ashley Cole.




Arsenal kembali ke tangga ke-2


ARSENAL kembali menduduki tangga kedua EPL apabila berjaya menewaskan Everton di tempat lawan dengan jaringan 2-1. Arsenal sekali lagi menggunakan formasi 4-3-3 dan menurunkan Fabianski, Sagna, Squillaci, Djourou, Clichy, Song, Wilshere, Fabregas, Nasri, Arshavin dan hamakh dalam kesebelasan utama.

ARSENAL diasak pada awal babak permainan dan satu peluang free header daripada Tim Cahill disia-siakan. Kemudian, Arsenal berjaya mengimbangi permainan dan satu gerakan menarik antara Fabregas, Nasri dan Wilshere terhasil namun tidak berjaya disudahkan oleh Wilshere. Arshavin juga melakukan satu percubaan kaki kiri namun tersasar.

Gol pertama ARSENAL hadir pada minit ke-36 apabila rembatan Nasri ditepis keluar oleh Howard,bola muntah itu dikejar Arshavin dan dihantar kepada Sagna yang merembat deras masuk di sebelah kanan pintu gol Everton. Babak pertama tamat 1-0. Babak kedua Arsenal melakukan pertukaran dengan memasukkan Denilson bagi menggantikan Wilshere.

Kemasukan Denilson biasanya merisaukan namun hari ni meyakinkan..kerana dia memulakan gerakan dengan menghantar kepada Fabregas,dan Fabregas kepada Chamakh dan kembali semula kepada Fabregas dan disudahi dengan rembatan deras ke kiri pintu gol Everton. Arsenal selesa mendahului 2-0.


Selepas itu Everton melancar serangan bertali arus. Wenger memasukkan Rosicky menggantikan Arshavin bagi membantu barisan tengah dan pertahanan. Tindakan tangkas penjaga gol Fabianski banyak mengecewakan serangan lawan. Namun Everton berjaya juga mendapatkan gol jaringan Tim Cahill pada minit ke-89. Eboue masuk menggantikan Chamakh bagi membantu pertahanan dan keputusan kekal 2-1 hingga tamat perlawanan. Man of The Match game ini aku berikan pada Sagna.Adios.



Sunday, November 14, 2010

Peluang Untuk Arsenal

Arsenal sekali lagi mempunyai peluang untuk kembali ke tangga kedua liga Perdana Inggeris sekiranya berjaya menewaskan Everton di Godison Park malam ini. Ini kerana Manchester United hanya mampu seri dengan Aston Villa semalam dan beza mata dengan Arsenal hanya 2 mata. Manchester pun dah nyaris-nyaris kalah semalam setelah ketinggalan 2-0, dan bangkit dengan 2 jaringan pantas daripada Macheda dan Vidic.


Persoalannya mampukah Arsenal menewaskan Everton malam ini??Barisan bentang Arsenal nampaknya sekali lagi gusar dengan ketiadaan Vermaelen yang injured dan Koscielny yang digantung perlawanan. Nampaknya Squillaci dan Djourou yang kurang meyakinkan sekali lagi akan menggalas tugas di pertahanan tengah.

Harap-harap Fabianski akan meneruskan persembahan cemerlangnya bagi mengekang asakan Everton yang diketuai Tim Cahill malam ini. Di bahagian tengah pula Wenger pasti akan menurunkan Fabregas, Song dan seorang lagi masih tidak tahu sama ada Wilshere, Rosicky, Denilson atau mungkin Nasri didropped ke tengah bagi membenarkan Walcott dan Arshavin mengetuai serangan kiri dan kanan. Chamakh sudah semestinya sekali lagi bertindak sebagai lone striker atas prestasinya yang memberansangkan ketika menentang Wolves dan Persie serta Bendtner sebagai super sub. Semoga kemenangan milik Arsenal malam ni.
GOOD LUCK ARSENAL!!

Wednesday, November 10, 2010

Wilshere,Adakah akan terus diberi tempat dalam 1st Eleven??

Salam 1 Arsenal..
Hari ni just nak dapatkan pendapat korang tentang midfielder kita yang makin meningkat naik iaitu Jack Wilshere..Pemain muda yang baru berusia 18 tahun ini menunjukkan prestasi yang memberansangkan sejak kebelangan ini..Namun adakah Wenger akan terus meletakkan Wilshere dalam kesebelasan utama malam ini??


Pada pendapat aku pemain kecil molek ini lebih sesuai digunakan berbanding dengan Denilson ataupun Rosicky..sekiranya Wenger tetap dengan formasi 4-3-3, Wilshere mungkin akan sentiasa mendapat peluang..Song dah kompem defender midfield..Fabregas tengah kanan, dan Wilshere kiri kerana dia memiliki kekuatan pada kaki kiri..

namun begitu jadual yang padat pada minggu ni memungkin kan Wenger untuk rotate player bagi mengelakkan keletihan..kemungkinan besar Rosicky akan bermula dalam kesebelasan utama pada malam ini..begitu juga dengan Arshavin dan Van Persie..So, Apepun nantikan aksi malam ni di Wolves ok..tengok jangan tak tengok..walaupun tak ade live kat astro tapi boleh tgk kat live streaming kat internet ok..




Tuesday, November 9, 2010

Persie @ Chamakh??

Ramai peminat yang kurang senang dengan persembahan penyerang baru Arsenal, Chamakh yang kurang konsisten..Chamakh nampak masih belum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Arsenal sebenar..Sukar mencari peluang mahupun membuat rembatan..


Kemasukan Van Persie yang baru pulih dari kecederaan menggantikan Chamakh ketika pertemuan dengan Newcastle minggu lalu menunjukkan yang Chamakh kurang tajam di hadapan..dan semestinya aku yakin Chamakh akan berada di bangku simpanan malam esok..membiarkan Persie menerajui jentera serangan Arsenal..

Tapi kelemahan Persie pulak dia cepat injured..itu yang merisaukan jurulatih mahupun peminat-peminat..Atau ada kemungkinan Wenger akan mengubah formation menjadi 4-4-2, dengan meletakkan dua striker Chamakh dan Persie..macamana pulak dengan Arshavin,Nasri dan Walcott..siapa yang akan bermain..tengah sudah semestinya Fabregas dan Song..atau Rosicky akan diberi peluang..sama-sama kita nantikan besok..


Monday, October 18, 2010

Rooney nak Keluar MAN U

Spekulasi yang mengatakan Rooney ingin keluar daripada Manchester United semakin kuat.Rooney dikatakan mempunyai perselisihan dengan pengurus kelab Alex Ferguson dan kecewa apabila diletakkan di bangku simpanan pada pertemuan menentang West brom yang berkesudahan seri 2-2.


Ferguson sebelum itu menegaskan bahawa Rooney injured pergelangan kaki walaupun Rooney mengaku bahawa dia fit sepenuhnya. Mungkin Ferguson tidak mahu menurunkan Rooney dan memberi alasan injured. Ferguson juga dikatakan kecewa dengan masalah rumahtangga dan gambar Rooney merokok yang tersebar.
Kelab Catalan, Real Madrid dikatakan berminat untuk mendapatkan Rooney pada transfer Januari nanti. Mourinho mungkin akan menawarkan Karem Benzema untuk diswapkan dengan Rooney kerana Mourinho memang tahu ferguson memang meminati Benzema sebelum ini. Real mempunyai barisan serangan yang mantap dengan gandingan Ronaldo,Higuain dan ditambah pula dengan pembelian baru Mesut Ozil dan Di Maria. Sekiranya Rooney ke Real Madrid, dia akan bergandingan semula dengan bekas teammatenya Cristiano Ronaldo.



Zaman Kejatuhan Liverpool

Liverpool dilihat semakin parah dan sedang bersaing untuk mengelak dari tersingkir dari Liga Perdana Inggeris tahun hadapan..tapi mungkin masih awal untuk diperkatakan kerana liga baru mencecah 8 game..walaubagaimanapun berdasarkan prestasi daripada 8game, Liverpool hanya menang sekali, seri 3 kali dan kalah 4 kali..6 mata keseluruhan dan menghuni tangga ke 19 liga..13 mata berbanding dengan pendahulu liga, Chelsea.

Cahill, badi Liverpool

Walaupun baru bertukar pemilik dan segala hutang telah dilangsaikan, namun taktikal liverpool dilihat kurang menjadi..Mungkin Roy Hogson belum menemui ramuan dan rentak sebenar yang perlu digunakan oleh Liverpool..Walaupun telah membawa masuk beberapa pemain baru dan berpengalaman seperti Joe Cole, Raul Meireles, Poulsen, Konchesky, Jovanovic..Namun masih sukar mendapatkan gol dan rentak permainan.

Kini, Liverpool semakin merudum malang..Sesuatu harus dilakukan oleh pihak pengurusan bagi membantu menaikkan balik reputasi Liverpool sebagai salah satu kelab agung di Eropah dan di dunia satu masa dulu..Pemain-pemain fantasy football kat dunia ni pun dah tak nak beli player Liverpool skang ni..Good Luck Liverpool untuk next game..

Tuesday, October 12, 2010

France masih mengharapkan sub ke??

Dalam game menentang Romania baru-baru ini, France gagal mencari gol sehinggalah Laurent Blanc memasukkan tiga pemain simpanannya iaitu Loic Remy,Payet dan Gourcuff.

Gol pertama France hadir hasil rembatan daripada Loic Remy apabila menerima hantaran cantik daripada Alou Diarra.Manakala gol kedua pada minit terakhir hasil gerakan menarik Payet dari sebelah kanan padang.lalu membuat hantaran lerek kepada Gourcuff yang mudah menolak bola masuk ke gawang gol..

Sebelum kemasukan mereka,France dilihat sukar untuk menembusi pertahanan Romania.Barisan serangan yang diketuai oleh Karim Benzema, Florent Malouda, Valbuena dan Samir Nasri gagal memecah kebuntuan.





Ada beberapa player Arsenal yang terlibat dalam game ini iaitu Clichy,Nasri,Diaby dan Sagna. Diaby tidak dimasukkan manakala Sagna pula injured 3 minggu.Clichy dilihat banyak melakukan kesilapan mudah dan harap-harap dia tak akan ulanginya lagi ketika bertemu Luxemborg malam ni..

Monday, October 4, 2010

Nasib Malang Newcastle


Newcastle menerima nasib malang ketika menentang Manchester City kelmarin..1st kecederaan Hatem Ben Arfa yang di'tackle' oleh Nigel De Jong pada awal babak pertama perlawanan..Beliau mungkin terpaksa direhatkan daripada beraksi selama 6 bulan..beliau keluar dan digantikan oleh Routhledge dalam game itu


Pastu, Collocini plak injured..Campbell terpaksa masuk bagi menggantikan tempatnya..Collocini dan Arfa antara tonggak utama Newcastle..Nasib baik la Jonas Gutierrez beraksi cemerlang..dapat jugak gol sebijik..Kini senarai injured untuk Newcastle bertambah selepas golkeeper mereka Harper injured pada game sebelumnya.

Tapi aku tetap merasakan Newcastle dapat kedudukan top 10 season ni dengan player2 yang berpengalaman dan berbakat mereka seperti Gutierrez. Nolan, Barton, Campbell, Williamson dan Andy Carroll..Adios..selamat berjuang Newcastle.



Statistik Chamakh

Salam pagi..sini nak cerita sikit tentang striker baru Arsenal..Marouane Chamakh..Selepas kecederaan yang dialami Van Persie, Wallcot dan Bendtner..Chamakh merupakan satu-satunya striker harapan Arsenal di samping super sub Carlos Vela..

Chamakh

Namun begitu Chamakh dilihat kurang menyengat dan hanya menjaringkan gol dengan tandukannya..dia jarang merembat menggunakan kaki..walaupun pada mulanya dijangka dapat memberikan banyak gol apabila menyumbat satu gol ketika Emirates Cup

Ada juga yang mengatakan Chamakh hanya berfungsi untuk mendapatkan penalti..betul ke??Mari kita tengok statistik ini

EPL game
Liverpool vs Arsenal : None..tapi kire assist la mengelirukan Reina
Arsenal vs Blackpool : Skor by header 1, Penalty earning 1
Blackburn vs Arsenal : Nothing
Arsenal vs Bolton : Skor by header 1
Sunderland vs Arsenal : Nothing
Arsenal vs West Brom : Nothing
Chelsea vs Arsenal : Nothing

Champions League game
Arsenal vs Braga : Skor 1, Penalty earning 1
Partizan vs Arsenal : Skor by header 1, Penalty earning 1

Carling Cup
Spurs vs Arsenal : Penalty earning 1

Total : Skor 4 (by header 3)..penalty earning 4..

So..korang fikir-fikir la sendiri..Tolonglah banyak skit shoot chamakh lepas ni..jangan nak header n rebahkan diri jer..huahuahua

Thursday, September 23, 2010

Rosicky Tak Nak Ambil Penalti Dah

Selepas kegagalan Rosicky menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Sunderland baru-baru ini..Beliau menyatakan hasrat untuk tidak mengambil lagi sepakan penalti selepas ini..

Lepas ni kalo game tu tanpa Robin Van Persie dan Fabregas lagi..Nasri yang akan mengambil sepakan penalti..selepas Nasri menyempurnakan 2 sepakan penalti ketika menentang Spurs kelmarin..

Nasri senang-senang je skor penalti ek

Rosicky telah mengecewakan peminat-peminat Arsenal apabila gagal menyempurnakan peluang untuk ''Kill Game" masa lawan Sunderland Sabtu lepas..hadoyaii..

Tapi apepun tak leh nak salahkan Rosicky sorang..sebab dia dah tanya Chamakh dan Nasri sebelum taken penalti tu..so tak de yang berani tanggungjawab..dia sanggup ambil risiko..penalti ni nasib jer..pemain terbaik dunia,Messi pun miss penalti jugak champ league hari tu..

Untuk Next game harap semangat Rosicky semakin pulih..sebab kita memang perlukan player yang passing cantik-cantik macam dia ni..pengalaman pun tinggi..jangan duk kutuk-kutuk dia lagi ok..adios

Monday, September 20, 2010

Dilema Injured Arsenal

Arsenal kini mengalami krisis kecederaan pemain memaksa pemain yang sama diturunkan..Bermula dengan Robin Van Persie yang cedera ketika menentang Blackburn membuatkan Chamakh sebagai striker pilihan utama untuk setiap game..ditambah pulak dengan kecederaan Bendtner..Chamakh memang digunakan kerana kelebihan ketinggiannya, namun lariannya nampak kurang menyerlah sejak kebelakangan ni..banyak gol2 tanduk jer..manakala Vela pulak digunakan sebagai supersub..

Walcott tengah on form injured
Kecederaaan seterusnya adalah Theo Walcott..ketika beraksi bersama England..kini posisi right wing digalas oleh Samir Nasri ataupun Eboue, Rosicky..Wilshere pun boleh..tapi dia lebih sesuai bermain di bahagian tengah..Ditambah pula dengan kecederaan Diaby..Wilshere menjadi taruhan Wenger untuk mengawal bahagian tengah bersama Song dan Fabregas..Namun malangnya persembahan Wilshere tidak konsisten dan selalu hilang bola di tengah padang.

Arsenal makin parah apabila Vermaelen dan Fabregas pulak injured..Nadi pasukan Arsenal plak injured lagi la parah..Ketiadaan Vermaelen membuatkan pertahanan sedikit goyah dengan Koscielny masih nampak hilang fokus dengan kesilapan yang tidak sepatutnya.Nasri pasti memainkan peranan di bahagian tengah hujung minggu ni..sementara Song digantung satu perlawanan, Denilson pasti diturunkan sebagai 1st eleven..aku tak berapa suka la kalo Denilson main..slow dan senang sangat striker nak lepas walaupun kadang2 dia shoot bagus..

Harap2 lepas ni tak de dah yang injured,pastinya Wenger akan menurunkan skuad muda menentang Spurs dalam Carling Cup esok..

Saturday, September 4, 2010

Ronaldinho Masih Mantap

Ronaldinho
 Siapa kata Ronaldinho dah tak mantap macam dulu..lepas aku tengok game delay AC Milan lawan Lecce yang berkesudahan AC menang 4-0..pujian sangat tinggi patut diberikan kepada Ronaldinho..persembahannya kembali memukau..

Walaupun dia sedikit slow, tapi gandingan dia yang laju macam Pato melengkapkan team..Ronaldinho tak skor tapi hantaran2 through pass dia banyak membawa gol..Skill yang menarik, dribble kemas banyak keluar tadi..di samping passing dan persefahaman yang kemas..Susah nak cari player berbakat macam dia..

AC Milan telah membawa masuk beberapa penyerang lagi season ni untuk memantapkan lagi serangan diorang..mereka adalah Zlatan Ibrahimovic, Robinho dan seorang player tengah dari Porthmouth Kevin Prince Boateng..Mourinho sendiri pun dah mengakui yang AC Milan akan memberikan cabaran besar dalam Serie A..AC Milan juga diundi sekumpulan dengan Real Madrid,kelab baru kendalian Mourinho dalam Champions League nanti.

Permata Baru Newcastle

Newcastle memulakan game di home mereka dengan kemenangan bergaya menewaskan Aston Villa 6-0..dengan hatrick daripada Andy Carroll..Carroll memang mantap..tapi tu aku tak kisah sebab memang dah lame pun aku tahu dia power..sejak sebelum Newcastle terjebak jatuh dari EPL lagi..

Wonderkid
Yang aku nak cerita kat sini player yang dia baru beli dari Perancis..iaitu Hatem Ben Arfa..Player ni muda lagi..dulu Arsene Wenger pun minat kat dia ni..kalau tak ambik Nasri aku rase dia ni dah lama ke Arsenal..Ben Arfa ni boleh main kat posisi midfield dengan bahagian sayap..

Season ni aku rase Newcastle pun boleh bersaing untuk dapatkan top 10 dalam liga..player2 dia pun mantap2 jugak macam kevin Nolan, Barton, Gutierrez, Carroll, Colocinni..tambah lak Ben Arfa ni..dan defend lagenda Arsenal..Sol Campbell..

Friday, August 27, 2010

UEFA Champions League 2010-2011 Group Stage Draw Result

Group A
Inter Milan
Werder Bremen
Tottenham Hotspur
Twente

Group B
Olympic Lyon
Benfica
Schalke 04
Hapoel Tel Aviv

Group C
Manchester United
Valencia
Rangers
Bursaspor

Group D
Barcelona
Panathinaikos
Kobenhavn
Rubin Kazan

Group E
Bayern Munich
AS Roma
FC Basel
CFR Cluj

Group F
Chelsea
Marseille
Spartak Moscow
Zilina

Group G
AC Milan
Real Madrid
Ajax 
Auxerre

Group H
Arsenal
Shakhtar Donetsk
SC Braga
Partizan

UEFA 2009-2010 Award Result

Club Goalkeeper Of The Year
JULIO CESAR

Club Defender Of The Year
MAICON

Club Midfielder Of The Year
SNEIJDER

Club Striker Of The Year
DIEGO MILITO

Monday, August 23, 2010

Squillaci Sah Ke Arsenal

Pertahanan Sevilla, Sebastien Squillaci, 30 tahun sah ke Arsenal dengan yuran perpindahan sekitar 6.5million..Hal ini telah disahkan oleh lawan web rasmi kelab Sevilla FC sendiri..

Squillaci akan menjalani ujian kecergasan di Emirates hari ini dan dijangka akan menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama Arsenal..Squillaci akan menggantikan tempat Gallas, Senderos, Silvestre dan Campbell yang keluar musim ini..

pertahanan baru Arsenal

Arsene Wenger telah mengotakan janjinya dengan membawa masuk Squillaci untuk sekurang-kurangnya 4 orang pertahanan tengah..Squilacci akan join senarai pertahanan tengah iaitu Vermaelen, Djourou dan seorang lagi player baru Laurent Koscielny

Player baru ini mungkin akan diperkenalkan esok..jersi number berapa kita tak tahu lagi la..Beliau baru-baru ini mengelak untuk bermain dalam play off champion league agar dapat bermain dengan Arsenal..kerana seorang pemain tidak boleh bermain dalam champion league untuk 2 kelab yang berbeza..

Friday, August 20, 2010

Fulham Tolak Bidaan Kedua Arsenal

Arsenal telah membuat tawaran kedua kepada Fulham untuk mendapatkan khidmat penjaga gol mereka iaitu Mark Schwarzer..Namun sekali lagi Arsenal dikecewakan apabila pihak Fulham menolak bidaan kedua itu selepas bidaan pertama ditolak bulan Mei lalu..

Schwarzer
Fulham meletakkan syarat agar menyertakan Carlos Vela sekiranya Arsenal ingin mendapatkan penjaga gol mereka. Walaupun, Schwarzer telah menyatakan hasrat untuk keluar dan menyertai Arsenal, namun pihak pengurusan Fulham tetap tidak ingin melepaskan ayam tambatan mereka itu..

Arsenal dilihat menghadapi masalah di gawang gol apabila prestasi 2 penjaga gol utama Almunia dan Fabianski tidak konsisten. Sekiranya Fulham tetap berkeras, Arsene Wenger mungkin membawa masuk Shay Given sebagai pilihan terakhirnya apabila Given tersisih daripada menjadi penjaga gol utama Manchester City

Arsenal Bid Squillaci

Salam 1 Arsenal..Berita baru mengatakan Arsenal telah membuat bidaan untuk mendapatkan pertahanan dari Perancis yang bermain dengan kelab Sevilla iaitu Sebastien Squillaci.

Hal ini dipastikan sendiri oleh pihak kelab Sevilla selepas Squillaci meminta untuk dikecualikan daripada bermain pada perlawan play-off champions league menentang Braga bagi mengelakkan tidak dapat bermain untuk Arsenal nanti.

Squillaci..muka macam Vermaelen
Arsenal memang memerlukan seorang lagi pertahanan bagi menggantikan tempat Gallas, Campbell, Senderos dan Silvestre yang keluar dan telah mendapatkan khidmat Laurent Koscielny dari Perancis. Squillaci, 30 tahun dilihat sebagai pemain yang berpengalaman yang perlu ada bagi skuad muda Arsenal. Adakah seorang lagi pertahanan Perancis akan masuk ke Arsenal?Sama-sama kita nantikan..