Thursday, January 20, 2011

FA CUP: ARSENAL TUMPASKAN LEEDS

Arsenal berjaya melangkah ke pusingan ke-4 FA Cup apabila berjaya menewaskan Leeds United di pusingan ketiga 3-1. Arsenal yang sebelum ini seri 1-1 dengan Leeds ketika perlawanan 1st Leg d Emirates berkunjung ke Leeds untuk perlawanan timbal balik.

Arsenal menurunkan mix team dan 1st eleven terdiri daripada Sczescny, Sagna, Djourou, Koscielny, Gibbs, Denilson, Song, Nasri, Arshavin, Bendtner dan Chamakh. Arsenal yang memakai jersi kuning bermula garang apabila menjaringkan gol pada seawal minit ke-5 melalui Samir Nasri yang menerima hantaran Arshavin.

Nasri 1st goal
Perlawanan dilihat seimbang sehingga Arsenal berjaya menggandakan kedudukan hasil rembatan kencang pemain pertahanan, Bacary Sagna yang gagal diselamatkan penjaga gol Leeds pada minit ke-39..Namun, selang 2 minit kemudian Leeds pula merapatkan kedudukan hasil rembatan menarik menuju ke bucu gawang gol Arsenal oleh Bradley Johnson.

Sagna skor 2nd gol

Leeds merapatkan kedudukan

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 2-1. Separuh masa kedua Arsenal dan Leeds saling berbalas serangan. Wenger membuat sedikit pertukaran dengan memasukkan Van Persie menggantikan Chamakh dan Fabregas menggantikan Arshavin. Hasilnya 1 lagi gol terhasil apabila Persie menanduk masuk hantaran tepat daripada Bendtner pada minit ke-76.


Flying Dutchman

Clichy dimasukkan menggantikan Nasri di lewat babak kedua namun tidak mengubah kedudukan. Perlawanan tamat dengan keputusan Arsenal 3-1 Leeds. Arsenal akan bertemu Huddersfield di pusingan ke-4 nanti.



Wednesday, January 19, 2011

Darrent Bent Join Aston Villa Dari Sunderland

Aston Villa memecahkan rekod transfer diorang dengan membawa masuk penyerang England yang bermain untuk Sunderland, Darrent Bent dengan harga 24million Euro.

Bent
Bent dijangka akan diturunkan buat pertama kali bersama Aston Villa pada perlawanan EPL Sabtu ini menentang Manchester City..bergandingan dengan rakan senegara dari England iaitu Agbonlahor dan Heskey serta dibantu oleh Downing dan Ashley Young..Ramai betul player Ewngland kat sini..

Keluarnya Bent dari Sunderland membolehkan Asamoah Gyan dipilih sebagai striker utama dan akan bergandingan dengan pemain yang dipinjam dari Manchester United, Danny Welbeck. sudah pasti Sunderland akan mencari penyerang baru nanti..Nantikan je lah..

Monday, January 17, 2011

Vermaelen Out Sampai March..

Pertahanan kebal Arsenal Thomas Vermaelen akan menjalani pembedahan kaki yang dijadualkan Selasa ini di Sweden. Pemain dari Belgium itu dijangka akan pulih dan kembali beraksi paling awal pun bulan March selepas menjalani pembedahan nanti..

Verminator
Vermaelen hanay bermain 5 kali season ni dan tak pernah sekali pun main untuk liga..semuanya main friendly dan Emirates Cup je sebelum dia mengalami kecederaan Achilles ketika beraksi bersama Belgium..

Kecederaan Vermaelen memaksa Wenger mencari seorang lagi pertahanan tengah pada transfer window yang telah dibuka ni..siapalah agak-agaknya pemain yang bertuah itu??kita sama-sama tunggu dan lihat je la ye..

Wednesday, January 12, 2011

Siapa Bakal Diturunkan Menentang Ipswich??

Berdasarkan hasil pembacaan aku skuad yang akan dibawa terbang ke Ipswich malam ni adalah : Szczesny, Eboue, Djourou, Koscielny, Gibbs, Arshavin, Song, Ramsey, Rosicky, Walcott, Bendtner, Fabianski, Van Persie, Chamakh, Fabregas, Clichy, Denilson, Miquel, Wilshere, dan Vela..

Namun tidak dapat dipastikan lagi..Sagna sudah pasti tiada keranapenggantungan perlawanan..Szczesny akan bermula di posisi keeper malam ni..sementara pertahanan sudah pasti Eboue, Djourou, Koscielny dan Gibbs..kerana Squillaci dan Vermaelen masih lagi injured manakala Clichy sebagai sub, rehat sikit bagi menghadapi game EPL weekend ni..

Di tengah pula kemungkinan besar Ramsey akan bermula buat pertama kali selepas injured teruk tahun lalu..akan digandingkan dengan Song dan Rosicky di tengah..Fabregas, wilshere dan Denilson di bangku simpanan.

Ramsey, penampilannya dinantikan

Manakala serangan, Wenger pasti mencuba untuk menurunkan Arshavin dan Bendtner yang kurang memberansangkan ketika FA Cup Sabtu lalu sambil dibantu oleh Walcott..Van Persie dan Chamakh di bahagian simpanan. Tiada Nasri dalam list ni sebab dia dikatakan mengalami cedera ringan..baik bagi rehat dari ambik risiko.lagipun ni baru 1st Leg..banyak game yang lebih mencabar lagi lepas ni..Harap Arsenal menang juagk 3-0 malam ni!!Yeah

Monday, January 10, 2011

Happy Birthday Marouane Chamakh

Today is Chamakh Birthday..yang ke 27 tahun..So jom wish ramai-ramai kat sini..


Happy Birthday Chamakh
Keep Delivering Goals for Us!!



Samir Nasri Dipilih Player Of The Month

Samir Nasri telah dipilih untuk menerima award Barclay Player of The Month


Nasri dipilih kerana persembahan yang memberansangkan pada bulan Disember apabila menjaringkan 2 gol menarik ketika menentang Fulham. Dia juga menyumbangkan 1 gol ketika menentang PArtizan Belgrade sekaligus melayakkan Arsenal ke pusingan kalah mati dalam cabaran Liga Juara-Juara Eropah.

Sehingga tamat tahun 2010 dia telah mengumpul jumlah 12 gol..Award ini ditetapkan oleh Barclays Award Panel yang terdiri daripada Football governing bodies, media dan fans..

Tahniah buat Nasri
Terus perform ye!!

Friday, January 7, 2011

Edin Dzeko Diturunkan Ahad ni oleh City

Pembelian baru Manchester City, Striker paralimpik dari Wolfburg dijangka akan diturunkan oleh Roberto Mancini Ahad ini ketika perlawanan FA Cup menentang Leicester City. Ini juga kerana kecederaan yang dialami Mario Balotelli dan pengurus juga mungkin merehatkan Tevez yang bermain pada tengah minggu lalu.

Dzeko
Dzeko yang dibawa dengan harga 27million dijangka tiada masalah dengan ujian kecergasan dan permitnya dijangka selesai sebelum game Ahad ni...So,kita mungkin akan dapat menyaksikan aksi penjaring terbanyak Liga Jerman ini beraksi Ahad ini..

Selain itu, pertahanan City yang dikenakan kad merah Zabaleta telah menang appeal manakala pertahanan Arsenal, Bacary Sagna terpaksa menerima ban 3 game..Demm..





Wednesday, January 5, 2011

MU Kekal di Puncak

Salam
Aku baru je habis layan game MU vs Stoke..dah juag baru sudah solat Subuh..
Nak ulas skit la pasal game tadi..Game tadi tak dela rancak sangat..slow jugak la..Tapi Luck memang selalu menyebelahi MU sebab dapat gol dan menang dengan jaringan 2-1.

First gol hadir pada minit ke-27, hasil satu flip menarik dari Chicharito apabila menerima umpanan lerek dari Nani..mudah menewaskan penjaga gol Stoke Begovic..Kedudukan 1-0 kekal sampai tamat babak pertama

1st goal, Hernandez



Masuk babak kedua, Stoke memberikan tentangan yang lebih hebat..Hasilnya Stoke berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 hasil tandukan Whitehead yang menerima umpanan cantik daripada Tuncay dan menewaskan Kuszczak..

2nd goal, Whitehead


Barulah game jadi laju sikit bile dah 1-1..Man Utd mula mengatur gerak dan menyerang..yang lawaknye Berbatov siap marah Nani lagi sebab lambat passing..Tapi aleh-aleh Nani jugak yang skor dengan rembatan kaki kiri pada minit ke-62..Terima kasih kepada Nani kerana telah menaikkan point Fantasy aku..hehehe..


Nani, 3rd Goal
Setakat tu je la buat masa ni..Aku pun nak tido dah..kita tunggu game Arsenal vs City lak esok..Adios..




Monday, January 3, 2011

Chelsea Hanya Mampu Seri..Ape Sudah Jadi??

Ancelotti sekali lagi menghadapi tekanan apabila hanya mampu seri dengan Aston Villa 3-3..Kini Chelsea jatuh ke tangga ke-5 di belakang Spurs dan bersaing untuk mendapatkan tempat ke Champions League season depan. !st half bermula baik buat Chelsea.mereka mendahului menerusi tendangan penalti oleh Lampard pada minit ke-23. Namun pada minit ke-41 Aston Villa menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Ashley Young. !st half tamat 1-1.

Ashley Young berjaya menyamakan kedudukan
2nd half makin rancak..kali ni giliran Aston Villa pulak leading menerusi tandukan Emile Heskey hasil umpanan Downing pada minit ke-47. Chelsea melancarkan serangan bertali arus dan memasukkan Sturridge, Kalou dan Bosingwa bagi mencari gol penyamaan. Apabila game nampak milik Aston Villa, Drogba muncul wira apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-84. Selang 5 minit kemudian, Terry pula menggembirakan kem Chelsea apabila menjaringkan gol ketiga dengan baki lagi seminit tidak termasuk masa tambahan.

Terry, gol ketiga

Kegembiraan yang cuma sementara
Ketika Chelsea sudah berkira-kira untuk mengutip 3 mata, Clark tiba-tiba muncul wira Aston Villa apabila menanduk masuk hantaran Albrighton untuk kedudukan 3-3 di minit terakhir perlawanan. Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan.

Clark,gol penyamaan

Kegembiraan selamanya

Persoalannya..Adakah Ancelotti akan di'sacked'??Prestasi Chelsea yang tak berape ok skang ni menjejaskan team mereka untuk mencabar gelaran Piala Liga season ni..mereka perlu bangkit segera..










Sunday, January 2, 2011

Arsenal Gah di Birmingham

Salam 1 Arsenal..
Arsenal kembali kepada prestasi sebenar setelah membenam Birmingham di tanah mereka sendiri 3-0.hehehe..Barisan terkuat yang pernah aku tengok..game best..syok sangat tengok short pass-short pass yang dilakukan..Gandingan Persie, Wallcot, Nasri dan dibantu oleh Fabregas memang mantop..

Persie, 1st goal
Perlawanan bermula begitu ganas dengan beberapa terjahan merbahaya daripada pemain Birmingham. Namun, Arsenal berjaya meyerap tekanan dan mendahului dengan jaringan pertama oleh Van Persie melalui sepakan percuma selepas beliau dikasari pada minit ke-13

2nd goal, Samir Nasri
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan 1-0. Babak kedua bermula dengan baik dan Arsenal berjaya mengawal permainan. Hasilnya, satu lagi gol terhasil..kali ni oleh SAmir Nasri yang menerima umpanan cantik daripada kapten, Cesc Fabregas pada minit ke-58.

3rd goal. own goal
Pada minit ke-66, gol ketiga terhasil daripada satu gerakan menarik oleh Nasri dan Fabregas..sebelum Fabregas melepaskan rembatan yang ditepis keluar oleh Foster,sebelum terkena pertahanan dan terkena Johnson untuk own goal..Arsenal melakukan 2 pertukaran memasukkan Arshavin dan Denilson bagi menggantikan Wallcot dan Wilshere..Namun kedudukan kekal 3-0 hingga tamat perlawanan..

Arsenal ni kompem lagi mantap kalo ade Vermaelen..tapi Djourou dan Koscielny pun dah meningkat naik..Syabas Arsenal..kekalkan momentum untuk kejar Man Utd dan Man City




Saturday, January 1, 2011

Ramsey kembali Februari

Sape yg tak ingat dengan Rambo kita..Aaron Ramsey..alaa..yang patah kaki tu kena dengan Shawcross..tak ingat lagi??ni dia..

trauma
Haa..ingat dah..berita baik buat team Arsenal..Ramsey akan kembali ke skuad utama pada 2 Januari ini setelah Wenger mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak loannya bersama Nottingham Forest..Kalo Diaby tak injured mungkin Ramsey akan diloan sehingga akhir season..tapi disebabkan Diaby injured jadi Ramsey akan kembali ke skuad Arsenal..

ketika bersama Nottingham Forest
Ramsey dipinjamkan ke Nottingham Forest sejak 25 November 2010..dan dalam tempoh 2 bulan ini dia telah bermain dalam liga Championship..Nampaknya dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan padang setelah berehat lama akibat patah kaki..Fitness dia pun dah mula ok..Tetapi Wenger tidak mahu mengambil risiko dan merasakan Februari merupakan bulan yang sesuai untuk Ramsey kembali beraksi dalam EPL..So kita tunggu je la yer..

Hero yang bakal menyelamatkan Arsenal
Selamat kembali Aaron Ramsey..