Tuesday, March 29, 2011

Neymar

Neymar
Neymar da Silva Santos Junior atau lebih dikenali dengan panggilan Neymar, dilahirkan pada tahun 1992 di Brazil..Negara yang terkenal dengan sukan bola sepak dan skill sambanya..So sekarang dia baru berusia 19 tahun la kan..dan telah bermain untuk kelab Santos di Liga Brazil sebagai penyerang..

Bagus ke kalau dia ni masuk Arsenal atau EPL..memang skillnya tak dinafikan hebat, namun saiz badannya agak kecil mungkin masalah bagi mengatasi pertahanan kelab-kelab EPL yang besar-besar belaka..tapi tak mustahil wonderkid dari Brazil ini akan beraksi untuk kelab-kelab eropah pada musim2 akan datang demi meningkatkan mutu kerjayanya dalam bola sepak..

Jom tengok sikit aksi beliau..katanya new Pele untuk Brazil


Sunday, March 27, 2011

Eden Hazard

Eden Hazard
Sejak dua menjak ni ramai yang memperkatakan tentang Eden Hazard yang dikaitkan sangat-sangat dengan Arsenal..tapi tu semua rumour je..belum kompem lagi..biaselah..Arsenal selalu dikaitkan dengan player2 muda yang berbakat ni..tapi kenal ke korang dengan dia ni..??

Eden Hazard, lahir pada tahun 1991 di Belgium dan sekarang bermain untuk kelab Lille di Liga Perancis. Pemain yang berusia 20 tahun ini bermain di posisi midfield, dan lebih ke sayap sebelah kanan..tapi kiri pun boleh dia ni..memilik skill individu dan larian yang pantas..So, memang satu aset yang berharga bagi sesiapa yang dapat dia.

Tapi kalau ikut polisi Wenger, muda tu dah ok..cuma harga la pulak..Wenger bukan nak yg mahal-mahal..Kalau Lille nak lepas pun kompem mahal ni..Lagipun Arsenal dah ada Miyaichi, Walcott, Arshavin, dan Nasri untuk bahagian wing. Tengok jelah macamane ye season depan. Jom tengok video dia kejap..hebat jugak..


Friday, March 18, 2011

Keputusan Undian Liga Juara-Juara Eropah Peringkat Suku Akhir

Keputusan Penuh Champions League Draw bagi peringkat Suku Akhir

Real Madrid vs Tottenham Hotspurs
Chelsea vs Manchester United
Barcelona vs Shakhtar Donesk
Inter Milan vs Schalke 04

Semi Final
Inter/Schalke vs Chelsea/Man Utd
Real/Spurs vs Barcelona/Shakhtar

Monday, March 7, 2011

Siapa Bakal Beraksi Menentang Barca Esok??

Mari Kita Tengok..Siapa yang akan bermain dan siapa yg out besok..


Keeper : Szescny..Sub : Almunia

Defend : Macam biasa..Clichy, Sagna, Djourou, Koscielny..Subs : Squillaci, Eboue, Gibbs
Vermaelen OUT

Midfield : Fabregas (90% fit) , Wilshere fit, Diaby, Nasri, Arshavin...Sub : Denilson, Aaron Ramsey, Rosicky
Song OUT

Forward : Chamakh..Sub: Bendtner
Robin Van Persie OUT, Theo Walcott OUT

Song tidak dapat beraksi besok..

Saturday, March 5, 2011

Misi Mencantas Man Utd

Malam ini Arsenal bakal melawan kunjungan Sunderland di Stadium Emirates. Kemenangan bakal merapatkan Arsenal dengan pendahulu Man Utd dengan jurang satu mata..Tapi masalahnya..Arsenal bakal beraksi tanpa tonggak utama iaitu Fabregas, Van Persie, Walcott dan Alex Song yang tercedera..


Persoalannya, Siapa yang akan bermula malam ini..tatkala beberapa key player tidak dapat bermain..untuk posisi penjaga gol, Szescny sekali lagi menjadi pilihan walaupun melakukan kesalahn mudah di Final Carling Cup baru ini..Koscieny kembali dan bakal berganding dengan Djourou di pertahanan tengah manakala Sagna dan Clichy di kiri dan kanan..

Samir Nasri mungkin akan mengambil tempat Cesc Fabregas di tengah, dibantu Oleh Jack Wilshere..Posisi DM menjadi persoalan sama ada Diaby, Denilson mahupun Aaron Ramsey..Bendtner yang menjaringkan hatrik menentang Leyton FA Cup Rabu lalu sekali lagi menjadi sandaran mengambil tempat Walcott,manakala Chamakh sebagai penggempur utama dengan ketiadaan Van Persie..Arshavin pula bermain di tempat biasanya, sayap kiri..

Sekiranya kemenangan berjaya dicatat malam ini..esok kita berharap Liverpool dapat menyekat Man Utd daripada mencatat kemenangan..huhu..