Friday, December 31, 2010

Jersi Baru 2011/2012

Jersi baru season depan
Design jersi baru Arsenal untuk musim 2011-2012 dah keluar..macam gambar kat atas tu la..warna still sama lagi warna merah dan putih..perbezaan pada bahagian logo Arsenal tu dah ada tambah cam padi skit..pastu leher dia still lagi roundneck cuma leher semua kaler merah..dah tak de putih..then lengan semua putih..dah tak de merah di hujungnya..
Adios




Arsenal berminat mendapatkan pertahanan Real Madrid..Siapakah??

Arsenal dikatakan berminat mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Real Madrid setelah Wenger dikatakan perlu memperbaiki kelemahan yang ketara di bahagian pertahanan..Tapi siapakah??

Garay
Pemain yang dimaksudkan adalah Ezequiel Garay, 24 tahun bernilai 8million euro. Pemain pertahanan tengah ini gagal mendapat kepercayaan pengurus kelab Jose Mourinho dan sering memanaskan bangku simpanan. Beliau berhasrat meninggalkan kelab sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkannya.

Pemain dari Argentina ini tidak lagi digunakan selepas Ricardo Carvalho tiba di Santiago Bernabeu. Beberapa kelab seperti Juventus dan Liverpool juga berminat untuk mendapatkannya tapi dia mungkin lebih berminat untuk menyertai Arsenal jika dilihat kepada prestasi semasa kelab..Adios..





Beckham kembali ke Premier League

David Beckham bakal beraksi kembali untuk kelab Liga Perdana Inggeris paling cepat pun minggu depan untuk mengembalikan dirinya kepada top level action..

Beckham
Beckham mempunyai masa 2 bulan untuk beraksi di mana-mana liga sebelum kembali ke LA Galaxy dan menghabiskan tahun terakhir kontraknya bersama LA Galaxy tahun depan..

Ketika bersama MU
Setakat ini masih belum ada perbincangan terperinci dengan mana-mana kelab tetapi Tottenham,West Ham, Sunderland, Newcastle, Blackburn dan Everton mungkin berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 35 tahun ini.

Berdasrkan laporan akhbar, Tottenham paling berminat dan mereka juga boleh offer Beckham main untuk Champions League..kelebihan sudah di situ..Beckham juga berhasrat membuktikan bahawa dia masih layak menyarung jersi England kepada Fabio Capello.