Tuesday, May 3, 2011

Masih Ada Harapankah Untuk Arsenal??


Kalau diikutkan logik matematik, Arsenal masih mempunyai peluang untuk menjuarai EPL season ni..dengan syarat Chelsea mengalahkan Man Utd pada hujung minggu ini ,Arsenal pula harus menang ketiga-tiga perlawanan selepas ini dan Man Utd serta Chelsea drop point last 2 games diorang..Man Utd berada 3 mata di hadapan Chelsea dan 6 mata mendahului Arsenal. Sekiranya Chelsea menang minggu ini, Chelsea akan berada di top league sama mata dgn Man Utd,dan sekiranya Arsenal turut menang Arsenal akan berada 3 mata di belakang Chelsea dan juga Man Utd. Bola itu bulat, ape2 pun boleh terjadi..

Tapi kalau diikutkan kebarangkalian perlawanan home dan away..Man Utd menjadi feberet sebagai juara kerana memiliki 2 game di laman sendiri dan 1 game away berbeza dgn Arsenal dan Chelsea yang hanya memiliki 1 game home dan 2 game away..Ape2 pun pertembungan Man Utd vs Chelsea minggu ini bakal menjadi pertembungan terhebat dan penetu juara season ini..dan kesilapan Arsenal season ini terlalu banyak drop point, kelalaian di saat akhir seperti pertemuan dgn Newcastle, mendahului 4-0, kena balik 4-4, bertemu Liverpool mendahului 1-0 di saat akhir, dan tak mampu bertahan ke tamat perlawanan juga perlawanan menentang Spurs..Kesilapan itu amat dirasai di saat akhir2 season ini..huhu..

1 comment: