Sunday, December 18, 2011

Probable Line Up Manchester City vs Arsenal | EPL 2011


Arsenal bakal berkunjung ke Manchester City malam ini dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris
Dengan semua pertahanan kanan dan kiri mengalami kecederaan, Arsenal dijangka sekali lagi akan menurunkan semua pertahanan tengah bagi mengisi keempat-empat posisi pertahanan iaitu Djourou, Koscielny, Mertesacker dan Vermaelen. Posisi penjaga gol pasti diisi oleh Szczesny yang begitu konsisten setakat ini.

Tengah pula bakal dikemudi barisan sama iaitu Song, Ramsey dan Arteta. Rosicky boleh menjadi back up di bahagian tengah manakala Wilshere masih lagi dalam proses pemulihan dari masalah kecederaan.

Seperti biasa, kepantasan Walcott di sayap kanan, kelincahan Gervinho di sayap kiri dan ketajaman Robin Van Persie pasti ditagih bagi menggempur gawang gol Manchester City.

1 comment: