Tuesday, September 6, 2011

Vermaelen Out for Up To Three Month


Pertahanan utama Arsenal, Thomas Vermaelen terpaksa direhatkan selama 2 hingga 3 bulan selepas menjalani perubatan akibat kecederaan ankle kaki kirinya. Vermaelen menerima kecederaan itu pada perlawanan play-off menentang Udinese dan dia terpaksa direhatkan ketika tewas teruk 2-8 kepada Manchester United.

Perancangan Arsene Wenger untuk menggandingkan Vermaelen dengan muka baru iaitu Per Mertesacker terpaksa ditangguh, dan gandingan Mertesacker terpaksa ditentukan sama ada dengan Koscielny ataupun Djourou.

Kecederaan Vermaelen menambah duka Arsenal yang telah kehilangan Jack Wilshere untuk tempoh 3 bulan akibat kecederaan, Arsenal akan bertemu dengan Swansea dan mencari kemenangan pertama untuk kembali bersaing mendapatkan trofi EPL.

Monday, September 5, 2011

Jack Wilshere Injured 3 Month


Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere bakal terlepas aksi bersama pasukannya selama lebih kurang 2-3 bulan selepas tercedera di bahagian anklenya. Jack Wilshere yang merupakan tonggak utama bahagian tengah Arsenal season lepas mungkin akan kembali fit pada bulan November nanti.

Arsene Wenger tidak mahu tergesa-gesa ingin menggunakan khidmatnya kerana takut kecederaannya semakin teruk seperti apa yang dialaminya ketika sesi latihan. Sekiranya pembedahan dijalankan, Jack pasti akan berehat sehingga 5-6 bulan. Buat masa ini tempat Jack Wilshere akan diambil oleh seorang lagi pemain muda iaitu Aaron Ramsey.

Diharap pembelian baru, Mikel Arteta dapat menampung ketiadaan Jack Wilshere selama 2-3 bulan ini. Semoga Jack cepat sembuh dan kembali beraksi buat Arsenal.

Sunday, September 4, 2011

Van Persie vs Park Chu Young


Prestasi memberansangkan Robin Van Persie dan Park Chu Young ketika aksi intenational kelayakan Euro 2012 dn kelayakan Piala Dunia 2014 amat menggembirakan pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Persoalannya adakah Chu Young akan mendapat tempat sebagai penyerang utama Arsenal selepas ini.

Atau mungkin Wenger akan mengubah taktikal kepada 4-2-2 selepas melihat prestasi memberangsangkan dua penyerang ini. Dengan penggantungan 1 lagi perlawanan oleh Gervinho, Van Persie mungkin akan didrop ke sebelah kiri dn Chu Young mengemudi serangan utama, manakala Walcott di sebelah kanan.

Perlawanan Arsenal selepas ini juga bakl menyaksikan penampilan beberapa pemain baru iaitu Arteta, Mertesacker, Andre Santos dan juga Benayoun.