Tuesday, September 6, 2011

Vermaelen Out for Up To Three Month


Pertahanan utama Arsenal, Thomas Vermaelen terpaksa direhatkan selama 2 hingga 3 bulan selepas menjalani perubatan akibat kecederaan ankle kaki kirinya. Vermaelen menerima kecederaan itu pada perlawanan play-off menentang Udinese dan dia terpaksa direhatkan ketika tewas teruk 2-8 kepada Manchester United.

Perancangan Arsene Wenger untuk menggandingkan Vermaelen dengan muka baru iaitu Per Mertesacker terpaksa ditangguh, dan gandingan Mertesacker terpaksa ditentukan sama ada dengan Koscielny ataupun Djourou.

Kecederaan Vermaelen menambah duka Arsenal yang telah kehilangan Jack Wilshere untuk tempoh 3 bulan akibat kecederaan, Arsenal akan bertemu dengan Swansea dan mencari kemenangan pertama untuk kembali bersaing mendapatkan trofi EPL.

No comments:

Post a Comment