Thursday, January 20, 2011

FA CUP: ARSENAL TUMPASKAN LEEDS

Arsenal berjaya melangkah ke pusingan ke-4 FA Cup apabila berjaya menewaskan Leeds United di pusingan ketiga 3-1. Arsenal yang sebelum ini seri 1-1 dengan Leeds ketika perlawanan 1st Leg d Emirates berkunjung ke Leeds untuk perlawanan timbal balik.

Arsenal menurunkan mix team dan 1st eleven terdiri daripada Sczescny, Sagna, Djourou, Koscielny, Gibbs, Denilson, Song, Nasri, Arshavin, Bendtner dan Chamakh. Arsenal yang memakai jersi kuning bermula garang apabila menjaringkan gol pada seawal minit ke-5 melalui Samir Nasri yang menerima hantaran Arshavin.

Nasri 1st goal
Perlawanan dilihat seimbang sehingga Arsenal berjaya menggandakan kedudukan hasil rembatan kencang pemain pertahanan, Bacary Sagna yang gagal diselamatkan penjaga gol Leeds pada minit ke-39..Namun, selang 2 minit kemudian Leeds pula merapatkan kedudukan hasil rembatan menarik menuju ke bucu gawang gol Arsenal oleh Bradley Johnson.

Sagna skor 2nd gol

Leeds merapatkan kedudukan

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 2-1. Separuh masa kedua Arsenal dan Leeds saling berbalas serangan. Wenger membuat sedikit pertukaran dengan memasukkan Van Persie menggantikan Chamakh dan Fabregas menggantikan Arshavin. Hasilnya 1 lagi gol terhasil apabila Persie menanduk masuk hantaran tepat daripada Bendtner pada minit ke-76.


Flying Dutchman

Clichy dimasukkan menggantikan Nasri di lewat babak kedua namun tidak mengubah kedudukan. Perlawanan tamat dengan keputusan Arsenal 3-1 Leeds. Arsenal akan bertemu Huddersfield di pusingan ke-4 nanti.



Wednesday, January 19, 2011

Darrent Bent Join Aston Villa Dari Sunderland

Aston Villa memecahkan rekod transfer diorang dengan membawa masuk penyerang England yang bermain untuk Sunderland, Darrent Bent dengan harga 24million Euro.

Bent
Bent dijangka akan diturunkan buat pertama kali bersama Aston Villa pada perlawanan EPL Sabtu ini menentang Manchester City..bergandingan dengan rakan senegara dari England iaitu Agbonlahor dan Heskey serta dibantu oleh Downing dan Ashley Young..Ramai betul player Ewngland kat sini..

Keluarnya Bent dari Sunderland membolehkan Asamoah Gyan dipilih sebagai striker utama dan akan bergandingan dengan pemain yang dipinjam dari Manchester United, Danny Welbeck. sudah pasti Sunderland akan mencari penyerang baru nanti..Nantikan je lah..

Monday, January 17, 2011

Vermaelen Out Sampai March..

Pertahanan kebal Arsenal Thomas Vermaelen akan menjalani pembedahan kaki yang dijadualkan Selasa ini di Sweden. Pemain dari Belgium itu dijangka akan pulih dan kembali beraksi paling awal pun bulan March selepas menjalani pembedahan nanti..

Verminator
Vermaelen hanay bermain 5 kali season ni dan tak pernah sekali pun main untuk liga..semuanya main friendly dan Emirates Cup je sebelum dia mengalami kecederaan Achilles ketika beraksi bersama Belgium..

Kecederaan Vermaelen memaksa Wenger mencari seorang lagi pertahanan tengah pada transfer window yang telah dibuka ni..siapalah agak-agaknya pemain yang bertuah itu??kita sama-sama tunggu dan lihat je la ye..