Thursday, January 20, 2011

FA CUP: ARSENAL TUMPASKAN LEEDS

Arsenal berjaya melangkah ke pusingan ke-4 FA Cup apabila berjaya menewaskan Leeds United di pusingan ketiga 3-1. Arsenal yang sebelum ini seri 1-1 dengan Leeds ketika perlawanan 1st Leg d Emirates berkunjung ke Leeds untuk perlawanan timbal balik.

Arsenal menurunkan mix team dan 1st eleven terdiri daripada Sczescny, Sagna, Djourou, Koscielny, Gibbs, Denilson, Song, Nasri, Arshavin, Bendtner dan Chamakh. Arsenal yang memakai jersi kuning bermula garang apabila menjaringkan gol pada seawal minit ke-5 melalui Samir Nasri yang menerima hantaran Arshavin.

Nasri 1st goal
Perlawanan dilihat seimbang sehingga Arsenal berjaya menggandakan kedudukan hasil rembatan kencang pemain pertahanan, Bacary Sagna yang gagal diselamatkan penjaga gol Leeds pada minit ke-39..Namun, selang 2 minit kemudian Leeds pula merapatkan kedudukan hasil rembatan menarik menuju ke bucu gawang gol Arsenal oleh Bradley Johnson.

Sagna skor 2nd gol

Leeds merapatkan kedudukan

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 2-1. Separuh masa kedua Arsenal dan Leeds saling berbalas serangan. Wenger membuat sedikit pertukaran dengan memasukkan Van Persie menggantikan Chamakh dan Fabregas menggantikan Arshavin. Hasilnya 1 lagi gol terhasil apabila Persie menanduk masuk hantaran tepat daripada Bendtner pada minit ke-76.


Flying Dutchman

Clichy dimasukkan menggantikan Nasri di lewat babak kedua namun tidak mengubah kedudukan. Perlawanan tamat dengan keputusan Arsenal 3-1 Leeds. Arsenal akan bertemu Huddersfield di pusingan ke-4 nanti.



2 comments: