Friday, July 30, 2010

Pemain Masuk

Chamakh
Semenjak musim perpindahan pemain bermula, Arsenal hanya membawa masuk 2 orang pemain. Salah seorang daripada mereka adalah penyerang paralimpik dari Morocco, Marouane Chamakh. Chamakh yang mempunyai rekod cemerlang bersama bekas kelabnya Gironde Bordeaux memilih Arsenal kerana terpikat dengan corak permainan Arsenal yang mengamalkan konsep permainan 'short pass'.Beliau berhijrah ke Arsenal secara percuma setelah tamat kontrak bersama Bordeaux. Beliau dijangka akan memberikan impak yang besar kepada bahagian serangan Arsenal dan dijangka begandingan dengan Robin Van Persie, Andrey Arshavin, Nicklas Bendtner, Theo Walcott dan Carlos Vela di bahagian serangan. Chamakh mempunyai kelebihan dari segi tandukan dan larian pantas. Gol pertamanya bersama Arsenal adalah melalui sepakan penalti ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang SC Neusiedl 1919..Sememangnya aksi beliau seterusnya di Emirates Cup nanti amat dinanti-nantikan..
 
Koscielny
Seorang lagi pemain muda dari Perancis yang dibawa masuk oleh pengurus, Arsene Wenger adalah Laurent Koscielny, 24 tahun dari Lorient. Tengok, Wenger memang cari player yang muda-muda jer.. Yuran perpindahan pun tak ada la mahal sangat, lebih kurang 12m jer..Nama dia tak ada la glamor sangat nak sebut pun susah tapi kebolehan dia merampas bola memang nombor 1..Itulah kelebihan Arsene Wenger dalam mengesan pemain muda berbakat.. Koscielny bakal digandingkan dengan kereta kebal Arsenal, Thomas Vermaeleen di bahagian pertahanan tengah. Koscielny sudah memulakan  latihan bersama skuad the Gunners dan dijangkan akan beraksi untuk Emirates Cup dan perlawanan pembukaan EPL menentang Liverpool nanti. Arsenal kini kekurangan pemain bahagian pertahanan tengah kerana pemindahan beberapa pemain yang tamat kontrak. Pemain simpanan yang tinggal hanya Johan Djourou,itupun mengalami kecederaan dalam perlawanan persahabatan pra musim baru-baru ini. Arsene Wenger dijangka akan membawa masuk seorang lagi pertahanan tengah ke Emirates.

 

No comments:

Post a Comment