Saturday, July 31, 2010

Pemain Keluar

Musim baru Liga Perdana Inggeris akan bermula Ogos ini..pasti semua peminat-peminat the Gunners sudah tidak sabar menyaksikan perlawanan Arsenal nanti..sudah ada yang berkira-kira nak beli tv lcd/lcd, pasang astro atau bercongak untuk upgrade ke astro beyond..boleh tengok bola dalam HD..Namun begitu, ada muka-muka lama skuad arsenal yang telah berpindah dan tamat kontrak..Di sini disenaipendekkan beberapa pemain yang menamatkan khidmat mereka bersama Arsenal sebelum bermulanya musim baru.

1) Fran Merida
 Merida
Player muda berusia 20-an ini telah berhijrah ke kelab barunya, Atletico Madrid setelah gagal mendapat tempat di kesebelasan utama skuad Arsenal musim lalu..beliau mempunyai kelebihan 'dribble' dan rembatan kaki kiri yang kencang..Masih diingat lagi gol rembatan kaki kirinya ketika menewaskan Liverpool dalam Carling Cup season lepas..

2) Eduardo Da Silva
Eduardo
Eduardo atau gelarannya Dudu yang menyarung jersi no.9 berhijrah ke Shahktar Donesk dengan yuran perpindahan sebanyak 6m setelah 4 tahun bersama Arsenal..trauma dengan kecederaan teruknya ketika bertemu Birmingham pada tahun 2008 menyebabkan beliau ingin mencuba bermain untuk liga lain..seorang penyerang yang begitu tajam penyudahnya apabila di hadapan gol. Selamat maju jaya untuk kelab baru dan negara Crotia.. We all miss u Dudu! Personal message from Eduardo, klik
http://www.arsenal.com/news/news-archive/personal-message-from-eduardo

3) Sol Campbell
Otai
Pertahanan Arsenal yang menyertai semula Arsenal pada pertengahan musim 2009-2010 kini berhijrah ke kelab yang baru naik ke EPL musim ini iaitu Newcastle United. Faktor usia menyebabkan Wenger kurang menggunakan khidmatnya lagi. Susah nak kekang penyerang-penyerang laju macam Rooney, Drogba, atau Torres bila dah slow. So, Sol Campbell ambik keputusan nak pindah je la, barula dapat main..Tapi adakah suatu hari nanti dia akan kembali semula ke Arsenal?? Sama-sama la kita nantikan..Semangat keArsenalan dia masih utuh tu..

4) Lain-lain player yang akan di'releasekan' atau tamat kontrak adalah William Gallas, Mikael Silvestre dan juga Philip Senderos. Semuanya pertahanan, Jadi memang wajarlah Arsene Wenger ambik lagi sorang player pertahanan sebagai back up kepada Vermaeleen dan Koscielny. Takut-takut diorang injured ke kan..

No comments:

Post a Comment