Friday, November 26, 2010

Arsenal perlu segera bangkit

Arsenal perlu segera kembali bangkit dari kekalahan ketika berkunjung ke Villa Park esok. Lebih malang Arsenal akan kehilangan perancang utama serta kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas dalam perlawanan esok akibat kecederaan hamstring ketika menentang Braga Rabu lalu.

Fabregas yang injured    

Pastinya tempat Fabregas akan digantikan dengan Samir Nasri yang akan bergandingan dengan Jack wilshere dan Alex Song di bahagian tengah. Manakala Wallcot akan bermula di 1st eleven, tempat Nasri biasa bermain di wing kanan bagi membantu serangan yang diketuai oleh Chamakh dan Arshavin.

Kemungkinan juga Van Persie akan bermula di 1st eleven bergantung kepada tahap kecergasannya. Bahagian pertahanan Arsenal nampak goyah dengan ketiadaan Vermaelen. Semestinya tugas bertahan bakal dipikul oleh Squillaci dan Koscielny di bahagian tengah dan Sagna serta Clichy di kiri dan kanan. Risiko kepada Sagna kerana sekiranya dia injured sudah tiada pengganti kerana Eboue turut injured dalam perlawanan menentang Braga baru-baru ini.

Eboue yang turut cedera
Fabianski sekali lagi dipertaruhkan bagi menjaga gawang dan menghalang asakan Aston Villa yang diketuai Ashley Young Sabtu ini. Harap-harap Arsenal akan menang bagi terus merapatkan jurang dengan pendahulu Chelsea dan MU.




No comments:

Post a Comment