Wednesday, February 23, 2011

Menjelang Pertemuan Dengan Stoke City : Siapa Bakal Ganti Tempat Van Persie dan Koscielny??

Salam 1 Gunners

Menjelang pertemuan menentang Stoke City dalam EPL game esok..berita kurang menarik yang diterima ialah kecederaan ringan yang dialami tonggak utama Robin Van Persie dan pertahanan kental Laurent Koscielny..Kedua-dua pemain tidak akan diturunkan esok dan dijangka fit untuk perlawanan akhir piala Carling Ahad ini..


Persoalannya siapakah yang akan menggantikan tempat Van Persie sebagai penggempur utama..sedagkan game menentang Stoke ini amat penting bagi merapatkan jurang dengan pendahulu Si MU dengan 1 mata..Stoke juga korang faham2lah..team bertubuh besar..main taktik lontaran jauh dan set piece..tak sesuai kalau gunakan Arshavin di hadapan..

Pada pendapat aku, lebih baik bagi peluang pada Chamakh..sebab di awal musim dahulu dia yang selalu main masa Persie injured..bagi peluang padanya, kalau tak berjaya, boleh tukar dengan Bendtner di separuh masa..1 lagi masalah adalah Koscielny juga injured..dan sudah pastilah tempatnya digantikan dengan Squillaci nanti..atau Wenger mahu mencuba Miquel yang beraksi untuk FA Cup Ahad lalu..Sama-sama kita saksikan esok..

No comments:

Post a Comment