Salam 1 Gunners
Pemain sayap Theo Walcott terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di pentas final Carling Cup selepas mengalami kecederaan ketika bertemu dengan Stoke semalam. Walaupun kita menang 1-0 hasil jaringan Squillaci, namun kemenangan itu terpaksa dibayar dengan kehilangan dua key player iaitu Walcott dan kapten pasukan, Cesc Fabregas.
Fabregas hamstring |
Terdahulu, Fabregas mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-14. Dia digantikan dengan Arshavin. Status kecederaannya masih belum dapat dipastikan, dan mungkin esok baru kita dapat tahu sama ada dia dapat bermain di Wembley atau tidak. Fabregas juga berkata " dia tidak akan dapat tidur sehingga Ahad sekiranya dia terlepas menjadi kapten Arsenal di pentas final nanti".
Walcott twist ankle |
Beberapa idea yang boleh digunakan Wenger bagi mengisi tempat Fabregas dan Walcott adalah dengan menggunakan Nicklas Bendtner di bahagian sayap kanan dan Nasri didrop ke tengah. Arshavin dan Persie start di depan..Ataupun meletakkan Arshavin, Persie dan Nasri di depan dan menggunakan Rosicky di bahagian tengah..dan last choice mungkin Eboue diturunkan bagi menggantikan tempat Walcott..Sama-sama kita nantikan..
No comments:
Post a Comment