Arsenal akan berhadapan dengan Olympiakos dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan UEFA Champions League. Perlawanan akan berlangsung jam 2.45 pagi waktu Malaysia.
Di barisan pertahanan berita baru mengatakan bahawa Koscielny mengalami kecederaan, jadi Wenger mungkin menggandingkan Mertesacker dengan Alex Song di pertahanan tengah manakala Sagna dan Gibbs di sebelah kiri dan kanan.
Di bahagian tengah setelah Song didropkan ke pertahanan, Frimpong akan menggantikan tempatnya sebagai DM, Arteta di CM dan Aaron Ramsey di AM.
Manakala Sayap kiri akan diisi oleh Rosicky dan sayap kanan oleh Arshavin kerana ketiadaan Gervinho dan Walcott yang dilanda kecederaan. Alex Oxlade Chamberlain juga akan bermain di tempat Walcott jika diberi peluang. Tugas penyerang tunggal pula bakal dipikul oleh Robin Van Persie (kapten pasukan)
Semoga Arsenal memperoleh kemenangan malam ini.