Saturday, September 17, 2011

Probable Line Up Blackburn vs Arsenal


Arsenal akan menghadapi Blackburn Rovers jam 7.45 malam ini dalam perlawanan EPL di tempat lawan. Selepas mencatat keputusan seri dalam perlawanan UEFA Champions League di pertengahan minggu baru ini, Arsenal akan meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris pula hari ini baki memperbaiki kedudukan yang kini menghuni tangga ke 12 liga.

Di barisan pertahanan, pastinya barisan sama akan diturunkan iaitu Szczesny, Sagna,Mertesacker,Koscielny dan Gibbs. Cuma ada satu option lagi meletakkan pemain baru Andre Santos di pertahanan kiri ataupun sayap kiri. Vermaelen masih lagi injured.

Bahagian tengah tidak banyak pilihan kerana Wilshere, Ramsey dan Rosicky masih lagi cedera. Tapi kembalinya Alex Song dari penggntungan memberi sedikit khabar gembira buat kem Arsenal. Bahagian tengah pasti dikemudi oleh Song,Arteta dan Benayoun manakala Frimpong sebagai back up.

Bahagian serangan kita ada Arshavin, Walcott mahupun Gervinho untuk bermain di sayap kanan atau kiri manakala striker tunggal akan digalas oleh Van Persie dan simpanan Chamakh serta Park Chu Young mungkin juga diberi peluang untuk beraksi malam ini.
Selamat Berjuang The Young Guns!!

No comments:

Post a Comment