Sunday, October 23, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Stoke City | EPL 2011/2012


Arsenal bakal menghadapi kunjungan Stoke City malam ini jam 8.30 malam waktu Malaysia dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Seperti biasa saya akan berikan barisan kemungkinan yang akan diturunkan oleh Arsene Wenger malam ini.

Di posisi penjaga gol, Szczesny menjadi pilihan utama. Masalah utama di bahagian pertahanan kanan kerana Sagna dan juga Jenkinson injured. Dan tempat itu dijangka diisi leh Djourou. Bahagian pertahanan kiri pula akan dipikul oleh Andre Santos kerana Gibbs turut tercedera, sementara Koscielny dan Mertesacker dijangka akan bergandingan di pertahanan tengah.

Posisi midfield pula akan diisi oleh Alex Song, Arteta dan Ramsey yang menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Marseille tempoh hari manakala Rosicky sebagai option atau pilihan menggantikan tempat Ramsey.

Sayap kiri bakal diisi Gervinho, kanan Walcott dan Arshavin back up kepada dua-dua posisi itu. Bahagian penyerang, walaupun ada desas-desus mengatakan Persie akan direhatkan namun saya yakin dia akan tetap bermain dan direhatkan pada Carling Cup menentang Bolton pertengahan minggu ini. Manakala Chamakh dan Park Chu Young sebagai option lain dalam jentera serangan.

Klik SINI sebagai tanda sokongan anda terhadap The Gunners

No comments:

Post a Comment