Wednesday, October 19, 2011

Probable Line Up Marseille vs Arsenal | UEFA Champions League


Arsenal akan bertemu Marseille dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan pada awal pagi ini jam 2.45 pagi. Marseille yang mempunyai rekod cemerlang di gelanggang sendiri dengan team dari England dijangka memberi tugas getir buat Arsenal. Arsenal inginkan kemenangan untuk menempah kedudukan teratas kumpulan selepas 3 perlawanan.
Barisan yang akan diturunkan malam ini adalah, macam biasa posisi penjaga gol Szczesny, pertahanan kanan Karl Jenkinson kerana Sagna injured, kiri Santos manakala pertahanan tengah Mertesacker dan Koscielny.

Alex Song, Mikel Arteta dan Tomas Rosicky dijangka mengemudi bahagian tengah seperti yang dilakukan mereka ketika menentang Sunderland tempoh hari. Arsene Wenger mungkin juga menurunkan Ramsey mahupun Benayoun sebagai pilihan di bahagian tengah

Bahagian sayap kanan mungkin digalas oleh Gervinho manakala sayap kiri oleh Arshavin, Walcott mungkin tidak mendapat tempat kerana performancenya yang tidak konsisten. Manakala penyerang tunggal bakal dipikul oleh kapten pasukan, Van Persie dan Chamakh sebagai simpanan, back up Van Persie.

tolong klik SINI rakan-rakan Gunners sebagai tanda sokongan anda
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment