Monday, January 3, 2011

Chelsea Hanya Mampu Seri..Ape Sudah Jadi??

Ancelotti sekali lagi menghadapi tekanan apabila hanya mampu seri dengan Aston Villa 3-3..Kini Chelsea jatuh ke tangga ke-5 di belakang Spurs dan bersaing untuk mendapatkan tempat ke Champions League season depan. !st half bermula baik buat Chelsea.mereka mendahului menerusi tendangan penalti oleh Lampard pada minit ke-23. Namun pada minit ke-41 Aston Villa menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Ashley Young. !st half tamat 1-1.

Ashley Young berjaya menyamakan kedudukan
2nd half makin rancak..kali ni giliran Aston Villa pulak leading menerusi tandukan Emile Heskey hasil umpanan Downing pada minit ke-47. Chelsea melancarkan serangan bertali arus dan memasukkan Sturridge, Kalou dan Bosingwa bagi mencari gol penyamaan. Apabila game nampak milik Aston Villa, Drogba muncul wira apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-84. Selang 5 minit kemudian, Terry pula menggembirakan kem Chelsea apabila menjaringkan gol ketiga dengan baki lagi seminit tidak termasuk masa tambahan.

Terry, gol ketiga

Kegembiraan yang cuma sementara
Ketika Chelsea sudah berkira-kira untuk mengutip 3 mata, Clark tiba-tiba muncul wira Aston Villa apabila menanduk masuk hantaran Albrighton untuk kedudukan 3-3 di minit terakhir perlawanan. Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan.

Clark,gol penyamaan

Kegembiraan selamanya

Persoalannya..Adakah Ancelotti akan di'sacked'??Prestasi Chelsea yang tak berape ok skang ni menjejaskan team mereka untuk mencabar gelaran Piala Liga season ni..mereka perlu bangkit segera..










Sunday, January 2, 2011

Arsenal Gah di Birmingham

Salam 1 Arsenal..
Arsenal kembali kepada prestasi sebenar setelah membenam Birmingham di tanah mereka sendiri 3-0.hehehe..Barisan terkuat yang pernah aku tengok..game best..syok sangat tengok short pass-short pass yang dilakukan..Gandingan Persie, Wallcot, Nasri dan dibantu oleh Fabregas memang mantop..

Persie, 1st goal
Perlawanan bermula begitu ganas dengan beberapa terjahan merbahaya daripada pemain Birmingham. Namun, Arsenal berjaya meyerap tekanan dan mendahului dengan jaringan pertama oleh Van Persie melalui sepakan percuma selepas beliau dikasari pada minit ke-13

2nd goal, Samir Nasri
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan 1-0. Babak kedua bermula dengan baik dan Arsenal berjaya mengawal permainan. Hasilnya, satu lagi gol terhasil..kali ni oleh SAmir Nasri yang menerima umpanan cantik daripada kapten, Cesc Fabregas pada minit ke-58.

3rd goal. own goal
Pada minit ke-66, gol ketiga terhasil daripada satu gerakan menarik oleh Nasri dan Fabregas..sebelum Fabregas melepaskan rembatan yang ditepis keluar oleh Foster,sebelum terkena pertahanan dan terkena Johnson untuk own goal..Arsenal melakukan 2 pertukaran memasukkan Arshavin dan Denilson bagi menggantikan Wallcot dan Wilshere..Namun kedudukan kekal 3-0 hingga tamat perlawanan..

Arsenal ni kompem lagi mantap kalo ade Vermaelen..tapi Djourou dan Koscielny pun dah meningkat naik..Syabas Arsenal..kekalkan momentum untuk kejar Man Utd dan Man City




Saturday, January 1, 2011

Ramsey kembali Februari

Sape yg tak ingat dengan Rambo kita..Aaron Ramsey..alaa..yang patah kaki tu kena dengan Shawcross..tak ingat lagi??ni dia..

trauma
Haa..ingat dah..berita baik buat team Arsenal..Ramsey akan kembali ke skuad utama pada 2 Januari ini setelah Wenger mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak loannya bersama Nottingham Forest..Kalo Diaby tak injured mungkin Ramsey akan diloan sehingga akhir season..tapi disebabkan Diaby injured jadi Ramsey akan kembali ke skuad Arsenal..

ketika bersama Nottingham Forest
Ramsey dipinjamkan ke Nottingham Forest sejak 25 November 2010..dan dalam tempoh 2 bulan ini dia telah bermain dalam liga Championship..Nampaknya dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan padang setelah berehat lama akibat patah kaki..Fitness dia pun dah mula ok..Tetapi Wenger tidak mahu mengambil risiko dan merasakan Februari merupakan bulan yang sesuai untuk Ramsey kembali beraksi dalam EPL..So kita tunggu je la yer..

Hero yang bakal menyelamatkan Arsenal
Selamat kembali Aaron Ramsey..