Monday, January 3, 2011

Chelsea Hanya Mampu Seri..Ape Sudah Jadi??

Ancelotti sekali lagi menghadapi tekanan apabila hanya mampu seri dengan Aston Villa 3-3..Kini Chelsea jatuh ke tangga ke-5 di belakang Spurs dan bersaing untuk mendapatkan tempat ke Champions League season depan. !st half bermula baik buat Chelsea.mereka mendahului menerusi tendangan penalti oleh Lampard pada minit ke-23. Namun pada minit ke-41 Aston Villa menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Ashley Young. !st half tamat 1-1.

Ashley Young berjaya menyamakan kedudukan
2nd half makin rancak..kali ni giliran Aston Villa pulak leading menerusi tandukan Emile Heskey hasil umpanan Downing pada minit ke-47. Chelsea melancarkan serangan bertali arus dan memasukkan Sturridge, Kalou dan Bosingwa bagi mencari gol penyamaan. Apabila game nampak milik Aston Villa, Drogba muncul wira apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-84. Selang 5 minit kemudian, Terry pula menggembirakan kem Chelsea apabila menjaringkan gol ketiga dengan baki lagi seminit tidak termasuk masa tambahan.

Terry, gol ketiga

Kegembiraan yang cuma sementara
Ketika Chelsea sudah berkira-kira untuk mengutip 3 mata, Clark tiba-tiba muncul wira Aston Villa apabila menanduk masuk hantaran Albrighton untuk kedudukan 3-3 di minit terakhir perlawanan. Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan.

Clark,gol penyamaan

Kegembiraan selamanya

Persoalannya..Adakah Ancelotti akan di'sacked'??Prestasi Chelsea yang tak berape ok skang ni menjejaskan team mereka untuk mencabar gelaran Piala Liga season ni..mereka perlu bangkit segera..










No comments:

Post a Comment