Tuesday, October 12, 2010

France masih mengharapkan sub ke??

Dalam game menentang Romania baru-baru ini, France gagal mencari gol sehinggalah Laurent Blanc memasukkan tiga pemain simpanannya iaitu Loic Remy,Payet dan Gourcuff.

Gol pertama France hadir hasil rembatan daripada Loic Remy apabila menerima hantaran cantik daripada Alou Diarra.Manakala gol kedua pada minit terakhir hasil gerakan menarik Payet dari sebelah kanan padang.lalu membuat hantaran lerek kepada Gourcuff yang mudah menolak bola masuk ke gawang gol..

Sebelum kemasukan mereka,France dilihat sukar untuk menembusi pertahanan Romania.Barisan serangan yang diketuai oleh Karim Benzema, Florent Malouda, Valbuena dan Samir Nasri gagal memecah kebuntuan.





Ada beberapa player Arsenal yang terlibat dalam game ini iaitu Clichy,Nasri,Diaby dan Sagna. Diaby tidak dimasukkan manakala Sagna pula injured 3 minggu.Clichy dilihat banyak melakukan kesilapan mudah dan harap-harap dia tak akan ulanginya lagi ketika bertemu Luxemborg malam ni..

No comments:

Post a Comment