Monday, October 18, 2010

Rooney nak Keluar MAN U

Spekulasi yang mengatakan Rooney ingin keluar daripada Manchester United semakin kuat.Rooney dikatakan mempunyai perselisihan dengan pengurus kelab Alex Ferguson dan kecewa apabila diletakkan di bangku simpanan pada pertemuan menentang West brom yang berkesudahan seri 2-2.


Ferguson sebelum itu menegaskan bahawa Rooney injured pergelangan kaki walaupun Rooney mengaku bahawa dia fit sepenuhnya. Mungkin Ferguson tidak mahu menurunkan Rooney dan memberi alasan injured. Ferguson juga dikatakan kecewa dengan masalah rumahtangga dan gambar Rooney merokok yang tersebar.
Kelab Catalan, Real Madrid dikatakan berminat untuk mendapatkan Rooney pada transfer Januari nanti. Mourinho mungkin akan menawarkan Karem Benzema untuk diswapkan dengan Rooney kerana Mourinho memang tahu ferguson memang meminati Benzema sebelum ini. Real mempunyai barisan serangan yang mantap dengan gandingan Ronaldo,Higuain dan ditambah pula dengan pembelian baru Mesut Ozil dan Di Maria. Sekiranya Rooney ke Real Madrid, dia akan bergandingan semula dengan bekas teammatenya Cristiano Ronaldo.



No comments:

Post a Comment