Monday, October 18, 2010

Zaman Kejatuhan Liverpool

Liverpool dilihat semakin parah dan sedang bersaing untuk mengelak dari tersingkir dari Liga Perdana Inggeris tahun hadapan..tapi mungkin masih awal untuk diperkatakan kerana liga baru mencecah 8 game..walaubagaimanapun berdasarkan prestasi daripada 8game, Liverpool hanya menang sekali, seri 3 kali dan kalah 4 kali..6 mata keseluruhan dan menghuni tangga ke 19 liga..13 mata berbanding dengan pendahulu liga, Chelsea.

Cahill, badi Liverpool

Walaupun baru bertukar pemilik dan segala hutang telah dilangsaikan, namun taktikal liverpool dilihat kurang menjadi..Mungkin Roy Hogson belum menemui ramuan dan rentak sebenar yang perlu digunakan oleh Liverpool..Walaupun telah membawa masuk beberapa pemain baru dan berpengalaman seperti Joe Cole, Raul Meireles, Poulsen, Konchesky, Jovanovic..Namun masih sukar mendapatkan gol dan rentak permainan.

Kini, Liverpool semakin merudum malang..Sesuatu harus dilakukan oleh pihak pengurusan bagi membantu menaikkan balik reputasi Liverpool sebagai salah satu kelab agung di Eropah dan di dunia satu masa dulu..Pemain-pemain fantasy football kat dunia ni pun dah tak nak beli player Liverpool skang ni..Good Luck Liverpool untuk next game..

No comments:

Post a Comment