Thursday, December 2, 2010

Arsenal Bertemu Ipswich di Semi Final Carling Cup

Arsenal berpeluang besar untuk mara ke perlawanan Akhir Carling Cup apabila dijadualkan bertemu Ipswich Town di peringkat separuh akhir selepas Ipswich berjaya menewaskan West Brom malam tadi.


Ipswich layak selepas menewaskan West Brom 1-0 hasil jaringan Grant Leadbitter menerusi sepakan penalti pada minit ke-69. Satu lagi separuh akhir akan menemukan West Ham dengan Birmingham City. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 12 Januari 2011 dan timbal balik pada 26 Januari 2011.

Arsenal patut tidak memandang rendah kepada Ipswich kerana Ipswich telah banyak berjaya mengalahkan team-team EPL sebelum layak ke semi final. Selain itu, mereka juga memiliki manager yang berwibawa dan berpengalaman iaitu, Roy Keane. Semoga Arsenal berjaya membawa pulang piala Carling ke Emirates season ni.





No comments:

Post a Comment