Tuesday, February 8, 2011

Selepas Torres, Chelsea Nak Sapu Fabregas Pulak..

Tidak cukup dengan pembelian besar minggu lalu iaitu Fernando Torres daripada Liverpool, kini Chelsea cuba mendapatkan khidmat kapten Arsenal , Cesc Fabregas dengan harga yang sama 50 million apabila transfer window dibuka akhir musim ini.

Fabregas

Fabregas hampir-hampir join Barcelona awal musim ini dan mungkin sekali lagi dikaitkan dengan Barcelona hujung musim ini. Namun, pemilik Chelsea dilihat berminat untuk mendapatkan pemain tengah Sepanyol ini bagi menyaingi Barcelona. Dengan adanya Torres di Chelsea lagi membantu untuk mendapatkan Fabregas.

Torres
Namun Arsene Wenger pasti akan menaikkan lagi harga sekiranya Chelsea betul-betul inginkan Fabregas. Chelsea juga dijangkan akan memanggil semula bekas pengurusnya Guus Hiddink bagi menguatkan lagi skuad yang dilihat goyah pada musim ini.


2 comments: