Sunday, August 21, 2011

Arsenal Mahu Pinjam Kaka


Arsenal dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Real Madrid iaitu Kaka selepas pengurus mereka Jose Mourinho menyatakan bahawa Kaka tiada lagi dalam plannya buat Real Madrid season ini.

Arsenal yang memiliki cash yang banyak hasil jualan bekas kapten, Cesc Fabregas kembali ke Barcelona dikatakan mampu untuk membida Kaka secara pinjaman dengan syarat gaji yang dibayar oleh Real Madrid terhadap Kaka hendaklah sama jika hendak meminjamnya.

Atau sekiranya Arsenal hendak membeli Kaka secara kekal, harus membida 30million dan ke atas untuk medapatkannya. Namun begitu, Kaka masih belum menyatakan niat untuk beraksi dalam mana-mana kelab lain,cuma dia hanya ingin kembali ke AC Milan.

Adakah Wenger akan menggunakan wang yang diterimanya hasil jualan Fabregas itu terhadap Kaka? Sama-sama kita tunggu dan saksikan nanti.

No comments:

Post a Comment