Arsenal terpaksa menerima kekalahan pertama season ini di laman sendiri apabila tewas 0-2 di tangan Liverpool. Lebih memeritkan Arsenal terpaksa menerima satu kecederaan terhadap pemain utama dan satu layangan kad merah. Dengan penggantungan yang telah diterima oleh Alex Song dan juga Gervinho, kini Frimpong pula terpaksa digantung kerana menerima kad merah dalam perlawanan semalam.
Sementara itu, Samir Nasri tetap diturunkan dalam kesebelasan utama Arsenal semalam walaupun masa depannya bersama Arsenal masih diragui. Namun, persembahan Nasri semalam harus dipuji kerana berjaya membuat beberapa gerakan dan cubaan ke arah gol.
Koscielny menyertai senarai pemain injured yang kebanyakannya pertahanan iaitu Gibbs, Djourou, Traore dan Wilshere. Koscielny terpaksa dikeluarkan semalam kerana menghadapi kederaan belakang. Pemain muda Ignasi Miquel terpaksa diturunkan. Apakah akan lebih ramai lagi yang akan cedera selepas ini. Buat masa ini Sagna terpaksa bermain di bek kiri yang nampak begitu tidak selesa baginya dan Jenkinson di bek kanan bagi menampung pemain yang cedera.
Kekalahan semalam juga akibat jaringan sendiri Aaron Ramsey yang nampak performancenya tidak menentu sekarang ini. Kita harapkan Jack Wilshere akan cepat pulih bagi mengemudi barisan tengah Arsenal. Arshavin dan Walcott juga kurang menyengat kerana tiadanya hantaran-hantaran yang menarik seperti yang dilakukan Fabregas dahulu. Memang Arsenal sangat-sangat memerlukan play-maker yang boleh menggantikan tempat Fabregas.
Apa-apa pun kekalahan terpaksa diterima dan fokus pada perlawanan menentang Udinese Rabu ini pula.
Selamat berjuang ! Always a Gunners.
No comments:
Post a Comment