Tuesday, August 16, 2011

Probable Line Up Arsenal vs Udinese


Arsenal akan melayan kunjungan Udinese di Stadium Emirates dalam perlawanan play-off champions league awal pagi ini. Perlawanan akan berlangsung pada pukul 2.45 pagi waktu Malaysia.

Namun krisis penggantungan palyer serta kecederaan menyebabkan pemilihan player yang akan diturunkan pagi ini adalah terhad. Tanpa Robin Van Persie dan Samir Nasri yang digantung, serta kecederaan Jack Wilshere dan terbaru Rosicky, Arsenal dilihat sedikit tempang di bahagian hadapan.

Di bahagian pertahanan pastinya barisan sama akan diturunkan ketika menentang Newcastle tempoh hari iaitu Szczesny, Sagna, Vermaelen, Koscielny dan juga Gibbs. Cuma Gibbs dilihat gusar dan kurang meyakinkan kerana kurang pengalaman berbanding yang lain.

Untuk bahagian tengah Wenger mungkin menurunkan Alex Song, Ramsey dan Arshavin bertindak sebagai perancang malam ini. Manakala di bahagian sayap kiri dan kanan pastinya tugas itu digalas Theo Walcott dan Gervinho. Tetapi siapakh pula yang akan menjadi striker tunggal malam ini? Samaada Chamakh yang tidak konsisten prestasinya ataupun Nicklas Bendtner yang jarang bermain. Sama-sama kita saksikan. Dan yang menariknya malam ini mungkin menjadi penampilan pertama buat pembelian baru Arsenal, Alex Oxlade Chamberlain.

Good Luck Arsenal !

No comments:

Post a Comment