Tuesday, August 16, 2011

Arsenal Tanpa Van Persie dan Nasri Vs Udinese


Arsenal akan menentang Udinese pada perlawanan paly-off champions league yang akan berlangsung esok tanpa kelibat 2 pemain utamanya iaitu Robin Van Persie dan Samir Nasri yang digantung. Dengan ditambah dengan pemergian Cesc Fabregas ke Barcelona, bahagian serangan dan tengah dijangka akan nampak pincang.

Adakah Marouane Chamakh akan diberi peluang bagi membuktikan kebolehannya mencari gol di Emirates esok??Atau mungkin Andrey Arshavin akan diletakkan sebagai penyerang utama dibantu oleh pendatang baru Gervinho. Sementara itu di bahagian tengah, Tomas Rosicky akan menjalani late test bag memastikan kecergasannya terjamin sebelum perlawanan. Jika tidak Ramsey, Song dan Frimpong dijangka mengemudi bahagian tengah apabila Jack Wilshere kecergasannya turut diragui.

Bahagian pertahanan buat masa ini tiada masalah dengan gandingan Koscielny dan Vermaelen di benteng pertahanan tengah dan dibantu oleh wing back yang laju di kiri kanan iaitu Sagna dan Gibbs. Bahagian serangan kita juga mungkin akan disajikan dengan aksi seorang lagi pemain baru iaitu Alex-Oxlade Chamberlain, namun mungkin sebagai sub kepada Theo Walcott. 

Semoga game esok akan menjadi milik Arsenal!

No comments:

Post a Comment