Tuesday, August 16, 2011

Selamat Tinggal Eboue


Pemain tengah Arsenal, Emmanuel Eboue akan melengkapkan perpindahannya dari Arsenal ke kelab Turki, Galatasaray FC selepas menjalani ujian kecergasan di Turki hari ini.

Eboue tindak mendapat tempat dalam kesebelasan utama sejak musim lepas dan namanya tiada dalam senarai pembahagian nombor jersi awal musim ini. Di tambah pula dengan ketibaan Karl Jenkinson menguatkan lagi spekulasi beliau akan berpindah dan kini sudah menjadi kenyataan.

Eboue, 28 tahun dari Ivory Coast telah menyertai Arsenal sejak tahun 2005 dari kelab Belgian, Beveren. Eboue hanya beraksi 13 kali season lepas dan merasakan dirinya tidak lagi mendapat tempat dalam skuad utama. Sepanjang khidmatnya bersama Arsenal, Eboue membuat 216 penampilan dalam semua pertandingan dan menjaringkan 13 gol.

Selamat berjuang Eboue! Kami sentiasa merinduimu!

No comments:

Post a Comment