Friday, August 12, 2011

Gossip : Arsenal Cuba Dapatkan Striker FC Twente , Bryan Ruiz


Arsenal dikatakan cuab memikat penyerang muka jambu dari Costa Rica ini..namanya adalah Bryan Ruiz, 26 tahun dan kini beraksi bersama kelab FC Twente. Harganya dalam anggaran 13.5 million jika Arsenal benar-benar ingin mendapatkannya. Namun Arsenal terpaksa bersaing dengan Spurs yang dikatakan turut mengintai striker ini.
Dengan Arsenal dijangka kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri, manakala Chamakh dan Gervinho akan beraksi dalam African Cup pada Januari, Arsene Wenger dijangka akan melakukan rombakan besar dalam bahagian serangan pasukan. Kita sama-sama nantikan. Sementara itu rakan sepasukan Bryan Ruiz dari Costa Rica, Joel Campbell turut ingin dipancing Arsenal.

1 comment: