Sunday, August 8, 2010

Legia Warsaw Vs Arsenal

Salam 1 Arsenal..Tamat separuh masa pertama..Arsenal ketinggalan 1-0..Arsenal nampak serba tak menjadi malam ni terutama di bahagian pertahanan dan penjaga gol..dengan barisan separuh masa pertama : Fabianski, Sagna, Vermaelen, Koscielny, Clichy, Frimpong, Wilshere, Rosicky, Nasri, Walcott, Chamakh..

Wenger perlu memikirkan rentak baru untuk separuh masa kedua..dan bukan sahaja setakat game malam ni sahaja..memang terserlah kelemahan arsenal di bahagian pertahanan dan keeper..Please Wenger beli lah keeper baru..Arsenal ketinggalan 3-0 namun Chamakh berjaya mengurangkan deposit gol dengan gol hasil tandukan menarik apabila menerima umpanan Nasri..Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Legia warsaw 3-1 Arsenal..Semoga Separuh masa kedua Arsenal akan lebih bertenaga lagi..Ulasan penuh game akan bersambung apabila tamat game nanti..

Eboue..Skor 2 gol
Akhirnya game dah berakhir..Fuh..Separuh masa kedua yang amat memberansangkan..Kemasukan keeper muda Szczesny memberikan impak yang besar jugakla..tapi tak adalah besar sangat jika nak dibandingkan dengan kemasukan Eboe dan Kieran Gibbs..Eboue masuk dan menyumbang 2 gol untuk Arsenal pada minit ke 53 dan 61..kedudukan terikat 3-3 sekarang..

Seminit kemudian Kieran Gibbs pulak menyumbang 1 gol untuk Arsenal dan memberi kelebihan satu gol kepada Arsenal menjadi Arsenal 4-3 Warsaw..namun pada minit ke 78 Legia berjaya mengikat kedudukan menjadi 4-4 menerusi Jerdzejczyk..meletakkan namaya sebagai hatrik pada hari ini..

Perlawanan menjadi semakin rancak dan pantas..Seorang lagi pemain simpanan yang dimasukkan iaitu Emmanuel Thomas menghadiahkan gol kelima buat Arsenal pada minit ke 78..Ini disusuli gol kemenangan 3 minit kemudian oleh Samir Nasri..Gol itu dikatakan gol kemenangan buat Arsenal kerana memberi kelebihan 2 gol kepada Arsenal (6-4) dengan 7 minit baki perlawanan..

Namun..di akhir-akhir perlawanan..Arsenal leka sekali lagi dengan membiarkan 1 lagi gol dibolosi menjadikan kedudukan Arsenal 6-5 Legia Warsaw sehingga tamat perlawanan..STAR MAN malam ni aku pilih Eboue..walaupun main separuh masa je tapi berjaya skor 2 gol dan menaikkan semangat rakan-rakan..dan jelas Arsenal memang memerlukan seorang penjaga gol baru..kelemahan terserlah kat bahagian tu..pertahanan pun perlu dikuatkan lagi bagi menghadapi Liverpool minggu depan..Adios..

No comments:

Post a Comment